30 September, 2020

PKPP : 30 September 2020 : Rabu

 

30 September 2020 : #kitaJAGAkita

Rabu : Rutin pemanduan seperti biasa. Cuaca panas hari ini. Jam 5pm bersama isteri menikmati menu petang di YTBC Merlimau - Nasi Lemak ayam crispy dan membungkus Nasi Lemak Biasa.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

29 September, 2020

Selasa : 29 September 2020 : PKPP

 

29 September 2020 : #kitaJAGAkita

Selasa : Rutin pemanduan seperti biasa. Jam 1030am ke Restoran di TBT bersarapan bersama rakan Rejab, hujan lebat turun hampir 30minit. Petang kembali panas. Bersama isteri pekena Laksa dan Mee Kari, air Teh0Suam, Air mata kucing ais di gerai makan FAMA Air Tawar jam 5.15pm.


Pekena Susu Kambing sachets pagi ini. Enak juga rasanya.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

28 September, 2020

28 September 2020 : PKPP : ISNIN

 

28 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Selamat bertugas.Rutin pemanduan seperti biasa. Jam 10.50am bawa Bonda ke KKM Merlimau untuk pemeriksaan bulanan. Dikesan tekanan darah rendah pula, lain terkawal. Temujanji baru pada 23/11/20. Semoga dipermudahkan urusan. Tengahari ke Farmasi Alpro untuk membeli ubat bagi meredakan mata kanan rasa berdenyut-denyut dan mata pun merah. Setelah dititis Maxitrol dan makan ubat air Occufocus, nampak perubahan menjelang petang - kurang mata Merah dan beransur hilang denyutan. #alhamdulillah.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin.


27 September, 2020

AHAD : 27 September 2020 : PKPP

 

27 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Rutin pemanduan ke BJB. Sebelum itu hantar Abah ke Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin untuk penerimaan sumbangan Ahli Parlimen Jasin. Kemudian ke BJB dan bergerak ke Mydin MITC Melaka. Terlihat ramai orang berbaris di depan BubbleBee berhadapan Mydin MITC. Apalagi nak juga merasa minuman viral sekarang. Maka berbarislah Ina beramai-beramai beratur untuk memesan,membeli minuman Bubble Bee pemilik asal Artis Shuib&SitiSarah. #BMF

Cuaca panas hari ini.



Jam 5pm ke Jeti Pantai Siring membeli Ketam rm24 sekilo, udang rm32 sekilo,ikan Siakap rm18 sekilo. Penuh sesak kawasan Pantai Siring, hujan renyai menghalang untuk minum petang di gerai makan sana 


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


26 September, 2020

Sabtu : 26 Sept 2020 : PKPP

 

26 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Rutin pemanduan ke BJB sahaja. Cuaca panas hari ini. Berkunjung ke dua majlis Perkahwinan hari ini - di Kg Paya Lengkung dan Taman Harmoni Merlimau. SOP tetap dilaksanakan. Petang hujan lebat. Alhamdulillah.


PRN SABAH hari ini setakat jam 0930pm GRS telah berjaya mendapat 38 kerusi DUN untuk membentuk Kerajaan Negeri. Majoriti mudah bagi pembentukan Kerajaan Negeri yang baharu.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

25 September, 2020

Jumaat : 25 September 2020 : PKPP

 

25 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Tiada pemanduan ke BJB. Solat Jumaat : Tajuk khutbah 'Amar Makruf Nahi Mungkar' semoga kita semua dapat membendung segala bentuk kemaksiatan dan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Cuaca panas hari ini. Petang bersama keluarga ke Kedai buku Thai Kuang Plaza Melaka, membeli buku Pendidikan Islam Tahun 6 (dah hilang buku teks) bertabahlah..juga buku teks Biologi dan Sains untuk rujukan tugas isteri. Kemudian menikmati makan petang di D'Retro muara sg Melaka. Pekena Bubur Daging, cekodok bilis, cekodok cokelat, barli lemon suam. Sebelum sempat menyinggah tempat baru di Pulau Melaka. Ada hotel penginapan, Kafe makan minum ...teringat gaya binaan di Bukit Tinggi/Berjaya Hill Pahang. Bertambah tempat menarik di Melaka untuk dikunjungi.




