23 May, 2015

Dinosaur Jurassic World serang Marrybrown



Demam filem Jurassic World mula melanda sempena tayangannya yang dijangka 11 Jun 2015 di Malaysia. Bermula 18 Mei lepas pihak Marrybrown dengan kerjasama Universal Studio telah mengeluarkan koleksi barangan bercirikan dinosaur. Buat pengumpul koleksi boleh mendapatkan barangan eksklusif tersebut dengan tawaran harga yang menarik. Buat permulaan bekas air aluminium ditawarkan dengan harga RM8 (NP : RM12) dengan syarat pembelian set makanan berharga RM5 keatas di Marrybrown. Selepas ini cenderahati bantal dan jam tangan pula akan dijual.




Barangan dijual mengikut tarikh yang ditetapkan

Tumbler berubah warna setelah diisi air sejuk
Koleksi tumbler pertama Torosauros


Selamat meneroka dunia dinosaur dengan mengumpul koleksi tersebut. Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.

12 May, 2015

Koleksi Boboi Boy : 7Eleven

Akhirnya bertambah satu lagi koleksi Boboi Boy untuk Qwan setelah stiker yang dikumpul sebanyak 20 keping telah ditebus di Kedai serbaneka 7E. Lamalah juga hendak mengumpul stiker tersebut, bukannya selalu membeli barangan kat kedai tersebut. Hanya bila ada promosi cenderahati barulah membeli produk yang yang ditawarkan.

Koleksi Boboi Boy dikumpul bila suatu ketika dulu Kedai Mesra Petronas pernah membuat jualan figurine tersebut tapi di 7E saiznya lebih kecil sedikit.

Cukuplah satu ditebus...hahaha

Akhirnya 20 stiker untuk 1 figurine puzzle


Alangkah cantiknya jika berjaya mengumpul keseluruhan koleksi tersebut dan diletakkan dalam kotak istimewa namun apakan daya...

Selamat mengumpul koleksi cenderahati, semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.


07 May, 2015

Koleksi Menarik Bulan Mei 7Eleven : Tin Minuman Tisu Basah dan Beg Penyejuk Minuman

Berita baik bagi pengumpul koleksi cenderahati, untuk bulan Mei : Kedai Serbaneka 7E menawarkan koleksi Tin Minuman mini dan Beg mini penyejuk minuman dengan syarat pembelian 3 botol minuman 500ml.

Dua syarikat minuman menawarkan cenderahati iaitu F&N dan Permanis :


F&N Season
Pouch Cooler Bag
Koleksi minuman dari Permanis
Tin Minuman mini : Wet Tissue

Syarikat Permanis yang masih hangat dengan promosi besar-besaran Botol Neon Mountain Dew menawarkan 5 pilihan koleksi tin minuman mini mengandungi tisu basah manakala F&N menawarkan cenderahati beg pouch mini penyejuk minuman.

Selain itu di 7E juga, syarikat Mamee telah mengeluarkan minuman teh herba dengan jenama CoolTea dengan tawaran harga menarik RM 1 sahaja.

Jadi kepada pengumpul koleksi sebegini jangan lepaskan peluang untuk menambah koleksi anda.

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT


01 May, 2015

Mei 2015M/Rejab/Syaaban 1436H

Mei datang lagi..cuti panjang bermula hari ini hingga hari Isnin. Kemana arah tujuan ..berlibur bersama keluarga atau memenuhi jemputan kenduri perkahwinan minggu ini.

Antara aktiviti menarik Bulan Mei 2015 :

Cuti Umum Hari Pekerja : 1 Mei : Seluruh Negara. Selamat berlibur untuk semua.



Sabah Fest - A Cultural Xtravaganza : 1 Mei - 3 Mei 2015 : Auditorium Komplek JKKN Sabah : pasti anda terpesona dengan muzik, nyanyian, tarian di sebuah ekstravaganza budaya yang mempamerkan Sabah yang kaya dengan tradisi.

Xterra Malaysia : 1 Mei - 3 Mei 2015 : Pulau Langkawi : Acara triathlon yang melibatkan disiplin renang, berbasikal dan larian. Acara bertaraf dunia ini menguji ketahanan mental dan fizikal.

Cuti Umun Hari Wesak : 3 Mei 2015 : Seluruh Malaysia : Penganut agama Buddha meraikan hari ini dengan persembahan agama dan upacara yang diadakan di kuil-kuil Buddha.

Borneo Jazz Festival : 8 Mei - 9 Mei 2015 : Parkcity Everly Hotel, Miri, Sarawak : Festival muzik terkemuka di rantau ini.

Hari Ibu : 10 Mei 2015 : Selamat Hari Ibu...

Hari Jururawat : 12 Mei 2015 : Selamat Hari Jururawat...

Israk dan Mikraj : 16 Mei 2015 : Cuti bagi negeri Kedah, N.Sembilan dan Perlis sahaja: Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad S.A.W terjadi pada 27 Rejab 622M. Tercatat dalam Surah Al-Israa dan Surah An-Najm.

Hari Guru : 16 Mei 2015 : Guru : Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak.

Kelantan International Wau Festival 2015 : 25 Mei - 30 Mei 2015 : Pantai Geting, Tumpat, Kelantan : Saksikan warna-warni Wau yang pelbagai bentuk dan saiz akan menghiasi langit.

Magic Of The Night 2015 : 28 Mei - 31 Mei 2015 : Marina Putrajaya : Cahaya bergemerlapan bot-bot berhias di Marina Putrajaya.

Tadau Kaamatan - Harvest Festival : 30 Mei - 31 Mei 2015 : Sabah dan Labuan : Pesta Kaamatan yang berlangsung selama sebulan meraikan gaya hidup budaya masyarakat Kadazandusun di Sabah. Menyambut hari tuaian yang baru serta sebagai tanda terima kasih untuk tuaian yang baik.

FLORIA Diraja Putrajaya atau Festival Bunga dan Taman Diraja Putrajaya 2015 : 30 Mei - 7 Jun 2015 : Anjung FLORIA Presint 4 Putrajaya : Penganjuran kali ke 8 dan diuruskan sepenuhnya oleh Putrajaya Floria Sdn Bhd (PFSB) anak syarikat milik penuh Perbadanan Putrajaya.

Kredit : Majalah Libur Mei 2015.

Akhirkata semoga kehidupan kita semua diberkati dan dilimpahi rahmat oleh Allah SWT.