23 December, 2018

Disember 23 : Selamat Hari Ulang Tahun Buat Diriku

23 Disember 2018 : Selamat Hari Ulang Tahun Buat Diriku. Terima kasih buat semua yang menghantar ucapan melalui WA. Terima kasih jua buat isteri tersayang dan anak-anak atas kad ucapan dan hadiah. Semoga kebahagiaan dan keberkatan dalam kehidupan buat kita semua. Aamiin.

Semoga sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT

RedVelvet Oreo dan Kek Kiwi penyeri majlis

Raikan Cinta di Restoran Ayam Penget Lamongan




Wahai Allah Engkaulah Tuhanku Tiada Tuhan selain Mu, Engkaulah  yang menciptakan aku dan aku adalah hambaMu dan aku berada dalam perjanjian Mu dan ikatan kesetiaanku pada Mu semampuku, aku berlindung dari buruknya perbuatanku dan aku sedar kenikmatan-kenikmatan Mu padaku dan aku sedar atas dosa-dosaku dan ampunilah aku, maka sesungguhnya tiada yang mengampuni 
dosa-dosa selain Engkau

Aamiin.


Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat dan keberkatan dari Allah SWT.

10 November, 2018

November 10, 2018 : HUT Perkahwinan Ke-23

10/11/2018 : Hari Ulang tahun perkahwinan kami ke-23. Meraikan bersama di Restoran Sukiya,  AEON Bandaraya Melaka menikmati hidangan masakan Jepun.


Coklat Oreo pilihan bersama

Tahniah dan Salam Sayang Buat Puan Halimah

Restoran pilihan Keya

Semoga kehidupan kita semua sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT. Aamiin,


03 October, 2018

Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke - 85 : Ayahanda Ithinin Talif

031033 : Selamat Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-85 buat Ayahanda Ithinin Talif. 

Semoga dipanjangkan usia, dikurniakan kesihatan yang bermanfaat dan sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT...Aamiin.

HUT Perkahwinan Ke 52

Bersama cucu Aqil : beriadah 

Semoga kehidupan kita semua sentiasa dikurniakan keberkatan didunia dan akhirat. Aamiin.


12 September, 2018

Libur @Bandar Tentera Darat (September 2018)

Libur di Port Dickson bersempena cuti bersambung hujung minggu pada 9/9/18. Sesak luar biasa di Teluk Kemang. Berderetan kenderaan, pengunjung bermandi-manda bercanda ditepian pantai..Pantai Teluk Kemang penuh sesak begitu juga di Pantai Tanjung Biru. Terjah ler juga di Blue Lagun..

Nasib sempat menempah menginap di E-Hotel (RM120 hujung minggu/cuti umum). Ingin ke Hotel Mirage : full house katanya...

Kedai Makan Nasi Kukus Cowboy, Pusat Ikan Hiasan PD, Muzium Tentera Darat memang sesak dengan pengunjung..Jalan-jalan cari makan : Cuti-cuti Malaysia.

E-Hotel/Blue Lagoon dalam memori

Lunch@ CowboyPlace

Plt 2 A Coy dalam kenangan '89 kini Army Museum

Lokasi percuma dah ada tayangan 3D : Terbaik

JJCM@ Melaka : Nasi Arab Sawit, Keria Internasional dan Klebang
Coconut Shake : sesak luo biasa

Berlibur di Port Dickson untuk mandi-manda, berkunjung ke Baden Bundle kemudian perjalanan balik singgah ke Nasi Arab @ Sawit Corner : memang penuh dengan pengunjung apatah lagi berbaris panjang pembeli di dua lokasi Kuih Keria Antarabangsa dan CoconutShake Kelebang. Cuti panjang baris pun panjang. Di MP Bandar Hilir pun sama jemmmmmm....

Semoga kehidupan kita semua dilimpahi keberkatan dunia dan kesejahteraan diakhirat...aamiin.


Selamat Berlibur.


11 September, 2018

Salam Maal Hijrah 1440H : 11 September 2018M

Salam Maal Hijrah 1440H.

Salam 1 Muharam 1440H..selamat bercuti, berlibur untuk semua. Cuti bersambung dari hujung minggu. 