Sempat juga membungkus sate Penjara Bandar Hilir. JJCM



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin



24 September, 2020

24 September 2020 : Khamis : PKPP/Payday

 

24 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Khamis : Rutin pemanduan seperti biasa. Petang ke Jimba Corner jam 5pm : beroperasi hari ini, pekena Nasi Kandar Kuah Campur Teloq Rebus, Ayam Goreng, Teh0Suam. Biasa- biasa sahaja, tiada menu goreng2an...mula ada jam 6pm. Bertabahlah...pekerja pun mix local+pakistan agaknya. Nanti jengah sebelah malam - roti naan atau capati. Makin bertambah lokasi menjamu selera di Merlimau. Bangunan McD berhadapan JimbaC pesat dibina.

Awal jam 4pm ke Pasar Malam Bukit Serkam - air Soya panas, Nasi Lemak Sambal Lebih, Ayam Goreng seringgit, Nasi Tomato jadi pilihan minggu ini.

Petang ini dapat bersembang dengan rakan-rakan, md.yunus, bidin...terkesan dalam grup ex-kpa pendidikan. Semoga kita semua beroleh rahmat kesejahteraan kurniaan Allah SWT. Aamiin.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


23 September, 2020

Rabu : 23 Sept 2020 : PKPP

 

23 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Rabu : Rutin pemanduan seperti biasa. Cuaca panas hari ini. Ada perutusan khas PM TSMY jam 2.30pm, tambahan pakej Prihatin. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Hari Ini pesanan untuk Jus MAG telah selamat diterima. Untuk kegunaan Abah dan diri sendiri, semoga dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.



Semoga MALAYSIA terus dilimpahi rahmat, Aman sejahtera, kemakmuran berterusan 


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


22 September, 2020

22/9/20 : Selasa : PKPP

 

22 September 2020 : #kitaJAGAkita


Selasa : Rutin pemanduan seperti biasa. Selasa sudah bermula aktiviti murid berpersatuan. Petang sempat membeli Roti Kukus Kaya Ori/pandan untuk abah di TMB. Jam 04.30pm Mee Rebus Medan Selera Serkam Pantai. Kurang sedikit nampak cair kuahnya tidak pekat seperti biasa.

Cuaca panas hari ini. 


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin.


21 September, 2020

21 September 2020 : PKPP

 

21 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Rutin pemanduan seperti biasa. Jam 2pm jemput Qwan dari SKSD : sudah bermula ko kurikulum setiap Isnin dan Selasa - badan beruniform dan aktiviti Kelab Persatuan. 

Jam 5pm menikmati Roti Jala Cicah Kuah Kari Ayam di Medan Selera Jeti Kuala Sempang. Jam 6.45pm ambil Riya di BJB,terus ke Medan Selera Mydin Jasin membungkus menu ayam, ramen+teokboki selera Korea serta Mandi Chicken Selera timur tengah.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


20 September, 2020

20/9/20 : PKPP : AHAD

 

20 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Ahad : Salam hujung minggu. Rutin pemanduan ke BJB. Selepas itu ke TESCO Melaka : Ronda bawa kakak ke Kedai cermin mata, tukar cermin mata baru. Jam 4pm ke Seri Teja, makan Nasi Ayam Penyet,bungkus Bihun Bakso untuk abah. Hujan lebat petang ini, sempat hidupkan Saga 89. Coming soon untuk renew roadtax. Peraturan baru membenarkan pembaharuan cukai jalan untuk kereta yang tertunggak cukai 3 tahun. Alhamdulillah..



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


19 September, 2020

19/9/20 : PKPP : SABTU




 

19 September 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Rutin ke BJB hujung minggu,hantar Riya berLSK. Kemudian membelibelah di Mydin Jasin untuk keperluan barang dapur. Balik jam 12.15pm ke majlis Perkahwinan di Jalan SM6. Tahniah Tn Jamil menerima menantu perempuan. Santai sahaja dirumah, jam 5pm bersama Zahar ke Medan Selera Sg Rambai, spontan pekena Mee bandung Mizan disertai Ramli dan Mael. Pekena juga koci pulut hitam dan labu. #alhamdulillah

Ukhwah pertaut bersama sahabat '78

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


18 September, 2020

Jumaat : 18 September 2020/30 Muharram 1442H

 

18 Sept 20 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Rutin pemanduan seperti biasa kecuali BJB. Ngopi bersama Zahar rakan kelas 1978 di TSM. Solat Jumaat : Tajuk khutbah 'Kukuhkan perpaduan, Hentikan perbalahan' semoga Malaysia terus dilimpahi kemakmuran, rakyat hidup Aman damai. #Malaysiaprihatin.

