30 December, 2010

Tahniah Harimau Malaya-AFF Suzuki Cup 2010 - Hadiah Tahun baru

29 Disember 2010
Tahniah buat skuad Malaysia (Harimau Malaya) kerana menjuarai Piala AFF Suzuki Cup 2010..yalah awal2 dianggap 'tempang' kerana ramai pemain utama yang mengalami kecederaan hingga K.Rajagobal pening kepala namun sesuatu yang dianggap mustahil kini mnjadi kenyataan apatah lagi berjaya memadam ego Sang Garuda..apatah lagi skuad muda negara berjaya membuktikan bahawa ada sinar harapan untuk masa hadapan sukan bolasepak..sukan utama negara.
Teringat sejarah kejayaan lampau dalam bolasepak..jika tidak silap contohnya Greece dalam Kejohanan Negara Eropah dan Denmark sebagai pasukan pengganti berjaya meraih kejayaan dalam kejohanan yang disertai meskipun dianggap bukan pasukan pilihan..aku pun bukanlah mahir tentang bolasepak..hehe tetapi minat tetap ada..ingat2 kes Barcelona vs Inter Milan..European Champions League Cup 2010.bagaimana 1st leg di tmpt sendiri Inter Milan belasah Barca 3-1....dan apabila 2nd leg di Stadium Barnebeu, jika lihat hampir keseluruhan game, seolah2 Maurinho arah pemain secara taktikal bertahan meskipun menang Barca 1-0 (itupun minit 84)etapi dari segi aggregat tetap kalah 3-2...bukan apa jika lihat game smlm pun memang Sang Garuda banyak mengasak tapi gagal untuk mencari peluang berbeza dengan Malaysia berjaya mencuri gol awal (cantik siut goal tu)..dari segi taktikal kiranya berjaya Rajagobal mengubah persepsi dan minda skuad muda untuk bertahan dan menyerang..nyaris2 juga dapat gol ke dua....itulah yang aku nak kaitkan bagaimana permainan meskipun kekadang bercorak defensif namun perlu bagi menjamin kejayaan..syabas Malaysia..yang pada awalnya aku juga rasa tak puas hati dgn corak dan skill sesetengah pemain tapi dari segi minda positif skuad muda dalam proses menimba pengalaman..yang tua tak silap amri yahyah 29 tahun ..paling muda umur 19 tahun..6/7 pemain dari skuad Harimau Muda..moga terus dengan kejayaan yang memberangsangkan...era Allan Harris..era B.Sathianathan..telah berlalu..moga era K.Rajagobal pencetus dimensi baru..dan liga M tahun depan..stadium akan dipenuhi dengan penonton..
Apapun respek pada teman di Perak..Mr.Tajudin yg dari awal tetap yakin Malaysia akan menjuarai Piala AFF Suzuki 2010..(masih simpan lagi sms bro..hahaha)..lps bersara bole join kelab BAT..ganti mendiang Paul (hehehe.. peramal sotong)..


Kesimpulannya..teringat Bab 8 Sejarah Tkn 5..sukan sebagai alat perpaduan..tanpa sedar sukan membentuk semangat patriotik tanpa mengira ideologi politik..itulah gelombang panahan sukan apabila Stadium Bukit Jalil dipenuhi puluhan ribu rakyat Malaysia untuk sama-sama menyokong skuad negara..
Syabas skuad kebangsaan dan Selamat Bercuti Umum Esok 31 Disember 2010...bagi meraikan kejayaan sulung pasukan bola sepak kebangsaan menjuarai Piala Suzuki AFF 2010 (rujuk ms 2 Utusan Malaysia)..begitulah tingginya 'aura' sukan bola sepak..

29 December, 2010

Libur Dan Santai - Melaka Bandaraya Bersejarah (23-26 Dis 2010)

Happy Holidays 23 Dis 2010 - Santai bersama famili

'Luangkan masa bersama anak-anak ketika cuti sekolah'...antara kata-kata yang diucapkan oleh perantara berita TV3 ketika penghujung Buletin Utama tempohari..Ermm..memang terluang sungguh cuti tahun ini,apatah lagi awal diberi pelepasan oleh tenaga pengajar..jadi 'fulltime househubby'..bersama anak-anak,xtvt rutin - membasuh baju,kemas rumah,baca buku/paper,nonton espn hd,drama korea..my girls(hai apa akhirnye cite gong chan ngan yoo rin)hehehe...aduhh begini gaknye rasa bila ada masa terluang..kene fikir2kan xtvt menjelang 'persaraan' bln Jun thn depan..kene buat azam baru yg penuh dgn xtvt sosial..rakan masjid,tmbh ilmu agama, myb sbg ahli MNS,ada xtvt dpt diikuti..ermm agar terisi ruang masa..paling tidak kene bz kan diri dgn kerja..kerja..kerja..apa kerja daa..moga ada ruang utk memenuhi pasaran kerja di alam 'awam' ditokok wang 'pension' yg ada nanti...

23 Disember 2010
Selamat Hari Lahir buat diriku...ahli kelab 40an..jiwa muda..hahaha..Santai bersama isteri & anak-anak,ronda2 kota Melaka..belanja makan-makan di KRR, JJ Bandaraya Melaka..ermm..1st time nak rasa ayam panggang..pasni leh cube ayam rasamas lak..sebelum itu timekasih pada rakan2 fb yg menitipkan ucapan harilahir..moga panjang umur dan dimurahkan rezeki..insyaallah...
Alhamdulilah..melihat anak-anak makin membesar..rasa syukur..moga mereka menjadi umat yg seimbang dunia dan diakhirat..keletah ikhwan..ermm tmbh lasak,jika nak mkn kat luar mcm2 kerenah,lari2 mcm trek n field lak jadiknye..muntah..mcm2 kerenah sorang ni..skrg pminat ultraman..kira2 dkt ngan ultra malaya futball fan club..hehe..rina,riya,nisa tahan je lah keletah adik 'jantan' kau ye..

                         Lekaslah besar..si manja ku syg
Selepas tu..ronda2 dalam kws JJ..lepak jap kat Jo Donuts..pkene 24 donut kecil..jln diteruskan dengan meneroka pula ke Stesen Monorel Hang Jebat di Jeti River Cruise..tiket dewasa RM10, kanak2 RM5..menyusuri Sg Melaka,menikmati indahnya kampung warisan Kg Morten..satu lagi daya penarik di Sg. Melaka ..monorel sejauh 1.6 km..tak lama lagi ada roller coaster di Stesen Monorel Hang Tuah..dan skrg sudah ada flying fox merentas sungai di kawasan uptown..
                                          Dari atas monorel- Kampung Morten

Selepas monorel..bawa keluarga ke Dataran Pahlawan,berjalan kaki menyusuri Menara Taming Sari,ermm sempat Qwan menaiki 'minicar'..bergerak pula ke Muzium Kapal..harga tiket RM3 bg dewasa dan RM1 untuk kanak-kanak, menambah input tentang sejarah Melaka, menikmati indah malam di Jeti River Cruise di kawasan Muzium Jabatan Kastam..ramai sungguh pengunjung, tak putus2 perkhidmatan river cruise..rasa bangga sbg anak Melaka..apakah aku dapat menyumbang bakti ke arah mempopularkan lagi produk pelancongan di Melaka Bandaraya Bersejarah...?

                                            View dari atas monorel

                                                    Santai di Bandar Hilir
                                       
                                                Diatas kapal 'Flor De La Mar'
Apapun sehari tak puas rasanya untuk menjelajah negeri Melaka..bandar teknologi hijau..sehari melayari harilahir bersama keluarga tercinta..makan malam di kedai satay pak ji berahim di Semabuk..pekene asam pedas..terima kasih buat isteri dan anak-anak..ada rezeki kita naik 'belon' pulak merentas ke Bumi Kenyalang r Negeri di Bawah Bayu...hmmmmm?..ntah biler..sabarrrr separuh dari imann..insyaallah..

20 December, 2010

Makan-makan di Anjung Batu - 18 Dis 2010

Ermm...sebut pasal makan-makan,alhamdulilah dapat jemputan peribadi daripada penaja..yelah, siapa lagi tak dari Busu Nuar yg baru balik dari Jepang...moga murah rejeki dan cepat jodohnya..insyaallah..Jika awal pertama dulu rejeki balik dari Hanoi..kami sekeluarga beramai-ramai di Restoran Parameswara di Jeti Umbai..kali ini beralih lokasi ke Restoran Anjung Batu- kawasan berhampiran Jeti ke Pulau Besar (pulau keramat..dah ada muzium ma disana..ntah bile nak kesana lagi)..apapun menu utama tetap nasi lemak ikan siakap 3 rasa..sotong goreng tepung, udang goreng..otak2,kupang 3 rasa dan minuman jus oren,tebu,teh O,air suammm..hai manyak juga ma..ingat tengah bulan tak ramai orang..ermm meleset ma..nasib baik dah booking..myb ramai plancong luar gaknye..
  Sempat ber'posing'..

Apapun lain kali jika nak ke sini,kene booking siap2..makin maju nampaknye restoran Cikgu Jeon..jika dilihat restoran2 yg lain tutup hari tu,tak pasti sementara atau selamanya..

Lokasi santapan 18 Dis 2010

Kawasan yang luas, malah dengan jumlah pengunjung pada malam tu, rasanya memang meja2 byk yg ditempah awal..apapun selamat kami beramai2 menikmati makan malam, yg tak abis disitu sempat dibungkus. Terimakasih daun keladi..tahun depan belanja lagi..Insyaallah tahun hadapan giliran abang sefamili lak belanja..ermmmm..

Syukran...Busu Nuar..murah rezeki dan cepat jodohnya

Berilah kegembiraan kepada orang lain,percayalah ia akan datang semula kepada kita.Tidak susah menggembirakan orang lain,mungkin hanya dengan kata-kata,mungkin hanya dengan senyuman ataupun dengan doa...Moga sentiasa dalam rahmat Ilahi...





