01 August, 2013

Ogos 2013/Ramadan/Syawal 1434H

Salam 23 Ramadan 1434H, 1 Ogos 2013..semalam Hari Pahlawan : buat menghargai pahlawan-pahlawan yang berjasa mempertahankan tanahair tercinta. Ramadan makin hampir ke penghujungnya,apakah dapat kita mengintai Ramadan 1435H...? Ya Allah aku mohon keampunanMu, rahmatMu serta taufiq hidayahMu..

Berikut antara aktiviti menarik Bulan Ogos 2013 :

Cuti Persekolahan ( 12 Hari ) : 7 Ogos 2013 - 18 Ogos 2013 : Seluruh Malaysia :Selamat Bercuti buat anak-anak dan selamat berlibur.

Hari Raya Aidilfitri 1434H : 8 Ogos 2013/ 9 Ogos 2013 : Seluruh Malaysia : Bersama kita raikan Hari Lebaran ini, saling kunjung mengunjung dan saling bermaafan sempena Syawal. Hari kemenangan bagi umat Islam, moga bertambah teguh iman kita dan sentiasa mendapat rahmat dari Allah swt.

Sandakan Memorial Day : 15 Ogos 2013 : Taman Peringatan Sandakan, Sabah :Untuk memperingati sejumlah 2400 wira yang terkorban dalam tiga perarakan berasingan sejauh 240km yang menyeksakan dari Sandakan ke Ranau yang di kenali "Death March". Maklumat lanjut sila layari www.sabahtourism.com

Melaka MITS MATTA Fair 2013 : 23 Ogos 2013 - 25 Ogos 2013 : Melaka International Trade Centre ( MITC ) : Ia menawarkan pengunjung dengan pelbagai pilihan pakej pelancongan menarik serta tambang murah yang sesuai dengan bajet anda. Rancang, bandingkan dan beli pakej percutian idaman anda. Sila layari www.matta.org.my untuk maklumat lanjut

Royal Pahang BillFish International Challenge : 23 Ogos 2013 - 25 Ogos 2013 : Pantai Bernas, Kuala Rompin, Pahang : Acara yang diadakan saban tahun di Rompin ini telah lama mendapat perhatian antarabangsa. Cabaran menyaksikan kehadiran pemancing handalan dunia yang datang dari seluruh dunia seperti UK, USA, Jepun, Thailand dll.

Borneo International Marathon : 25 Ogos 2013 : Kota Kinabalu, Sabah : Diadakan sepanjang jalan pantai yang indah di Kota Kinabalu yang menampilkan 3 acara utama : 10km, 21.1km (half marathon) dan 42.2km (full marathon). Bermula jam 3 pagi, 5 pagi dan 6 pagi. Untuk maklumat lanjut sila layari http://borneomarathon.com

Race For 12 Hours : 29 Ogos 2013 - 31 Ogos 2013 : Sepang International Circuit (SIC), Selangor :
Acara sukan bermotor terbesar di Asia bagi menguji ketahanan penunggang. Merdeka Millenium Endurance Race 2013, kini kembali untuk edisi ke 14. Setiap pasukan akan mempunyai tiga orang pemandu yang akan berlumba bagi sekurang-kurangnya 70 minit sebelum dibenarkan untuk menukar pemandu. Sila layari www.sepangcircuit.com.my

Hari Kemerdekaan : 31 Ogos 2013 : Seluruh Malaysia : Sambutan bagi memperingati kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu daripada penjajah British pada tahun 1957. Merdeka...Merdeka...Merdeka bumi bertuah..

Akhirkata : Selamat menempuh Bulan Ogos 2013/ Ramadan/ Syawal 1434H bersama kita mengharungi sisa-sisa bulan Ramadan Al Mubarak dan selamat menyambut bulan Syawal. Semoga kita semua sentiasa mendapat payung rahmat Allah swt.