Petang ke Kedai Makan Mizan Mee Bandung Medan Selera Sg Rambai bersama isteri menikmati hidangan Mee Bandung, air herba pudina. Malam pula menjengah kedai char kuey teow basah depan SHARODZ bersama keluarga.#alhamdulillah.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


17 September, 2020

PKPP : 17 September 2020 : Khamis

 

17 Sept 20 : #kitaJAGAkita

Rutin pemanduan seperti biasa. Hujan hari ini di TSM. Petang ke Pasar Malam Bukit Serkam - Nasi Lemak, ayam Percik, air Soya panas jadi pilihan.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


16 September, 2020

16 September 2020 : Cuti Umum

 

16 September 2020 : #kitaJAGAkita

Cuti Umum Hari Malaysia.

Bersantai dirumah. Ngeteh bersama isteri diTPI. Petang bersama sahabat MES 1 ngeteh kedai Makan depan SRJK Chung Hwa Sg Rambai, spontan kemudian ke kiosk rakan Hjh Azizah di Kandang. #jejakAsih - ukhwah terjalin.






Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

15 September, 2020

Selasa : 15 September 20 : PKPP

 

15 September 2020 : #kitaJAGAkita


Selasa : Rutin pemanduan seperti biasa. Petang bersama rakan sekelas 1978 bersantai di FB Diner Cafe Merlimau. Sesaja berborak di Kafe milik rakan. #alhamdulillah. Semoga makin erat ukhwah.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


14 September, 2020

Isnin : PKPP - DIS 20

 

14 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Rutin pemanduan seperti biasa. Cuaca panas hari ini. Minum petang di Jeti Kuala Sempang - roti jala, Mee Kari.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


13 September, 2020

Ahad : 13 Sept 2020 : PKPP

 


13 Sept 20 : #kitaJAGAkita

Rutin pemanduan ke BJB. Balik ke Medan Selera Seri Teja. Membungkus Bihun Bakso, Mee Goreng, Teh Tarik untuk sarapan pagi Abah.

Cuaca panas hari ini. Ke kebun menDUKU kita, hasil tanaman Abah, dapat merasa bersama-sama. 


Jam 8am sempat membeli nenas MD2 segar dari ladang. 4 biji rm10, gred C . Yang gred baik tentu untuk jualan pasaraya atau ekspot agaknya. Lokasi Kg Serkam Darat.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

12 September, 2020

12 September 2020 : PKPP (1 Sept - 31 Dis 20) : Sabtu

 


12 Sept 20 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Seawal jam 3am hujan telah mula turun mencurah. Rutin pemanduan ke BJB - Riya berLSK. Jam 2pm ke majlis pertunangan anak buah Nur Shahirah & Nurdin..semoga segalanya dipermudahkan urusan dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Jam 6pm terus ke BJB, hujan lebat turun. Alhamdulillah. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.



Aamiin

11 September, 2020

11 September 2020 : PKPP(1 Sept - 31 Dis 2020) : Jumaat

 

11 Sept 20 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Rutin pemanduan seperti biasa kecuali ke BJB. Solat Jumaat : Tajuk khutbah ' MALAYSIA TanahairKu' . Semoga negaraku dikurniakan kemakmuran, kesejahteraan, masyarakat berbilang kaum hidup Aman damai beroleh kemakmuran ekonomi. Rahmat kurniaan Allah SWT.



Menikmati Bayam Brazil goreng bercampur Tepung Serbaguna Bestari tengahari ini. Hasil tuaian pertama. Alhamdulillah...



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

10 September, 2020

10 September 2020 : PKPP : KHAMIS

 

10 Sept 20 : #kitaJAGAkita

Khamis : Rutin pemanduan seperti biasa. Balik dari BJB Memandu ke TBT untuk minum pagi Nasi Lemak Telor Goreng, Min Kaffe. Terkejut tayar belakang sebelah kiri sudah bocor terkena serpihan plat besi. Bertabahlah..minta pertolongan Mekanik Bengkel kereta untuk menukar tayar spare buat sementara untuk ke Kedai tayar di Merlimau. Selesai upah rm20 bergerak untuk menukar tayar dan perkhidmatan tampal dalam dilaksanakan dengan bayaran rm35. Bertabahlah sekali lagi.





Petang sempat menyinggah Pasar Malam Bukit Serkam - ayam Percik, Mee Goreng, Nasi Goreng Cili Padi, Air Soya Panas jadi pilihan.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin