27 January, 2020

3rd time : TERJAH Bukit Beruang

Hari ini jam 9.40 pagi bergerak ke Bukit Beruang untuk aktiviti mendaki, menambah aktiviti fizikal buat hari ke tiga sempena cuti berganti TBC. Berdua sahaja hari ini bersama isteri untuk membiasakan diri dengan rentak laluan ke puncak, alah bisa tegal biasa. Apatah lagi penghujung Feb 2020, isteri akan terlibat dalam aktiviti pendakian di Bukit Beruang bersama ahli kelabnya.
Semoga dipermudahkan urusan.












Semoga kehidupan kita semua dikurniakan dan mendapat limpahan rahmat dari Allah SWT..Aamiin.

Selamat Datang ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan jadikan Bukit Beruang sebagai destinasi rekreasi anda.


26 January, 2020

2nd time TERJAH Bear Hill

Pagi ini kali ke dua mendaki Bukit Beruang menyusuri laluan Wonderful
sempat menyinggah bergambar berlatarbelakang nun jauh bangunan di Bandar Hilir.







Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah dan jadikan Bukit Beruang sebagai destinasi rekreasi anda.

25 January, 2020

Better Late Than Never : 1st time TERJAH Bukit Beruang

Hari ini sempena cuti umum Tahun Baru Cina, kami berempat meredah, menerjah, mendaki Bukit Beruang. Itu pun untuk mengetahui lokasi sebenar kawasan rekreasi tersebut, bagi memudahkan Isteriku yang akan terlibat dalam aktiviti beriadah Kelabnya ke Bukit Beruang penghujung bulan Feb nanti. Sebagai anak Melaka (04) ini pertama kali aku mendaki kawasan rekreasi ini meski pun dah lama mengetahui ...betterlatethanever#

Pertama kali mendaki melalui jalan bertar menuju ke menara telekomunikasi cukup meletihkan apatah lagi sudah lama tidak bersenam sejak menawan Bukit Senaling, N. Sembilan dua tahun lepas. Sesak napas, udah 50an kena jaga stamina gayanya untuk aktiviti sebegini.










2020 : awal mula untuk sesi menyihatkan badan. Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahi rahmat Allah SWT .. aamiin.

01 January, 2020

Selamat Tahun Baru 2020M

Hari ini 1 Januari 2020 : Cuti umum dan esok bermula semula sesi persekolahan penggal pertama. Tahun 2019 telah berlalu, penuh peristiwa sukaduka, syukur alhamdulillah 2019 telah berlalu pergi dan kini menginjak ke 2020.

Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, diperteguhkan iman, dianugerah rezeki yang berkat dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Jan 2020




2020Masihi : Doa pastinya semoga kita semua berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat.
Aamiin.