31 January, 2019

Melaka United Ke Merlimau


Aktiviti Melaka United diteruskan dengan penganjuran Majlis Bacaan Yaasin dan doa selamat di Masjid Asy - Syuja'ah berhadapan Politeknik Merlimau. Majlis yang dijangka bermula jam 7 malam merupakan  aktiviti yang baik dalam memohon agar segala misi yang dirancang oleh pengurusan pasukan akan terlaksana dan segalanya dipermudahkan urusan. Semoga  mendapat rahmat Allah SWT.

Head Coach Zainal pastinya turut ingin agar kejayaan milik pasukan kendaliannya. Berkesempatan menunaikan Umrah tahun lepas, pasti HC Zainal berdoa yang terbaik untuk MU. Bahkan ketika berpeluang bergambar dan bersalaman dengan beliau di Melaka Mall.. doakan untuk kami kata yang keluar dari mulutnya. Terbaik HC...semoga 2019 menjanjikan sesuatu untuk peminat Melaka United. 

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Aamiin.

Kredit : FB MUSA





Seperkara lagi makluman tentang harga tiket telah disahkan secara rasmi melalui FB MUSA. Terima kasih pihak MUSA kerana telah menetapkan harga baru yang lebih murah berbanding tahun lepas. Diharap  penonton akan hadir memenuhi Estadio Of Hang Jebat untuk memberi sokongan padu kepada Melaka United. 

Kredit : FB MUSA


Progloria Melaka United
2019

Gegau Melaka United Gegau


No comments:

Post a Comment