Doa Akhir Tahun 1439H

Doa Awal Tahun 1440H





Salam Awal Muharam 1440H...Semoga kita semua dan ahli keluarga sentiasa berada dalam limpahan rahmat dan redha Allah...serta perkenankan doa-doa kami Ya Allah....Aamiin


24 August, 2018

Pulang The Movie @Serkam 2018

Lama sudah tidak menjengah ke pawagam tapi dek penangan kisah benar filem Pulang From Serkam With Love  menyebabkan tergerak hati bersama isteri menonton di GSC Dataran Pahlawan, Melaka.
Anak-anak pula melayan cerita Hotel Transylvania 3.

Memang menyentuh hati filem Pulang : dengan sinemagrafi yang cantik dan plot cerita yang menyebabkan hati tersentuh maka berderailah airmata....

Kempen di Pawagam GSC



Harga RM 10 sahaja

Sempat beraksi my boy

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat. Aamiin..


31 July, 2018

31 Julai : Sambutan Hari Pahlawan

Tanggal 31 Julai setiap tahun menjadi tarikh keramat bagi meraikan pengorbanan perajurit negara yang berjuang demi tanah air dengan mengadakan sambutan Hari Pahlawan. 

Kerajaan mengisytiharkan tarikh itu sebagai menandakan tamatnya darurat pada tahun 1960.

                                                                                                       Harian Metro 31 Jul 2018







Artikel Harian Metro : 31 Julai 2018






Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat. Aamiin.


03 July, 2018

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Jalan SM 3

2 Julai 2018M bersamaan 18 Syawal 1439H : 

Syukur segala puji bagi Allah, selesai sudah Jamuan Hari Raya Aidilfitri bagi penghuni Jalan SM 3.
Seperti tradisi yang lepas jam 9 malam bermula jamuan dengan juadah secara 'potluck'. Pelbagai menu tersedia untuk dinikmati : nasi impit, rendang ayam, mihun, mee goreng,mee kari, pizza, roti canai, roti john dan satay ayam dan daging (Terima kasih En Fadzli tuan penaja) serta pelbagai kuih raya.

Bermula doa kesyukuran, jamuan diiringi lagu-lagu raya dan percikan bunga api.










Semoga ukhwah yang telah terbina terus terjalin bagi kami semua dan dikurnia kebaikan di dunia dan kesejahteraan di akhirat...aamiin


30 June, 2018

Corat-coret Jun 2018

Salam Syawal 1439H/2018M buat semua...

Coretan kenangan pastinya menempuh Syawal 1439H

15 Jun 2018 - Syukur alhamdulillah kerana masih dapat meraikan bersama keluarga tersayang di pagi Syawal. Bersolat Aidilfitri di Masjid Ar Rahim Merlimau dan kemudian menunaikan Solat Jumaat di masjid yang sama. Berziarah ke rumah sanak saudara. Minal Aidil Wal Faizin. 




29 Jun 2018 - Selamat Hari Lahir buat Isteri Tersayang : Puan Halimah Abd Kadir. Semoga sentiasa dipayungi rahmat Allah SWT, dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki. Aamiin.






30 Jun 2018 - Menghadiri majlis perkahwinan anak Cikgu Salleh di Umbai, sebelah petang ke majlis sambutan Hari Raya En. Ramli di Kg Tambak Bugis dan sebelah malam pula ke rumah Abg. Jailani di Kg. Sebatu....moga dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kebaikan di dunia dan akhirat. Aamiin

29 May, 2018

2018 : Kad Raya 3D (Pos Malaysia)

Tahun ini Pos Malaysia memperkenalkan kad Ucapan Raya 3 Dimensi (3D) yang menyaksikan peralihan mesej ucapan Aidilfitri daripada kad ke 3D.

Pek kad Ucapan Raya Hologram 3D dijual pada harga RM12. Pelanggan perlu memuat turun aplikasi hologram melalui aplikasi Google Play atau App Store dan melekatkan projektor plastik hologram pada skrin telefon pintar untuk melihat video hologram 3D.

Terbaik untuk Pos Malaysia kerana sentiasa mengeluarkan produk seiring dengan kecanggihan teknologi komunikasi.





Kad Inovasi Augmented Reality (AR)


Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H : Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat daripada Allah SWT. Aamiin.

Corat-coret Mei 2018

Salam Ramadhan 1439H/2018M buat semua.

Mei hampir sampai ke penghujung, pelbagai peristiwa suka duka melingkari kehidupan kita. Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah SWT. 

