20 January, 2019

Pulau Besar : Tunggu Aku Datang

Pulau Besar Melaka. Pulau penuh sejarah dan misteri. Sudah lama benar tidak menjengah ke sana. Lupa kali terakhir ke pulau tersebut. Masa zaman lepas sekolah menengah dahulu pernah bersama kengkawan berkhemah ..lepak tidur ditepi pantai sana, bergayutan, berbuaian terus terjun ke laut. Selepas itu pernah bersama kelab guru SMK Pasir Besar Gemas berkunjung untuk menjayakan Hari Keluarga staf sekolah tersebut. Mungkin sudah banyak berubah persekitaran di Pulau Besar. Dengan pembekalan elektrik sekarang ini pastinya berubah lanskap pulau tersebut.

Pengunjung boleh ke sana dengan bot melalui Jeti Anjung Batu Umbai atau Jeti Ikan Bakar Umbai. 

View fm Pantai Siring


Inovasi org Pulai Indah

Pulau Besar Melaka penuh misteri, antaranya anda boleh menjengah ke Muzium Pulau Besar, Kubur Tok Putih, kubur tujuh beradik, keramat tempayan pecah, keramat ular, Gua Yunus, Batu tengkorak, Tasik Bunian. 
Boleh sahaja bermandi manda dipantai, lengkap tandas untuk bilasan.

Cuma jangan sesekali berkunjung ke kubur-kubur keramat disini untuk tujuan amalan yang syirik.

Demi memartabatkan lagi pulau ini,kerajaan negeri telah membina madrasah untuk pelajar-pelajar tahfiz.

Selamat berkunjung ke Pulau Besar, Melaka.

Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan mendapat rahmat Allah SWT.



No comments:

Post a Comment