06 November, 2010

Day Trip di Bukit Tinggi (5 November 2010)

Sepetang di Colmar Tropicale,Berjaya Hills ( 5 Nov 2010 )



Perancangan spontan telah membawa aku bersama famili menjelajah kembali laluan yang pernah aku ‘tempuhi’ hampir 2 tahun sewaktu berulang alik dari Gemas ke Bentong. Dari Pasir Besar,Gemas bergerak menempuh Bahau, Pasoh, Simpang Pertang(N.9) memasuki gerbang sempadan Pahang - Simpang Pelangai, Mancis, Telemong terus ke Karak melalui Lebuhraya Karak-KL, kesian anak-anak ‘pening kepala’ melalui jln berliku tersebut, sekurang2nya dapatlah mengetahui bagaimana ayahnya dahulu jam 4.30 pagi dah bergerak meredah jln tsb hampir 2 tahun..hehehe…kami singgah bermandian di Hutan Lipur Lentang. Sempat bersolat Jumaat di Masjid Lentang..dari hutan lipur meredah terowong dan melalui kawasan Jabatan Perhutanan Lentang kira-kira 1 km untuk sampai ke masjid.

Jam 2 ptg, bergerak ke kws Berjaya Hills (Bukit Tinggi) , exit 805 untuk menerjah kira-kira 10 km untuk sampai ke sana. Kami singgah dahulu di Rabbit Park, bayaran pukul rata RM3 dikenakan. Sama sahaja tatkala kesini 3 tahun lepas, ada arnab, rusa dan tunggangan keldai. Selepas itu bergerak ke Colmar Tropicale, bayaran dewasa RM 12 dan kanak-kanak RM 8 (meliputi lawatan ke Japanese Village dan Botanical Garden).

                                          
                                                            
Meletak kenderaan di Le Chevalier, kemudian menaiki ‘shuttle bus’ ke Botanical Garden. Hampir 2 jam menjelajah Botanical Garden dan Japanese Village yang mengandungi Japanese garden, Tatami Spa, Japanese tea house. Kali ini meneroka hingga ke penghujung (kws pelantar pemandangan). Botanical Garden. Nyaman suasana. Banyak spesis flora meliputi bunga seperti spesis Begonia, Prayer Plant, orkid harimau dan pokok seperti penarahan, mempening, damar hitam sengkawang putih di lihat dan sempat mengambil gambar untuk rujukan. Teringat masa di Bkt Fraser, meninjau2 lereng bukit disitu dan terjumpa sarang ‘door trap’ Tarantula Spider..ermm..Jam 5 petang bergerak turun untuk ronda2 di Colmar Tropicale, struktur binaan yang mirip dengan Colmar di Perancis. Hampir sejam meronda, harga air dan makanan…ermmm mahal ma,mayb ats bukit gaknye..tapi sekurang2nya jgn asyik nak fikir untung je…taikun berjaya hills kene juga buat kebajkan , air tin soya rm 6, air minuman aktif rm 3, ais krim cornetto rm 5. Pelbagai jenama Perancis bagi kedai2 makanan seperti Le Poulet Roti, Le Flamme, L’ Orient, La Bistro dan jenama jepun Ryo Zan Tei Restaurant.

Jam 6 petang, turun untuk satu lagi penjelajahan kembali ke Gemas. Speedo meter sejauh 170km..mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit mengakhiri sepetang di Colmar Tropicale, Berjaya Hills A’ French – themed Resort…ntah bila kan kembali kesana?

                         



04 November, 2010

Bukit Fraser-19-21 Okt 2010

JURNAL LAWATAN KE BUKIT FRASER, PAHANG

Black Eagle Team

The Little England of Malaysia nama yang sinonim dengan Bukit Fraser. Dengan latarbelakang bangunan berkonsepkan Inggeris, pasti menimbulkan nostalgia kepada pengunjung. Apatah lagi jika disingkap sejarah nama Bukit Fraser adalah dari nama seorang peniaga Scotland, Louis James Fraser yang merupakan pencari dan pembeli bijih timah dari pelombong berbangsa Cina di sekitar hulu Sungai Sempam pada tahun 1880an. Pembangunan Bukit Fraser sebagai destinasi percutian berhawa dingin bermula pada tahun 1917 oleh Kerajaan British pada masa itu dan sehingga kini berbagai-bagai pembangunan telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pahang dan Malaysia. Di antara tarikan pelancongan utama disini adalah bangunan dan banglo lama bercirikan rekabentuk British, merentas denai(trail), aktiviti mengecam burung (birdwatching) dan tempat percutian tanah beriklim sederhana dengan suhunya yang sejuk antara 17-24 celcius serta jauh dari kesibukan kota. Puncak tertinggi Bukit Fraser ialah 1,280 meter dari aras laut.

Kali ini kami berpeluang untuk meneroka pengalaman di kawasan tanah tinggi dengan tarikan tersendiri apabila mengadakan lawatan praktikal ke Bukit Fraser pada 19 Oktober sehingga 21 Oktober 2010. Setelah pelbagai urusan penempahan, logistik selesai, maka sebagai pelatih Kursus Usahawan Pelancongan Siri 1/2010 peluang untuk menjejak kaki ke The Little England of Malaysia diharapkan akan membuka minda tentang satu lagi produk pelancongan kawasan tanah tinggi.

