31 July, 2020

Salam Aidil Adha : 10 Zulhijjah 1441H : PKPP : 31/7/2020 : Jumaat


31 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua umat Islam. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.  Hujan sejak awal pagi, bersolat sunat Aidil Adha di Surau Bukit Serkam kemudian bersolat Jumaat di Masjid Ar Rasyid. Tajuk Khutbah tentang soal pengorbanan, menyentuh tentang pejuang kemerdekaan, pengorbanan pasukan keselamatan dalam mengekalkan keamanan hingga kini.

Jam 3.15pm memenuhi jemputan majlis Perkahwinan, amalan norma baharu. Ke Batu Gajah Pasir, S.O.P tetap dilaksanakan. Jam 6pm ke kebun mengambil rambutan hasil tanaman Abah. Bersama-sama menikmati juadah di rumah Kg Permatang Bukit Dua. #aidiladhaSalingbermaafan.






Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

30 July, 2020

9 Zulhijjah 1441H : PKPP : 30/7/2020 : KHAMIS


30 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Khamis : Salam 9 Zulhijjah buat semua. Rutin pemanduan hanya ke SMKSM dan JRS, yang lain bercuti. Santai sahaja dirumah hari ini.

Menjelang Aidil Adha, selamat melaksanakan ibadah hari ini, semoga segala doa kita diterima dan kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT... Aamiin.

Petang ke Pasar Malam Bukit Serkam, pelaksanaan S.O.P pakai pelitup muka, menu Nasi lemak, Nasi Kerabu, Air Soya Panas, Sambal Jawa, Ayam Percik, Teh Ais jadi pilihan.






Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

29 July, 2020

8 Zulhijjah 1441H : PKPP : 29/7/2020 : RABU


29 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Rabu : Rutin pemanduan seperti biasa. SDARY, SKSD, SMKSM, JRS Dan SR. Jam 10am hantar Ina ke SR, habis bertugas jam 07.30pm.

Kemudian isian minyak di Stesen Petronas rm40, menjengah Jeti Kuala Sempang tetapi jualan ayam dan daging lembu telah kehabisan, berpatah semula ke Pasar Awam Merlimau - membeli ayam 2 ekor rm30, harga bersih rm8 berbanding rm6 di gerai FAMA. Diluar Pasar, beli daging lembu 1kg rm32 , Tetel 1kg rm20. Sesak sedikit Merlimau, orang ramai berbelanja menjelang Hari Raya Aidil Adha.

Di Petronas tadi, terlihat Akhbar Utusan Malaysia telah kembali mewarnai pasaran media. Telah hampir 9 Bulan tidak muncul, pengurusan baru telah mengambilalih pengurusan Akhbar Utusan Malaysia Dan Kosmo. Tengok webnya www.mediamulia.com.my
Semoga terus sukses. Sebelum ini memang pernah melanggan Akhbar digital semasa dibawah Utusan Melayu. Sekarang langgan terus kedua-dua Akhbar dan diberi akses percuma langganan selama sebulan. Sejak 20 Julai 2020 rupanya Akhbar Utusan Malaysia kembali ke pasaran media. Dulu memang minat setiap Ahad - kolum Kisah Misteri.


Akhbar UM - 29/7/20


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

28 July, 2020

7 Zulhijjah 1441H : PKPP : 28/7/2020 : SELASA


28 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Selasa : Rutin pemanduan seperti biasa. Hujan turun sekitar jam 12.30pm. Hantar Ina ke SR jam 10am kemudian membeli lauk daging salai masak Lemak, pucuk Ubi masak tempoyak petai, Telur Puyuh masak acar, ayam Masak Merah @ gerai Hajah Zaleha Medan Selera Taman Harmoni. #syukur..

Hari ini DSNajib disabitkan bersalah atas 7 pertuduhan melibatkan Pecah amanah, salah guna kuasa membabitkan Dana SRC International... bertabahlah, semoga ukhwah umat Islam akan terus kukuh.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

27 July, 2020

6 Zulhijjah 1441H : PKPP : 27/7/2020 : ISNIN


27 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Selamat bertugas untuk semua. Rutin seperti biasa - SDARY, SKSD, SMKSM, JRS Dan SR.

Jam 11am hantar Ina ke SR, habis bertugas nanti jam 09 30pm. Kemudian terus ke Serahan Tingkap Pejabat Pos Merlimau untuk ambil item yang tidak dapat disampaikan kerana tiada dirumah pada hari Jumaat lepas. Risau juga 2 hari lepas, musykil kerana tiada barang yang ditempah melalui online. Kut surat saman JPJ, PDRM ke... akhirnya terjawab sudah rupanya tawaran hingga ke Tahun 2025...kad kredit. Bertabahlah...

Hujan petang ini di TSM. Dingin suasana dalam rumah. Jam 4.30pm ambil isteri terus ke YTBC menikmati hidangan petang bersama : Nasi Lemak Lauk Ayam, Roti Garlic Mushroom, Hot Lemon tea+honey.
#syukuralhamdulillah.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

26 July, 2020

5 Zulhijjah 1441H : PKPP : 26/7/2020 : AHAD


26 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Ahad : Selamat berlibur. Jam 0730am hantar Ina dan Riya ke Pusat Latihan Memandu Serkam Halal Hub untuk sesi ceramah dari jam 8am hingga 2pm. Semoga segalanya dipermudahkan urusan.

Cuaca panas hari ini. Santai sahaja dirumah, menikmati menu tengahari Nasi Putih, Kari Ikan Serkut. Sebelah petang pekena Kambing Perap Terbang.

Jam 3.45pm ke Mydin Jasin membeli keperluan stok barang dapur. #alhamdulillah.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

25 July, 2020

4 Zulhijjah 1441H : PKPP : 25/7/2020 : Sabtu


25 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Pepagi sudah ke RnR Sg Rambai arah utara, hajat hati hendak bersarapan Ketupat bercicah sambal Tumis tidak kesampaian kerana gerai makan tidak dibuka. Tidak tahu lah tidak berniaga lagi atau sebaliknya. Terus ke gerai makan berdekatan FAMA Ayer Tawar terkenal dengan ubi Rebus pelbagai Sambal...telah bertukar tuan rupanya. Tuan kedai yang lama telah tidak berniaga sejak suaminya meninggal dunia semasa awal musim PKP lagi. Innalillahiwainnalillahirajiun....

Kenalan isteri - bekas rakan sekolah, rakan sekilang yang telah mengambilalih kedai Makan tersebut. Masih ada menu Ubi Rebus sambal hijau cuma masih perlu ditambah baik untuk aura seperti suasana kedai yang lama - menu, susun atur tempat masak. 

Jam 12pm hantar Ina ke SR, balik nanti jam 9.30pm. Terus ke Jasin, hasrat hendak ke Mydin terbatal. Menikmati Nasi Beriani Hj Salleh - Nasi Beriani Kambing. Setelah itu ke Mr DIY membeli bekas, tanah, baja untuk menanam biak pokok bunga ros Jepun - beli di Nat Pokok Getah di Arau tahun lepas. 

Menjengah juga ke Lesong Mart bersebelahan untuk melihat, membeli barangan produk Muslim. Beli Pau, Popia segera serta Kambing Perap Terbang. Ada masa boleh membeli lagi. # BMF.

Jam 6pm ke Norizan Soto Merlimau untuk membungkus Mee Goreng Mamak, sedikit kelewatan terima pesanan, gangguan teknikal agaknya. Pasar Malam Serkam Pantai telah mula beroperasi hari ini dilokasi baru, laluan tengah dari simpang lampu isyarat.

Hujan renyai sebelah petang. Dingin suasana @TSM.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

24 July, 2020

3 Zulhijjah 1441H : PKPP : 24/7/2020 : Jumaat


24 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Salam Jumaat Penghulu Segala Hari. Rutin biasa, pemanduan ke SDARY, SKSD, SMKSM, JRS dan ke SR ( jam 11am).

Menu tengahari Nasi Beriani lauk ayam bersambal, ayam Masak kurma.

Solat Jumaat : tajuk khutbah -
 'Berlumba-lumba melakukan kebaikan':semoga kita semua dilimpahi rahmat serta sifat-sifat mahmudah. Insyaallah.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

23 July, 2020

2 Zulhijjah 1441H : PKPP : 23/7/2020 : Khamis


23 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Khamis : Hari Gaji Kakitangan Awam.
Ina cuti rehat sehari. Pemanduan ke SDARY, SMKSM, SKSD, JRS sahaja. Peluang ngeteh pagi ini bersama rakan Tkn 6 : 85/86 Abe Jab di restoran @TBT. Nasi Lemak Telo Mata, Mee Rebus, Roti Canai jadi pilihan pagi ini. 

