08 January, 2019

TMM/VMY 2019

Tahun Melawat Melaka/Visit Melaka Year 2019 telah dilancarkan seminggu lepas. Kempen dengan perancangan rapi oleh pihak berkaitan menyasarkan 20 juta pelancong dalam dan luar negara. Sektor pelancongan sebagai salah satu sumber ekonomi bagi kerajaan negeri amat memerlukan kepelbagaian inisiatif untuk mengukuhkan lagi dan menarik pelancong untuk berkunjung ke Melaka.

Semuanya ada di Melaka : konsep agro tourism di Sungai Udang, sport tourism di sekitar Komplek Sukan Hang Jebat, museum tourism sekitar Bandar Hilir bahkan mungkin Melaka mempunyai paling banyak pelbagai konsep muzium di Malaysia untuk dikunjungi.

Pameran Buku, Pesta makanan, Expo Barangan Elektrik di MITC Ayer Keroh

Penyu Karah sekitar Pulau Upeh, mandi manda di Pengkalan Balak, melihat penghijrahan burung di Tanjung Tuan, kolam air panas di Jasin manakala peminat kisah misteri boleh berkunjung ke Pulau Besar. 

Jalan-jalan cari makan di Perkampungan Ikan Bakar Terapung Umbai. Macam-macam ada. Maklumat segalanya dihujung jari...Dunia tanpa sempadan.

Pengenalan pakej individu, keluarga, pakej bulan madu dengan kerjasama pihak penginapan  akan  menyemarakkan lagi industri pelancongan di Melaka Bandaraya Bersejarah.

Namun dengan masalah ekonomi sekarang ini pastinya ia akan memberi kesan kepada  masyarakat : sikap berjimat cermat untuk berbelanja. Apakah sasaran 20 juta pelancong mampu dicapai.


TMMelaka 2019

Kredit : Utusan Malaysia



Selamat Berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.
 Semoga kehidupan kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT. Aamiin....


No comments:

Post a Comment