Hari Pertama – Selasa (19 Oktober 2010)

Kali ini lawatan praktikal agak berbeza kerana kami terpaksa membawa sendiri keperluan bahan-bahan untuk memasak. Semua pelatih berkumpul di Dewan Makan PERHEBAT untuk memunggah bahan-bahan basah seperti ayam,daging lembu, sayur-sayuran. Bahan-bahan kering seperti beras, tepung, minyak telah diambil lebih awal. Segala bahan-bahan dipunggah ke dalam ‘perut’ bas. Setelah segala keperluan diperiksa, bas PERHEBAT, sebuah pacuan empat roda, sebuah kereta dan dua buah motorsikal berkuasa tinggi bergerak meninggalkan Sungai Buloh jam 0845 pagi dengan memasuki Tol di Hospital Sungai Buloh melalui Lebuhraya Utara-Selatan, kami singgah sebentar untuk menikmati minum pagi di Hentian Rehat Rawang. Lawatan kali ini turut disertai 4 pelancong tempatan iaitu Tony, Chot, Raj dan Faiz yang merupakan kenalan Cikgu Zulkifli yang amat mengharap sesuatu input akan diperolehi bila bersama dengan rakan-rakan beliau yang mempunyai pengalaman dalam industri pelancongan. Kami mula meninggalkan hentian rehat tersebut dan menyusuri keluar Tol Bukit Beruntung jam 0950 pagi, meredah laluan jalan raya dan tiba di Kuala Kubu Bharu jam 1025 pagi, merentas Empangan Hulu Selangor dan jambatan besi Sungai Chiling untuk melalui jalan berliku ke Bukit Fraser.

Perjalanan melalui jalan sempit dan berliku menuju ke Bukit Fraser terasa begitu panjang, akhirnya terlerai bila tiba di pintu pagar old gap. Apa yang unik laluan ke Bukit Fraser adalah peraturan masa yang ditetapkan untuk kenderaan naik dan turun . Kami sampai di kawasan tersebut antara waktu kenderaan dibenarkan naik ke atas iaitu antara jam 11 pagi sehingga 1140 pagi dan kelesuan melalui jalan berliku terlerai apabila melihat menara jam Bukit Fraser yang menunjukkan jam 1145 pagi. Setelah melepas lelah sebentar melalui jalan dari old gap ke Bukit Fraser sejauh kira-kira 8 km, akhirnya kami bergerak ke penginapan iaitu Rumah Peranginan Persekutuan Bukit Fraser di Jalan Girdle, sebuah Banglo 6 bilik yang cukup cantik tersergam. Kami menginap di Banglo B dan saya bersama 4 lagi teman berkongsi bilik 4B.

Apa yang menarik kali ini, terserlah semangat esprit de corp antara kami. Ini dapat dilihat dari awal ketika sama-sama memunggah bahan keperluan masakan dan menikmati makan tengahari dengan berselera hasil air tangan rakan-rakan. Masih teringat menu ikan goreng nyok-nyok bersos, ikan masin, sayur petola sudah cukup menyelerakan. Setelah berkemas, masing-masing sibuk untuk aktiviti petang. Kami berkumpul di hadapan banglo untuk menaiki bas ke pusat bandar Bukit Fraser.

Jam 4.45 petang kami bergerak untuk satu lagi pengalaman meneroka laluan di Bukit Fraser serta aktiviti birdwatching. Kami berkumpul di pusat bandar dan kami diperkenalkan oleh Cikgu Zul, seorang pemandu pelancong berbangsa India iaitu Mr. Durai, dianggap pakar dalam aktiviti birdwatching. Beliau telah hampir 20 tahun lebih terlibat dalam aktiviti tersebut serta mempunyai pengalaman luas dan arif tentang Bukit Fraser, malahan pernah beberapa kali menerima jemputan bagi seminar tentang burung di luar negara seperti Singapura dan New Zealand. Kemahiran mengenal spesis burung dan membunyikan siulan burung begitu di kagumi. Malahan boleh dianggap sebagai aktivis dalam memperjuangkan habitat spesis burung di Bukit Fraser. Dengan hampir 250 spesis burung yang dikenalpasti di kawasan tersebut, peluang mendapat input, tip dalam birdwatching dari seorang yang dianggap pakar burung adalah satu pengalaman yang begitu berharga.

Kami menyusuri Jalan Genting dan kelihatan sepanjang laluan Masjid Sultan Mahmud, Pejabat Perbadanan Bukit Fraser, Banglo Cini, Silver Park Apartmen, Banglo Temerloh dan melalui Jalan Ledegham kelihatan Bishop Trail. Sepanjang laluan, Mr. Durai turut memberi penerangan tentang spesis burung malahan sejarah Bishop Trail turut diketahui. Hampir 10 spesis burung dapat dilihat sepanjang bersama beliau. Antaranya Black Eagle, Mountain Imperial Pigeon, Mountain Fulvetta, Little Cuckoo Dove, Oriental Magpie Robin, Little Spiderhunter, Grey Wagtail. Kepelbagaian spesis burung di Bukit Fraser amat mengagumkan, meskipun pertama kali terlibat aktiviti tersebut, keindahan fauna di darat amat indah sekali seperti pertama kali melihat kepelbagaian spesis ikan di Pulau Kapas. Hujan renyai yang turun membuatkan aktiviti petang itu terganggu dan kami beteduh sebentar di pondok berhadapan dengan The Paddock, satu lagi kawasan tarikan dengan aktiviti berkuda dan memanah di situ. Pengalaman sepetang bersama Mr. Durai begitu berharga khususnya melihat kesungguhan beliau dalam menjaga aset utama Bukit Fraser iaitu habitat kepelbagaian spesis burung. Kami bergerak balik dengan bas, kembali ke penginapan dengan pengalaman baru - aktiviti menyeronokkan birdwatching yang pertama kali dirasai.

Sebelah malam setelah menikmati makan malam, jam 9.30 kami berkumpul di ruang tamu untuk sesi taklimat oleh tenaga pengajar. Kami dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan nama-nama kumpulan yang dipilih sendiri iaitu kumpulan Black Eagle, Eagle Nest, Oriental Magpie Robin dan Black Hornbill. Pelbagai input diberi oleh Cikgu Zul, antaranya etika dalam birdwatching, peluang kerjaya Nature guide dalam Birdwatching, lokasi tumpuan untuk aktiviti birdwatching seperti di Taman Negara, Kuala Gula, Kuala Selangor dan Taman Kinabalu. Taklimat ringkas untuk aktiviti esok hari iaitu birdwatching ke kawasan laluan old gap, Jelai Highland Resort dan mandi-manda ke Air Terjun Jeriau turut diberikan bagi mengakhiri sesi sebelah malam. Udara nyaman, persekitaran menyegarkan, jauh dari kesibukan kota menyebabkan tidur kami tambah lena dibuai igauan bertemu burung-burung yang lebih menawan esok hari.

Hari ke dua – Rabu (20 Oktober 2010)

Setelah menikmati sarapan, jam 7 pagi kami berkumpul di hadapan banglo untuk menaiki bas bagi meneruskan sesi birdwatching, kali ini bas membawa kami ke pusat bandar di kawasan letak kereta. Setelah taklimat ringkas diberi, kami bergerak bersama kumpulan masing-masing menyusuri jalan old gap. Pada pagi ini, bersama rakan dalam kumpulan Black Eagle, pelbagai spesis burung dapat dilihat dan dicam sepanjang menyusuri jalan tersebut. Bahkan hasrat untuk melihat maskot tidak rasmi Bukit Fraser, burung silver eared mesia akhirnya tercapai, warna-warni bulu burung tersebut menonjolkan betapa keagungan indahnya ciptaan Allah. Antara spesis burung lain ialah ashy bulbul, black laughingthrush, mountain bulbul. Setelah menyusuri jalan old gap, kami bergerak beramai-ramai menaiki bas menuju ke lokasi baru iaitu di kawasan Jelai Highland Resort hingga ke Banglo Maybank. Di situ kelihatan satu lagi tarikan Bukit Fraser iaitu kawasan riadah Allan’s Water yang menawarkan aktiviti menaiki bot. Sepanjang laluan tersebut, lebih banyak jenis burung dapat dilihat, antaranya Black Throated Sunbird, Streaked Spiderhunter, Grey Chinned Minivet (male and female), Fire Tufted barbet. Lokasi tersebut memang menawarkan kepelbagaian jenis burung untuk diperhatikan. Kami kembali semula ke penginapan untuk menikmati tea break.

Dan setelah menikmati makan tengahari, masing-masing membawa haluan sendiri, saya dan beberapa rakan bertuah kerana dapat melihat sejenis spesis burung hantu iaitu burung pungguk kerdil (collared owlet) pada jam 3.30 petang, yang dicatatkan antara spesis burung hantu yang terkecil di dunia dengan ukuran saiz 16cm dan sukar untuk dicari. Lokasi yang dilihat adalah di sebelah belakang kanan banglo penginapan kami. Boleh dikatakan kawasan tersebut juga merupakan kawasan yang sesuai untuk aktiviti birdwatching kerana terdapat pelbagai spesis burung yang hinggap di pohon-pohon kawasan tersebut.

Jam 4.45 petang kami berkumpul semula untuk ke Air Terjun Jeriau, satu lagi tarikan Bukit Fraser bagi membawa keluarga untuk berkelah. Laluan berliku dengan jalan yang sempit benar-benar menguji kecekapan pemanduan. Jarak perjalanan dari pusat Bandar ke kawasan tersebut sejauh 4.5 km. Dalam perjalanan, kami sempat singgah untuk melihat, bergambar di Ye Olde Smokehouse, hotel yang berkonsepkan rekaan Inggeris, hiasan dinding berwarna putih dan perabot ala Inggeris, pengekalan bangunan lama menimbulkan nostalgia - gaya British di Bukit Fraser.

Setelah sesi bergambar di Smokehouse, perjalanan diteruskan untuk mandi manda di Air Terjun Jeriau dan kami tiba di sana kira-kira jam 5.35 petang. Untuk sampai ke kawasan kolam air terjun, kami terpaksa berjalan kaki kira-kira 500 meter namun agak hampa apabila air di situ agak cetek mungkin akibat kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di kawasan tersebut. Dapat dilihat kerja-kerja naik taraf tandas awam, pembinaan empangan kecil, memungkinkan air di kawasan kolam utama cetek. Terasa juga kehampaan bagi mereka yang benar-benar ingin bermandian, mungkin pada awal tahun hadapan segalanya akan kembali pulih seperti sediakala. Kami berada di kawasan tersebut kira-kira 30 minit dan bergerak balik dengan diiringi hujan renyai dan sempat singgah di Medan Selera Bukit Fraser untuk menikmati minum petang.