Kemudian terus ke pit stop Petronas Merlimau...isian minyak dan tambah koleksi t-shirt jenama PETRONAS.

Petang ke Pasar Malam Bkt Serkam, pelaksanaan S.O.P pemeriksaan suhu badan, pemakaian pelitup hidung, semoga segalanya dipermudahkan Allah SWT.

Nasi Kerabu Ikan Kembung jadi pilihan.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

22 July, 2020

1 Zulhijjah 1441H : PKPP : 22/7/2020 : Rabu


1 Zulhijjah 1441 : #kitaJAGAkita

Rabu : Selamat menunaikan ibadah sepanjang menghadapi Hari pertama di Bulan Zulhijjah. Semalam hujan turun, dingin suhu dalam rumah. Pagi ini rutin pemanduan seperti biasa cuma tiada ke SKSD, Ikhwan perut rasa tidak selesa dan tidak hadir ke sekolah pagi ini. Sejak 2 hari lepas mungkin salah makan - ramen pedas atau susu kotak. Kena berhati-hati nampaknya bujang seorang ni dari segi pemakanan.
Jam12pm ke SR, hantar Ina dan balik pukul 7.30pm. bertabahlah..



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

21 July, 2020

29 Zulkaedah 1441H : PKPP : 21/7/2020 : Selasa


21 Julai 2020 : #kitaJAGAkita


Selasa : Rutin pemanduan SDARY, SKSD, SMKSM, JRS dan jam 10pm ke SR untuk hantar Ina bertugas, balik nanti jam 10.30pm.

Pandu kereta ke Carwash Serkam Darat, cuaca panas setakat 3pm. Rm23 harga cucian autowax luar dalam. Mahal sedikit tentu ada istimewanya, menyukar habuk melekat, aliran air hujan pun lebih lancar. Bertabahlah..

Menu tengahari : Beriani Kambing Hj Salleh dan Mee Goreng Mamak.

Petang beli Ikan pari burung rm24 sekilo, Ketam sekilo rm36, ikan serkut sekilo rm34, ikan selar kuning. Kemudian pekena Sup Gearbox, bungkus sup daging lembu - di Medan Selera Jeti Kuala Sempang.
#alhamdulillah.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin.....


20 July, 2020

28 Zulkaedah 1441H : PKPP : 20/7/2020 : Isnin


20 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Selamat bertugas buat semua. Rutin biasa 'monday blues' - SDARY, SKSD, SMKSM, JRS, SR. Jam 10am hantar Ina ke SR, habis tugas jam 07.30pm.

Cuaca panas terasa bahangnya, harap hujan sebelah malam.

Putik berbunga muncul
meriah - pembajaan
Milagro agaknya





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

19 July, 2020

27 Zulkaedah 1441H : PKPP : 19/7/2020 : Ahad


19 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Ahad : Selamat Berhujung Minggu. Jam 10am hantar Ina ke SR, habis tugas jam 5.30pm. Selepas itu menyinggah ke Kg Permatang Bukit 2, menjolok manggis, syukur dapat merasa buahan tanaman abah.

Abah hari ini, mengurut paras pinggang ke bawah, khidmat urutan Eddy Tmn Debunga. Semoga dapat melegakan rasa kebas urat saraf kaki. Urut seluruh badan rm50, paras pinggang ke bawah rm30. Semoga kesihatan abah tambah baik.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

18 July, 2020

26 Zulkaedah 1441H : PKPP : 18/7/2020 : Sabtu


18 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Rehat tiada pemanduan ke lokasi biasa. Hari cuti tetapi bercadang menjengah Medan Selera di Kg Hulu, Melaka.

Hari Sabtu punya kelapangan waktu, bersama keluarga bersantai ke Makan Avenue Kg Hulu, Melaka. Pertama kali ke Medan Selera disini, hampir jam 12.30pm sampai, sudah berbaris panjang pengunjung apatah lagi masih segar viral dalam Majalah 3 minggu lepas tentang lokasi makan-makan disepanjang Sungai Melaka.

Pelaksanaan S.O.P pemeriksaan suhu badan, pesanan menu makanan melalui apps yang disediakan QR Code. Tumpuan pengunjung di hujung minggu. 'Better Late Than Never'. Lokasi baru JJCM di Melaka. Cendol Durian Kg Hulu, Pasembur Set B, Ramen Sotong, Ramen Tetel,Otak2 jadi pilihan tengahari ini. Ada kelapangan boleh ke sini lagi untuk merasai menu yang lain.






