25 June, 2015

25 Jun 2015 : Setem Keluaran Khas Pos Malaysia : Burung Pucung


Hari ini Pos Malaysia telah mengeluarkan Setem Keluaran Khas bertemakan alam fauna : Burung Pucung. Kali terakhir tema burung dikeluarkan adalah pada 13 Januari 2013 iaitu Burung Belatuk.

Setem Keluaran Khas dikeluarkan bagi menggambarkan unsur-unsur unik yang terdapat di Malaysia seperti alam flora dan fauna, budaya tempatan dan seni bina negara.

Bagi pengumpul Sampul Surat Hari Pertama (FDC) pasti tidak melepaskan peluang untuk menambah koleksi. Begitu juga aku, pada hari ini jam 0840 pagi sudah ke Pejabat Pos Merlimau untuk membeli FDC namun hanya dapat membeli 2 keping FDC, denominasi setem 60sen, 70sen dan 80sen manakala Lembaran Mini setem yang bernilai RM5 telah habis dijual.

Ingat awal lagi, rupa-rupanya ada juga pengumpul tegar FDC di Merlimau yang telah beratur lebih awal untuk membeli FDC dan setem. Untuk sekian kalinya, bergerak ke Pejabat Pos Besar Melaka yang jauhnya kira-kira 22km untuk melengkapkan koleksi.

Dan sekian kalinya melihat ramai berbaris panjang di kaunter jualan setem. Memang ramai pengumpul tegar FDC di Melaka. Teringin pula membeli folder Setem Burung Pucung namun tidak kesampaian kerana telah habis terjual. 

Entah bila lagi setem bertemakan Burung akan muncul dalam senarai setem keluaran khas Pos Malaysia.

Burung Pucung merupakan sejenis burung yang tergolong dalam spesis Ardeidae. Terdapat 64 spesis Burung Pucung dikenalpasti di seluruh dunia dan biasanya dijumpai di kawasan perairan air tawar dan tepian pantai. Terdapat 19 jenis spesis Ardeidae di Malaysia dan 7 daripadanya boleh ditemui di Taman Alam Kuala Selangor.


Sampul Surat Hari Pertama dan Setem 60sen,70sen, 80sen
Lembaran Mini Setem RM5
Info bermanfaat


Selamat mengumpul koleksi, semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.

08 June, 2015

8 Jun 2015 : Setem Haiwan Marin Keluaran Bersama Malaysia - Thailand

8 Jun 2015 : Pada tarikh ini Pos Malaysia mengeluarkan setem keluaran khas iaitu Keluaran Bersama Malaysia - Thailand bertemakan Haiwan Marin.

 Setem berharga 60 sen tersiri dari 2 denominasi iaitu Nudibranch (Malaysia) sejenis siput laut tanpa cengkerang luaran atau dalaman.

Obor-obor (Malaysia) merupakan sejenis obor-obor yang sering ditemui dikawasan persisiran pantai di Malaysia.

Setem berharga RM1.20  adalah berlatarkan gambar  Udang (Thailand) Harlequin shrimp sejenis hidupan yang hidup secara berpasangan di dalam rekahan dan celah batu karang.

Ketam (Thailand) Coral Guard Crab boleh dijumpai hidup secara bersimbiosis di celah-celah batu karang jenis bercabang iaitu submassive corals.

Sampul Surat Hari Pertama (FDC) berserta setem
Kandungan maklumat di dalam FDC


Resit GST

Jika dahulu di Pejabat Pos, mudah sahaja untuk pembelian Sampul Surat Hari Pertama serta setem namun sekarang ambil masa sedikit kerana menunggu Resit GST dicetak..Dulu Lain Sekarang Lain...

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT..



05 June, 2015

Jenjalan Ke Asahan Melaka : Laman Tiga Budaya

Artikel tentang Laman Tiga Budaya di Asahan Melaka pernah dikeluarkan dalam sisipan Santai Metro Bulan Januari 2015 namun ketika itu masih ditutup sementara untuk kerja-kerja pembaikan. Namun sempena cuti sekolah, bagi mengisi  masa terluang, maka timbul idea spontan untuk jenjalan ke sana.

Merentas Pekan Asahan : nostalgia lama...

Sebelum sampai ke lokasi tersebut, terdapat Kem Lagenda untuk pelatih PLKN dan dihadapannya pula Kem Saujana Asahan bagi progam kem bina diri dan seminar. Kawasan yang dilatari dengan kehijauan alam semulajadi kaki Gunung Ledang.

Laman Tiga Budaya terletak di Asahan, Jasin, Melaka dengan jarak 27 km dari bandar Jasin dan 40 km dari bandar Melaka. Lokasinya terletak di titik pertemuan tiga negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor. Antara aktiviti ditawarkan ialah taman tema air, kawasan tapak perkhemahan , meredah hutan dan mendaki bukit. Ia juga sesuai untuk mengadakan aktiviti rekreasi, bina semangat, program jati diri, kursus berasaskan hutan dan air.

Kronologi bergambar :

Kem Lagenda : PLKN
Kem Saujana Asahan





Waktu Operasi dan harga
Dilarang membawa masuk makanan dan minuman 
Taman Tema Air



Banner bersejarah : Krom besi
tinggal kenangan
Titik pertemuan sempadan tiga negeri

Batu sempadan dalam Taman Tema

Kawasan tapak khemah dilatari kehijauan alam

Kemudahan awam : Tandas baru dibina MPJ

Ketika ini promosi harga bayaran masuk adalah RM 8 (Dewasa) dan kanak-kanak (RM 4). 

Pihak Pengurusan Taman Tema Air Laman Tiga Budaya perlu menambah baik kemudahan sedia ada bagi menarik lebih ramai pengunjung seperti yang dilakukan oleh pihak pengurusan Air Panas Bemban, Jasin.

- menambah lagi kemudahan dalam taman tema air seperti gelongsor besar udara.

Tarikan terbaru di Air Panas Bemban, Jasin

- memberi kelonggaran untuk membawa masuk makanan dan minuman dengan pengawasan yang lebih ketat supaya pengunjung tidak membuang sampah merata-rata.

- mewujudkan permainan seperti paintball, wall climbing di kawasan bersebelahan taman tema air.

- menjaga kebersihan di tingkat atas bangunan (surau disediakan di tingkat atas) kerana kawasan tingkat atas kotor - tidak bersapu. Dan ketika kami menikmati makanan di ruang hadapan bangunan taman tema...lalat begitu banyak, kemungkinan ada pemeliharaan ayam di kawasan berhampiran tidak dapat di pastikan. Kawasan bersebelahan juga perlu sentiasa di potong rumputnya agar sentiasa kelihatan bersih dan kemas.

- kawasan titik pertemuan yang dahulunya lengkap dengan kerangka krom besi kini hanya tinggal tapak bersimen sahaja dan pihak Majlis Perbandaran Jasin perlu membinanya semula kerana lokasi yang begitu unik untuk bergambar kenangan.

- tempat membasah badan perlu disediakan di kawasan taman tema air supaya pengunjung tidak perlu ke tandas hanya untuk membilas dan membasah badan

- jika dinamakan laman tiga budaya, sekurang-kurangnya ada inisiatif untuk membina pentas bagi persembahan kebudayaan tiga negeri.

- memasang pembesar suara bagi santapan halwa telinga pengunjung dengan keutamaan kepada siaran  radio Melaka FM.

Apapun pihak pengurusan taman tema air laman tiga budaya perlu belajar dari pengurusan Air Panas Bemban, Jasin yang sentiasa berinovatif untuk menambah baik serta  menarik pengunjung ke sana.

Selamat berkunjung ke Laman Tiga Budaya.
Asahan ..banyak nostalgia lama.

Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.

03 June, 2015

Onedaytrip : Royal Floria Putrajaya 2015

2 Jun 2015 : Bersama famili meneruskan jenjalan cuti sekolah ke Royal Floria Putrajaya 2015. Jika tahun lepas meneroka Pesta Bunga ini di waktu malam, tahun ini kami tukar pula jenjalan di waktu pagi. Memang pilihan waktu yang tepat kerana kira-kira jam 3 petang hujan lebat turun di Putrajaya..setelah puas jenjalan, berfoto gaya sakan selama kira-kira 3 jam kami keluar dari tapak pesta untuk menikmati makan tengahari di Taman Warisan Pertanian sebelum bergerak balik semula ke Melaka.

Kronologi bergambar sebagai kenangan : Bunga Tema Tahun 2015 : Bunga Lily.





Lukisan mural penambah aura


Laman taman bunga dari Negeri Melaka





Khemah utama : Pavilion Taman salji
Tarikan terbaru Royal Floria





Terrarium
The Hobbits Garden





Royal Melon
Cantik Mekar Bunga Lily
T- shirt,keychain dan pen
kenangan RF Putrajaya 2015

Anda masih punya waktu untuk ke sana kerana Royal Floria akan berlangsung sehingga 7 Jun 2015. Tahun ini memang punya tarikan yang berbeza, Taman Salji dengan bayaran RM3 serta laman bunga menarik dari negeri Johor, Negeri Sembilan, Terengganu dan Melaka. Bagi penggemar bunga. anda boleh memilih pelbagai jenis bunga menarik lengkap dengan pakej anak benih, baja serta khidmat nasihat percuma.

Bahkan anda boleh membeli barangan cenderahati seperti rantai kunci, tshirt, pelekat bermagnet di kedai cenderahati yang disediakan

Dan jangan lupa intai-intai ramalan cuaca Putrajaya supaya anda boleh merancang waktu sesuai ke Pesta Bunga Di raja Putrajaya 2015.

Selamat berlibur, semoga kehidupan kita semua dirahmati dan dilimpahi rahmat Allah SWT.