01 January, 2014

Januari 2014M/Safar/RabiulAwal1435H

Alhamdullilah ..Selamat Datang Tahun Baharu 2014 Masehi..selamat tinggal 2013..semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati oleh Allah swt...

Tahun 2014 : Tahun Melawat Malaysia (TMM) : kali keempat kempen TMM dianjurkan.
Tema : 'Celebrating 1 Malaysia Truly Asia'
Maskot Rasmi : Monyet Proboscis 

Selamat Cuti-cuti Malaysia 2014.

Berikut antara aktiviti menarik Bulan Januari 2014 :

Four Wheel Drive Challenge : 01 Januari 2014 : Kg Bawang Tamparuli, Sabah : Acara ini dibawa kepada anda oleh Four Wheel Drive Challenge Club. Terdapat dua kategori bagi acara tahun ini iaitu Extreme yang dibuka kepada semua peserta menggunakan kenderaan diubahsuai dan kategori Standard yang dibuka kepada ahli kelab sahaja. 

Visit Malaysia Year 2014 Grand Launch : 04 Januari 2014 : Dataran Merdeka Kuala Lumpur : TMM 2014 merupakan tahun yang sarat dengan aktiviti yang menyeronokkan. Nikmati kemeriahan bunga api berwarna-warni serta muzikal tradisional. Maklumat lanjut sila layari www.motac.gov.my

Sabah Masters 2014 : 8 Jan - 11 Jan 2014 : Sutera Harbour Golf Course, Kota Kinabalu : Menyaksikan beberapa nama besar di dalam arena golf. Acara berprestij ini diadakan di lapangan 27 lubang SHG Course. Sila layari http://aseanpgatour.com untuk maklumat lanjut.

Penang Run 2013/2014 : 12 Januari 2014 : Teluk Bahang, Pulau Pinang : Salah satu acara utama bagi mempromosi pelancongan Pulau Pinang sebagai salah satu lokasi Tapak Warisan Dunia. Para peserta akan berlari mengelilingi Pulau Pinang dan pada siri larian keempat bermula dari Teluk Bahang hingga Esplanade Kota Lama. Sila layari http://www.penangrun.com/

Royal Langkawi International Regatta : 13 Jan - 18 Jan 2014 : Pulau Langkawi, Kedah : Acara yang menyaksikan lebih daripada 50 buah kapal layar beraksi bagi 9 kategori perlumbaan bertaraf dunia.

Maulidur Rasul : 14 Januari 2014 : Seluruh Malaysia : Merupakan hari bersejarah kelahiran Nabi Muhammad SAW, jatuh pada hari ke-12 bulan RabiulAwal. Salawat dan salam buat junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW.

Japanese Food Fair 2014 : 15 Jan - 19 Jan 2014 : Borneo Hypermall : Pencinta makanan Jepun pastinya gembira untuk menikmati hidangan gastronomi Jepun terbaik. Saksikan demonstrasi masakan dan cara membuat sushi oleh Chef yang didatangkan khas dari Jepun.

OCBC Cycle Malaysia 2014 : 17 Jan - 19 Jan 2014 : Dataran Merdeka KL : Merupakan acara berbasikal yang dianjurkan buat kali ketiga dengan penyertaan paling ramai yang dibuka untuk orang ramai. Dengan tagline 'Anyone Can Ride' menawarkan 10 kategori yang berbeza. Sila layari www.ocbc.cyclemalaysia.com.my

Chinese New Year : 31 Januari 2014 : Seluruh Malaysia : Tahun Baru Cina merupakan perayaan tahunan yang menandakan permulaan tahun mengikut kalendar lunisolar Cina. Tahun 2014 merupakan Tahun Kuda.

Akhir kata : Selamat Menyambut Tahun Baharu 2014. Semoga diperkukuhkan perpaduan umat Islam di bumi Malaysia ini agar agama, bangsa dan negara terus terpelihara.