06 January, 2019

Melaka United : Pra Musim : Menang Lagi #MUN9

Seperti dirancang dapat juga bersama famili bersantai di Estadio Of Hang Jebat malam semalam untuk menyaksikan perlawanan pra musim ke dua #MUN9. (2-0)

Duduk di kawasan berbumbung dan semalam tiada nampaknya asap rokok berkepul-kepul diudara. 

Kedatangan penyokong juga amat menggalakkan. Kemenangan kedua dicatatkan dalam perlawanan pra musim. Tahniah, masih banyak yang perlu diperbaiki oleh Coach untuk memantapkan lagi permainan sebelum bertemu pasukan dari Liga Super.

SR8 memang terbaik, masih unggul dengan hantaran dan corak permainan yang kreatif...Nazrin Nawi nampak dah makin longlai. Striker impot yang mantap fizikal dan kreatif amat ditagih kerana barisan tengah dan pertahanan makin serasi. Jang Suk Won pula nampak selesa diposisinya. Razmi Haziq masih boleh meningkat dengan corak larian deras untuk masuk ke kotak penalti. Semalam kelibat Gopi tak nampak, pastinya dengan gandingan sayap kiri dan kanan pasti akan menimbulkan impak pada pihak lawan...begitu juga Apek tiada namun Oscar Wong berjaya mengawal pintu gawang dengan baik.

Dengar citer lawan akan datang adalah kelab dari Singapura...

Harap pemain Melaka United akan tambah serasi dan mantap untuk terus memberi cabaran pada perlawanan mendatang dan terus unggul menjelang Liga M nanti.

Game Pra Musim RM5

Kredit untuk FB MUSA

Sekitar jam 1930 : kosong lagi
Saat SR8 mencetak gol penalti



Gegau Melaka United Gegau : 2019



No comments:

Post a Comment