Pukul 7pm guruh berdentam dentum,harap hujan akan turun malam ini setelah bahang panas begitu terasa hari ini.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

17 July, 2020

25 Zulkaedah 1441H : PKPP : 17/7/2020 : Jumaat


17 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Rutin seperti biasa. Lokasi pemanduan tidak berubah-SDARY, SMKSM, SKSD, JRS Dan SR. Semalam 108km speedo meter.

Solat Jumaat hari ini tanpa perlu kad seperti minggu sebelumnya. Dapat bersama Anakanda Ikhwan solat di Masjid Ar Rasyid. S.O.P tetap dilaksanakan. Pemeriksaan suhu badan, penjarakan sosial, pakai pelitup muka, bawa sejadah sendiri
# alhamdulillah.

Tajuk khutbah : ' Ujub - Penyakit Hati Merbahaya'. Semoga dilimpahi rahmat dan sifat-sifat mahmudah buat kita semua.. Aamiin....

Jam 2.15pm sempat menanam Sayur Bayam Brazil hasil pemberian jiran. Cucuk je batangnya dalam takung putih, siram..tengok ler nanti, semoga tanaman akan mekar subur. Daun Bayam nanti cadangnya akan dicampur bersama Mee Goreng pengganti Sayur Sawi, lihat macam mana enaknya. Esok masak pula tumis Bayam Pecah Telor. Tak pun buat ulam...rangup gaknya.





17 Jul 2020
Projek Musim PKPP








Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

16 July, 2020

24 Zulkaedah 1441H : PKPP : 16/7/2020 : Khamis


16 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Khamis : Rutin baharu sudah bermula sejak semalam. Speedo meter akan berubah, isian minyak turut akan lebih cepat pengisiannya.Semalam speedo meter mencatatkan 105km jarak perjalanan - bertabahlah.

Macam biasa rutin hari ini - SDARY, SMKSM, JRS, SR. Tiada ke SKSD - Ikhwan tidak hadir ke Sekolah, perut tidak selesa punca makan Megi pedas giler, serbuk Kari pedas kaw kaw membuat sering ulang alik ke tandas... macam2. Hari ini sempat ke Klinik Kesihatan Merlimau untuk ambil ubat Mak, mudah hari ini,tidak sesak dengan ramai orang. #alhamdulillah.

Petang ke Pasar Malam Bukit Serkam, ada petugas untuk memantau pengunjung. S.O.P tetap dilaksanakan.
Sup Kambing, Tosei jadi pilihan menu malam ini. Sup sudah rm8. Bertabahlah..




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

15 July, 2020

23 Zulkaedah 1441H : PKPP : 15/7/2020 : Rabu


15 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Rabu : Rutin baharu musim PKPP. Jam 06.45am sudah keluar hantar Nisa ke SDARY, 0715am hantar Ikhwan ke SKSD kemudian terus ke SMKSM menghantar isteri bertugas.

O820am ke JRS hantar Riya untuk Latihan Industri di Serkam Halal Hub. Jam 1pm hantar Ina bertugas di SR. Kemudian jam 1.30pm ambil Ikhwan balik dari SKSD. Jam 2pm ke SDARY ambil Nisa KAA. Sudah mula sibuk Rutin Hari Ini. 

Jam 0430pm ambil Isteri balik bertugas SMKSM. Jam 0530pm ke JRS ambil Riya habis tugasan. Jam 0930pm keluar semula ambil Ina di SR. Speedo meter Avanza sudah mula bertambah bermula hari ini. Bertabahlah Rutin kembali seperti biasa di musim PKPP sejak bersara 2011. Bertabahlah - berkhidmat buat keluarga tercinta.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

14 July, 2020

22 Zulkaedah 1441H : PKPP : 14/7/2020 : Selasa


14 Julai 2020 : #kitaJAGAkita

Selasa : Rutin ke SMKSM, JRS dan SR. Rutin musim PKPP, lokasi pemanduan baharu ke JRS. Esok ke SKSD, SDARY setelah hampir 4 bulan terhenti kerana tiada sesi persekolahan. Bertabahlah...

Santai di rumah : 8.20am hantar Riya ke JRS, jam 1pm hantar Ina pula ke SR, habis bertugas jam 7.30pm. Rutin malam PKPP.

Menu tengahari : Nasi Putih, Sambal Telur Berkuah.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin