25 October, 2017

Jom terjah SkyTower@The Shore Pinggiran Sg. Melaka

Bulan Ogos lepas telah dapat menerjah Menara Berkembar Petronas Tingkat 86 : melihat pemandangan Bandaraya Kuala Lumpur.

Kali ini terjah pula SkyTower@The Shore Pinggiran Sungai Melaka : melihat Bandaraya Melaka dari Tingkat 42, pemandangan Bandar Hilir, Selat Melaka, Sungai Melaka dan tempat-tempat bersejarah dari atas puncak The Shore Pinggiran Sg Melaka.

Anda akan menaiki lif di Tingkat 2 hingga ke Tingkat 41 dan bertukar lif untuk ke Tingkat 42 atau boleh sahaja menaiki tangga untuk ke SkyTower. Beli tiket dan dapat poskad percuma, meniti laluan yang disediakan untuk ke puncak The Shore dan menikmati pemandangan indah Bandaraya Melaka Bersejarah.

Jom layan kronologi bergambar :

Tiket Dewasa RM 25 Knk-knk RM18


Boleh hilangkan trauma takut tempat tinggi

Tallest Peak : Layan view Bandaraya Melaka





Jom Makan @SG The Shore


Selamat berkunjung ke SkyTower@The Shore Melaka ..semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT...aamiin


12 October, 2017

Diari Santai : Oktober 2017

Salam Oktober buat semua...

Antara aktiviti menarik bulan ini :

Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur : Hingga 14 Januari 2018 : MaTic Lanai (MalaysiaTourism Centre) Kuala Lumpur : Info lanjut sila layari www.dinosaursalive.asia

Jalan Merdeka - Traversing the routes towards Independence : 1 Okt - 31 Okt 2017 (8pg - 8 mlm) setiap hari : Carcosa and Seri Negara Mansions, Taman Tasik Perdana, KL

Art Expo Malaysia Plus 2017 : 12 Okt - 14 Okt 2017  (11 pg - 7.30 mlm) dan 15 Okt 2017 (11pg - 6ptg) : Pusat Pameran dan Konvensyen MATRADE (MECC) Kuala Lumpur. Sila layari http://artexpomalaysia.com/ untuk maklumat lanjut.

Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka (Cuti umum Melaka sahaja) : 13 Okt 2017

Pameran Makanan dan Minuman : 13 Okt - 15 Okt 2017 : Dewan A MITC Melaka : Selamat berlibur dan menikmati pelbagai jenis menu di sini.

Cameron Ultra Marathon : 14 Okt - 15 Okt 2017 : Cameron Highlands : Sila layari http://www.cameronultra.com/ untuk maklumat lanjut.

Joget@Melaka : 14 Okt - 15 Okt 2017 : Bandar Hilir Melaka : Layari www.jkkn.gov.my untuk maklumat lanjut.

Candy Walkathon : 15 Okt 2017 (7.30pg - 12 mlm) : Main place Mall Subang Jaya Selangor :
Layari web www.racexasia.com/event/the-candy-walkathon/ untuk info lanjut

Hari Deepavali : 18 Okt 2017 :

Selamat berlibur untuk semua. Cuti-cuti Malaysia. Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT. Aamiin............


09 October, 2017

Santai di Port Dickson : Bandar Tentera Darat (Ogos 2017)

Port Dickson tetap segar dalam ingatan. Momen penting dan menarik sering segar dalam kenangan. Menikmati keindahan serta segar bayu pantai di Blue Lagoon. Menjamu selera sarapan pagi Mee Kari Pasar Teluk Kemang, menjamah juadah tengahari nasi kukus ayam panggang sos istimewa di Cowboy Place. 

Menjamu mata dan menimba ilmu di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson secara percuma. Banyak lagi aktiviti yang boleh dilakukan di daerah ini. Nostalgia Port Dickson sejak 1989...

Pusat Ikan Hiasan PD : Singgah saja Percuma
Penyu Menangis Siapa Yang Tahu

Tarikan PD





Jom Makan-makan









Jom Mandi Manda


Pantai Kegemaran Ikhwan




Selamat Berlibur untuk semua. Semoga kehidupan kita semua dilimpahi rahmat dan keberkatan Allah SWT. Aamiin....