23 January, 2019

Progloria : Demi Kebanggaanku : Melaka United 2019

Melaka United perkukuhkan lagi pasukan dan serius menghadapi Liga Super Malaysia 2019 dengan mengikat kontrak 4 pemain impot setelah mereka melalui perlawanan pra musim domestik dan Tour Pre Season@Vietnam.

Pengurusan Melaka United nampak yakin dengan kehadiran ramai pemain berpengalaman untuk menjadi pesaing utama dalam Liga Super...buat permulaan bagi pendapat aku, harapan genggaman 1 piala dalam Liga Bolasepak Malaysia dapat direalisasikan.



Janji Presiden MUSA untuk mengutamakan kebajikan pemain, pastinya akan memberi impak positif kepada prestasi pasukan tahun ini.

Pihak manakah yang menjadi penaja utama MU 2019..tahun lepas EDRA,CGN ..Adakah pengurusan baharu akan membawa masuk penaja yang lain kerana melihat senarai pemain yang diikat kontrak pastinya memerlukan bajet pengurusan yang lebih besar. Situasi menang-menang antara penaja dan MU lebih diutamakan. 

Adakah Warrix akan terus bersama MU...Apakah masih diteruskan season pass...apakah Perbadanan Stadium Melaka akan mengekalkan harga tiket...???

Seperkara lagi entah bila agaknya pelancaran jersi Melaka United serta sesi pengenalan pemain dan penaja...#sabaumenanti

Gegau Melaka United Gegau
2019

No comments:

Post a Comment