9 Mei 2018 : PRU Ke 14. Mengundi di N.26 dan P.139 Selesai tugasan sebagai pengundi.

10 Mei 2018 : Pakatan Harapan berjaya membentuk Kerajaan Malaysia Baru.

11 Mei 2018 : Cuti Umum selama 2 hari {10 dan 11 Mei} atas kemenangan Pakatan Harapan.




26 Mei 2018 : Selamat Hari Lahir buat anakanda Nur Khairiah. Semoga sentiasa dipermudahkan dalam segala urusan dan terus sukses dalam pengajian DHF. 

Semoga Ramadhan 1439H akan diberkati dan moga rahmat buat kami sekeluarga. Aamiin.


30 April, 2018

Koleksi Gelas Sunquick 2018

Untuk Tahun 2018 : Sunquick telah menawarkan koleksi gelas terbaru. Bagi pengumpul gelas tersebut pasti merasa teruja untuk mendapatkan gelas tersebut bagi melengkapkan siri koleksi gelas setiap tahun.








Untuk koleksi Gelas Sunquick : baru berjaya membeli Gelas Sunquick Tahun 2011 dan 2013 setelah meninjau di web mudah.my. Ada penjual dari Kuching Sarawak yang mengiklankan dalam laman web tersebut,  masih menunggu kepulangan gelas rare tersebut yang menempuh perjalanan jauh dari Miri. Harap dapat melengkapkan koleksi gelas Sunquick  Tahun 2011 sehingga 2018.

Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Selamat mengundi PRU 14 : 09 Mei 2018.


31 March, 2018

Terung Asam (Solanum Macrocarpon) Permatang Bukit, Merlimau

Tumbuh meliar di belakang rumah. Memang tidak tahu rupanya Pokok Terung Asam. Daun berduri dan buahnya boleh dibuat sambal. Memang rare nampaknya. Menikmati sambal terung asam : air tangan Bonda petang tadi. 






Sambal Terung Asam Air Tangan Bonda

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat . Aamiin.

Corat - coret Mac 2018

Salam Mac 2018 ...pantas masa berlalu. Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah SWT.

1 Mac 2018 : Ayahanda Ithinin mendapat rawatan susulan di Hospital Besar Melaka.Semoga ayahanda dikurniakan kesihatan, dipanjangkan umur dan dilimpahi rahmat Allah SWT.

7 Mac 2018 : Selamat Hari Lahir Buat Anakanda Khairul Ikhwan. Doa kami semua semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Menjadi anak yang soleh, taat perintah agama dan dikurnia kesihatan.
Menikmati hidangan malam di Row Six JJ Melaka.

Genap 10 tahun Qwan

Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Aamiin.

28 February, 2018

Doa Pembuka 12 Pintu


Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang
Ya Allah ...bukakanlah bagiku pintu-pintu kebaikan, pintu-pintu keselamatan,
pintu-pintu kesihatan, pintu-pintu nikmat, pintu-pintu keberkatan,
pintu-pintu kekuatan, pintu cinta sejati, pintu-pintu kasih sayang,
pintu-pintu rezeki, pintu-pintu ilmu, pintu-pintu keampunan dan pintu-pintu syurga.
Wahai Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.


Doa jua moga Ayahanda Ithinin Talif dikurnia kesihatan,dipanjangkan umur,
dan dilimpahi rahmat keberkatan, dipayungi rahmat Allah SWT


Aamiin.

06 January, 2018

2018 : Lengkap Koleksi Figurines HUT Ke-40 Vitagen

Selamat Menempuh Tahun Baru 2018.

Akhirnya 5 Jan 2018 dapat melengkapkan Siri koleksi figurines : hadiah istimewa sempena Ulang Tahun Ke - 40 Vitagen setelah membeli Susu Kultur tersebut dari pembekal yang berjualan di Pasar Malam di Pusat Industri Merlimau, menerima dan melengkapkan koleksi yang tiada. 


2017 : koleksi yang masih belum dimiliki





10 siri koleksi figurines : HUT Ke-40 VITAGEN

Selamat menempuh Tahun 2018 : semoga kehidupan kita semua dirahmati Allah SWT. Dikurniakan kesihatan, dilimpahi keberkatan di dunia dan kesejahteraan di akhirat..aamiin.