Untuk aktiviti sebelah malam adalah BBQ, menu yang disediakan oleh rakan-rakan begitu menyelerakan, Selain menikmati makan malam secara santai di perkarangan banglo, diselit juga nyanyian lagu-lagu karaoke. Malam ke dua diakhiri dengan sesi menguji minda yang disediakan oleh kumpulan Gambir Sarawak, menguji minda akan apa yang di pelajari sepanjang 2 hari sesi birdwatching, meskipun hanya 4 soalan yang diajukan , pelbagai gelagat dapat dilihat, sesekali seronok melihat masing-masing berebut untuk memberi jawapan, yang pasti apa yang dilihat, dibaca, didengar tidak sia-sia kerana masing-masing mampu memberi jawapan pada tiap persoalan.

Hari ke tiga – Khamis ( 21 Oktober 2010)

Aktiviti hari ini berterusan dengan birdwatching. Kumpulan masing-masing telah mula berkumpul sejak jam 0715 pagi di hadapan banglo. Aktiviti hari ini hanya tertumpu sekitar kawasan Telekom Loop, salah satu lokasi yang di anggap menarik untuk peminat burung. Setiap kumpulan bergerak bebas sepanjang laluan tersebut, memang terdapat pelbagai spesis burung, ada yang pernah dilihat dua hari sebelumnya dan spesis baru dilihat. Antaranya burung cecawi gunung (lesser racquet tailed drongo), burung murai hitam merah (black and crimson oriole) dan burung belatuk kecil jambul kuning (Lesser yellownape). Tanpa sedar kami berjalan hampir 8km, mengelilingi kawasan Telekom Loop. Banyak input baru yang diperolehi, seolah-olah satu penghargaan atas usaha kami untuk meneroka tarikan laluan tersebut sebagai pemerhati burung.

Antaranya ketika menyusuri laluan di Banglo Buona Vista, dapat melihat flora yang dipanggil honey dew, manakala ketika di Banglo Kaniska, pemiliknya Mr Anthony sempat berkongsi pengalaman beliau sebagai pemerhati burung. Dan yang paling penting, beliau turut menunjukkan lokasi sarang labah-labah berbisa iaitu tarantula (nocturnal) pada dinding bukit berhadapan banglo Kaniska. Sedikit maklumat, bagaimana bentuk sarang labah-labah tersebut. Beliau turut memaklumkan yang habitat labah-labah tersebut turut terancam akibat pemodenan serta menjadi tarikan kepada pengemar haiwan eksotik untuk mengambil tanpa kebenaran.

Akhirnya info tersebut menyebabkan kami tercari-cari bentuk sarang labah-labah tersebut sepanjang perjalanan balik dan akhirnya terjumpa terdapat banyak bentuk sarang labah-labah tersebut di dinding bukit di Jalan Girdle (kawasan berhadapan pembinaan banglo baru). Setelah melihat dan bergambar, akhirnya perjalanan kami sekitar Telekom Loop untuk kembali ke Banglo B, tanpa sedar memakan masa hampir 3 jam. Penat akhirnya terlerai apabila menikmati juadah makan tengahari yang siap terhidang.

Setelah selesai segala kerja pembersihan dan siap berkemas, kami meninggalkan Rumah Rehat Persekutuan Bukit Fraser pada pukul 1 tengahari untuk berhenti sebentar di bulatan pusat bandar bagi membeli cenderahati. Kami bergerak turun pada jam 2 petang . Saya bersama Ali, Zul dan Anuar dalam pacuan 4 x 4, meredah perjalanan yang sama untuk kembali ke Sungai Buloh dan berhenti sebentar di Kuala Kubu Bharu untuk menikmati minum petang dan selamat sampai kira-kira jam 4.30 petang dengan banyak kenangan manis dari Bukit Fraser yang serasanya tidak akan diperolehi jika bercuti di tempat lain.

Save the Green Lungs

Check out this SlideShare Presentation:

01 October, 2010

Persatuan Pencinta Alam Malaysia- Rakan Mesra Alam

Buku-buku dan Borang MNS
Satu lagi peristiwa dlm hidupku telah tercatat..tanggal 29 Sep 2010,hasil dari pembelajaran dan info membuatkan aku dan zul ke Pej MNS di JKR 641,Jln Kelantan,Bukit Persekutuan,K.Lumpur utk sama2 mendaftar sebagai rakan Persatuan Pencinta Alam Malaysia..sekurang2nya dapat juga bergabung dgn rakan2 diluar sana untuk menyeru kpd pemuliharaan dan keutuhan integriti alam sekitar di Malaysia..Bln Mac 2010 lps sempat menjengah 'raptor watch' di Tg Tuan,PD tapi tak pulak nak mdaftar..sekadar melihat xtvt ahli2 MNS disana.. Mungkin juga slps pencen nnt,adalah sesuatu xtvt berguna dapat aku lakukan..
Kekadang kita hanya menghargai sesuatu apabila ia hilang,tiada lagi.Tidak peduli kalau berada didepan mata..alpa kufur pada rahmat dan anugerah Ilahi..ermm..bersastera pulak..yela tgh nak mhabiskan travelog kedua 'roewyo' karya Mohd Fudzail Mohd Nor- watak Raewyn anak Maori di New Zealand yang begitu mencintai alam sekitar..mmg dah terdidik begitu agaknya warga mereka disana..moga angin perubahan akan terus meniup kpd warga kita utk sama2 mencintai alam sekitar..flora dan fauna..
Resit sementara Keahlian
Tak pasti apa yg akn berlaku slps pencen nnt,mungkin dpt aktifkan diri dengan pelbagai kumpulan sukarelawan-pemerhati burung,peneroka gua,hidup lestari,fotografi,marin,trekking dan banyak lagi...hmmm seronok bila dpt input baru tentang alam sekitar, itupun stlh berada di sini..PERHEBAT..kursus Nature Guide..Malaysian Rainforest..Dipterokarpa,Palmate,Leguminosae,Moraceae...haha..mcm2 nama saintifik keluarga utama di hutan Malaysia..apatah lagi stlh berkg di Hutan Simpan Bukit Nanas,KL-slh satu hutan hujan tropika tertua dan wujud dlm bandar..byk info baru diperolehi..apapun rasanya masih belum terlewat utk aku sama2 menyertai komuniti NGO ini..Better Late Than Never..hahaha mainan kata2 ketika di AFATS..nostalgia...

28 September, 2010

Kenangan di Pulau Kapas- Fantasi jadi Realiti

Telah aku catatkan dlm entri yg lps utk ke Pulau Kapas, akhirnya terlaksana bersama teman2 sekuliah pada 21hb Sep yg lps. Pertama kali menjejakkan kaki ke Pulau Kapas membuatkan diri rasa teruja akan keindahan,jernihnya air,putihgebunya pepasir pantai.Perjalanan meredah 3 negeri - Selangor,Pahang, Terengganu terasa berbaloi..menginap di Kapas Island Resort. Apatah lagi berada di salah satu Taman marin yang telah digazetkan sebagai Taman Laut Malaysia. Rugi rasanya ke Terengganu jika tidak ke salah satu gugusan pulau-pulau(taman marin) di Terengganu
Lakaran Kasar Kapas Island Resort

Antara aktiviti yg aku lakukan - ronda2 pantai,snorkeling dan jungle treking ke Berakit (Jurassic Park)..pelbagai nostalgia pertama kali di pulau tersebut membuatkan hati terpaut utk kembali kesini bersama famili nanti (entah bila..)
 Bersama teman utk ke kws xtvt snorkeling

Pengalaman pertama kali ber'snorkeling' membuat hati rasa teruja dan berdebar2...menikmati keindahan pelbagai spesis ikan, batu karang...teringat indahnya ikan2 aku kat akuarium dirumah
 Serius je muka...1st time snork ma

Apapun fantasi telah jadi realiti..alhamdulilah semuanya selamat kembali untuk meneruskan sisa-sisa kehidupan 'siswa'..menunggu trip akn datang ke Taman Negara,Kuala Tahan, Pahang... lagi pengalaman baru akan ku kutip
Bersama teman seperjuangan









Anak-anak ikan di kws Jurassic Park
 
Bersama teman sblm berangkat pulang
 
Sekali lagi moga pembelajaran dan percutian ini (2 in 1) akan menyemarakkan lagi dan menambah input serta menjadi destinasi dalam kalendar percutian famili dimasa akan datang...
 
 

17 September, 2010

SMS pengganti diri - kenangan syawal 1431H

Apapun kenangan lampau pasti menggamit nostalgia,thx utk teman2 yg sempat bersms pganti diri..tiada lagi kad raya ku terima cuma kad2 raya lama yg beli dlm paksa masih ada lg dlm simpanan..myb terus dlm simpanan yg entah bila akan diposkan...serba sdikit sms yg bakal dicatatkan ...pelbagai luahan rasa/corak pgirim dlm memeriahkan syawal..antaranya:

1. kobau tuo ilang kek sawah,org kg sebuk mcari,jika ekau tokan kebawah...dah sah ekaulah kobau yg den cari!!..kalo ado jarum yg patah,tk payah la disimpan laei,kalo ado hati yg marah,rileks la,den pun dah t'kono skali hehehe....jarum yg patah poie la buang,jgn dibuang bsama kain,klu tk nak kono sorang2,sendlah msg ni kek org lain..'slmt hari gayo aidilfitri,maaf zahir batin'..

2. kadang2 kwn,saudara dan kluarga mcm MAGGI,time susah kita cari,kadang2 mcm CHIPSMORE,sekejap ada sekejap tak ada,kawan&saudara juga mcm ASTRO,macam2 ada..Tapi buatku kwn&saudara tu mcm L'OREAL 'kerana dirimu begitu berharga'..SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI..

3. Ukhwah dlm islam bkn trletak pd kekerapan pertemuan..bkn juga pd manisnya ucapan lahir dibibir TAPI pd ingatan seseorg terhdp saudaranya dlm doa...salam aidilfitri..

4. B4 aidilfitri datang,B4 ramadhan pergi,B4 operator bz,B4 msg asik pending,B4 kydt abis, nk wish awal2..slmt hari raya..maaf zahir batin..

5. Assalamualaikum,syawal kini kembali lagi,disambut dgn meriah skali pohon kmaafan diaidilfitri,semoga ukhwah kekal abadi...salam aidilfitri..

6. Melawak tak selalu tapi Mesra..kasih tak Dalam tapi Kekal,Senyuman tak Manis tapi Ikhlas..Hati tak Rindu tapi Teringat.Mesej tak kerap tapi Ingat Selalu....Slmt Menyambut aidilfitri dlm semangat keimanan dan ketakwaan..semoga segala usaha kita dapat keredhaan dari allah..

7. Pelita diletak diatas para,hendak dinyalakan ditepi titi,SMS dihantar pganti kad raya,Tanda ingatan di adidilfitri...minta ampun mana terlebih,mana terkurang,halal mkn dan minum serta perbuatan..

8. Tk skot..salam ramadhan,salam aidilfitri,maaf zahir dan batin.Semoga semuanya mdpt keredhaan Allah swt..

9. Ya Allah diakhir ramadan yg barakah ini,muliakan dan sayangilah saudaraku ini,bahagiakan keluarganya,sihatkan tubuh badannya,berkatilah rezekinya,kuatkan imannya,berilah kenikmatan ibadah padanya,jauhkan nya dari fitnah,suburkan benih KEISLAMAN pada zuriat keturunannya dan masukkan nya dalam syurgaMu tanpa hisab..amin ya allah..slmt hariraya aidilfitri...

10. Salam aidilfitri..adakah 10/9/2010 hariraya pd hari jumaat..sblm tu 27/11/09 aidiladha hari jumaat..18/12/09 thn baru hijrah hari jumaat..25/12/09 hari natal hari jumaat..01/01/2010 tahun baru hari jumaat..26/02/2010 maulidur rasul hari jumaat..28/5/2010 hari wesak hari jumaat..27/8/2010 nuzul quran hari jumaat..akn dtg 5/11/2010 deepavali juga hari jumaat..dlm alquran allah sebut KIAMAT terjadi pd hari Jumaat..sememangnye kiamat semakin hampir..sambutlah aidilfitri ini dgn bnyk istighfar,kesyukuran dan kemaafan..jangan ingat malam Jumaat sahaja..maaf zahir bathin...

11. 'Dan sempurnakanlah ibadat puasa kamu mgikut bilangan hari dlm Ramadhan (29 atau 30 hari), serta bertakbirlah(membesarkan allah) atas petunjukNya yg diberikan kpd mu,supaya kamu bersyukur(Surah Al Baqarah ayat 185)- Selamat Hari raya Aidilfitri,maaf zahir dan batin

erm..cukuplah rasanye catatan ringkas SMS pganti diri,pganti kad..memori 1431H..yg penting ukhwah sesama islam akan sentiasa utuh menghadapi pancaroba mndatang..ada juga mms..masih blm dibuka coz my hp tak ada function tsb..hehehe..Salam Aidilfitiri,Salam Hari Malaysia dan Selamat Menyambut Hari Angkatan Tentera....semoga sentiasa dipayungi rahmat dari Ilahi..insyaallah..

Pokok Rantai Emas/Golden Chain Tree

Pokok Rantai Emas

Erm..salam aidilfitri buat semua teman-teman, thx ats info utk ipin yg sdg bkursus lanskap diKolej Komuniti Masjid Tanah..yela utk nama sbnr pokok yg aku namakan juraian emas..kira dkt2 juga bunyinye,itupun dpt berbual tika dia sefamili dtg beraya..apapun setelah disemak dlm net..nama saintifik pokok ini adalah Lophanthera Lactesceus..nama biasa Golden Chain Tree / Pokok Rantai Emas dalam famili Malpighiaceae..
pokok2 yg anda boleh perhatikan disepjg jln dari SDARY ke SMKDA Merlimau Melaka..apapun slmt ber 'reunion' kpd semua bekas pelajar SDARY dalam kelab PERTEN pd 18 Sep 2010..semoga segala berjalan lancar..insyaallah..

05 September, 2010

lagu raya ku pohon restu ayah bonda mamat exist

Pulau Kapas-Jumpa kami 21 Sep 2010


Pulau Kapas..satu lagi lawatan dalam modul kursus.Aku yg tak pnh kesana..cuba2 surf dlm net,info2 awal.Rupanye jika ikut testimoni slh satu tmpt mnarik utk dikunjungi..hmm..seingat aku awal tahun 1989,kali terakhir ke Pantai Timur..hahaha..teruk betul..asyik2 ronda sblh utara,selatan..tmpt btgs pun 19thn diNS (syg tak mohon pingat)hehehe..2 thn Bentong,Phg..sori bro..tak guna kabel ma..aku ikut je..cam ke Gemas dulu,mcm2 org ckp 'tmpt jin btendang'..yelaa satu2 psk yg wujud kala tu..hmmm..
Peta Ke Pulau Kapas (Bukan kat Setiu ma)
Ok...berbalik jln2 ke pulau..yg pnh prgi seingat aku..Pulau Besar,Melaka..Pulau Langkawi..(baru lg),Pulau Pinang..Pulau Tioman(my wife..itupun kperluan kursus)..hehehe..myb famili pun x minat ngan tmpt2 yg takde 2 in 1..yela shopping r tmpt pmainan utk ank2..lg satu hal..aku ni pun tak brp mahir 'swim'..ikut kata Ckgu Jamil :'bukan tak pandai tak brp mahir,lama2 mahirler'..hahaha..ok apapun Kapas Island bakal kami 'terjah'..insyaallah akan tmbh lg memori dan moga persepsi terhadap alam smulajadi,air laut kan bisa terlerai utk aku jadikan pula pulau2 destinasi percutian baru utk kami sekeluarga...Moga kunjungan kesana nanti akan sentiasa dirahmati Ilahi dan segala perancangan berjalan lancar,apatah lagi dalam suasana raya aidilfitri..dan harap2 juga menu 'sheep' kan ada jadi menu utama disana..ermmm..