02 February, 2012

02022012 : 12.2 Juta


Tertarik dengan tarikh hari ini : 02022012 : Angka 2 dan begitu juga tentang bahan berita dalam Kosmo hari ini, dalam muka surat 2: Malaysia ada 12.2 juta pengguna Facebook...aku pun tak terkecuali sama menjadi penggunanya, itupun rasanya dah lewat, hanya kenal pertengahan tahun 2010, itupun ketika berkursus bersama kengkawan, kalau tak FB/Blog pun tak kenal...better late than never..

Di Malaysia, seramai 12,267,720 pengguna dengan penambahan sebanyak 897,220 orang sejak enam bulan lepas. Angka tersebut meletakkan Malaysia di tangga ke-17 dunia daripada 213 negara di belakang Indonesia (ke-3) dan Thailand (ke-16). Malaysia di tangga kelima Asia daripada 44 negara. Laman web socialbakers turut menjelaskan sebanyak 53 peratus atau 6.5 juta pengguna di Malaysia ialah lelaki manakala baki 47 peratus pula perempuan...ramai lelaki gaknya nak berkenal-kenal,mengeratkan silaturahim...hahaha..yelah mudah nak berkomunikasi antara satu sama lain..macam2 hal, itu yang ramai terpedaya dek janji manis...jantan2 Afrika..hmmm..namun yang penting nawaitu...pasti laman sosial ini penting dan mudah, murah dalam menjadi medium 'perantara' antara satu sama lain...apa tidaknya FB dilancarkan pada Februari 2004 sudah memiliki lebih 800 juta pengguna di seluruh dunia : 70 bahasa yang digunakan. 130 purata rakan bagi seorang pengguna. 250juta gambar yang dimuatnaik pada setiap hari dan 350 juta pengguna aktif yang mengakses FB melalui gajet mudah alih....hebat..hebat..hebat penangan FB.

 Dalam pada itu, muka surat 48..turut memaparkan berita Facebook jual saham. Lapan tahun selepas penubuhannya, gergasi rangkaian sosial FB bakal mengemukakan tawaran awam bagi menjual sahamnya di pasaran terbuka...bolehler gamaknye 'pengikut' FB membeli saham untuk melabur..hahaha..buat sistem cabutan seluruh dunia...hmmm..Menurut akhbar Wall Street Journal,syarikat yang berpangkalan di Palo Alto, negeri California itu merancang mengumpulkan AS$10 bilion (RM30.4). Namun FB yang diterajui bilionair muda, Mark Zuckerberg tidak mendedahkan bilangan saham atau senarai harga tawaran awam tersebut...hebat..hebat..hebat...

Yang pasti berita Facebook ini mungkin tersebar, disebar sempena bulan Februari gaknye, yelah kebangkitan mendadak sejak dilancarkan Februari 2004..lapan tahun berlalu dan telah berjaya menguasai dunia..apapun selamat menempuh bulan Februari, semoga kita sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t


01 February, 2012

Februari/RabiulAwal/ RabiulAkhir

Salam Februari 2012 dan Salam RabiulAwal 1433H..telah menginjak kita ke bulan ke dua dalam kalendar tahun Masihi. Bulan lepas, pasti puas bercuti panjang bagi anak-anak yang pihak sekolahnya mengambil cuti seminggu sempena Tahun Baru Cina. Pasti mereka yang tidak berkesempatan untuk cuti  bersama keluarga semasa cuti penggal persekolahan tahun lepas, mengambil kesempatan untuk melaksanakan cuti bersama yang belum di'tunai'kan pada cuti panjang tersebut. Begitu juga aku, mengisi ruang masa tersebut untuk mengunjungi Animal Safari World Park (A Famosa, Alor Gajah,Melaka) Itupun sempena hari lahir Khairunnisa pada 22 Jan 2012. Taman tema ini  yang kali terakhir di kunjungi lewat 8 tahun lepas sekitar tahun 2004. Pembelian tiket di Dataran Pahlawan Mall sempena road show pihak A Famosa. Harga bagi 6 orang = RM 150. Satu kepala RM25.(Dewasa/Kanak-kanak)  Dapatlah Qwan anak bongsu ku menikmati pemandangan secara dekat binatang-binatang apabila menaiki trak ke kawasan kandang (lebih kurang 20minit).

Persembahan menarik melihat pertunjukan gajah, multi animal dan burung, menjelajah Monkey Island cuma terkilan di pertunjukan ala 'cowboy town'..hmmm ...sama je jalan cerita, bentuk 'studio' 8 tahun lepas...membosankan..sekurang-kurangnya pihak pengurusan perlu lebih kreatif dengan lebih banyak penggunaan binatang-binatang dalam pertunjukan pukul 2.15 ptg tersebut. Dari segi makanan dan minuman, pihak pengurusan patut lebih prihatin untuk menjual dengan lebih murah. Nasi Briyani Ayam RM30 (campur air tin)...mentang-mentanglah ramai pelancong dari Timur Tengah..hmm..sabo je la...

Apa pun syabas pihak A Famosa Resort masih mampu untuk mengekalkan dan menjadi lokasi tarikan destinasi percutian pelancong tempatan dan luar ke Melaka.


Berikut antara aktiviti menarik di bulan Februari :

Ekspo Buku. 1 Feb - 6 Feb 2012. Tempat : Dewan Legar Putra PWTC. Bagi pencinta ilmu. Pelbagai pameran buku, potongan harga sempena ekspo ini. Di booth Telaga Biru. Sesi bertemu pembaca. Jumaat3hb (Ustaz Pahrol) jam 11 pagi. Sabtu4hb (Dato Siti Norbahyah) jam 3 ptg. Isnin6hb (Dr Irfan Khairi) jam 1230 thari.

Kempen Halal 1 Malaysia sempena Sambutan Maulidur Rasul dan Kempen Berzakat Peringkat Negeri Melaka.  3 Feb - 6 Feb 2012. Tempat : Ruang Letak Kereta Open University Malaysia (Berhadapan Kompleks AL-Azim, Melaka). Kempen anjuran bersama Kerajaan Negeri Melaka dan JAKIM. Pelbagai pameran dan jualan produk halal/perkhidmatan di adakan di kawasan ini.

Sambutan Maulud Nabi Muhammad SAW. 5 Feb 2012 (12 RabiulAwal 1433H). Salam dan selawat buat junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W.

Thaipusam. 7 Feb 2012. Tempat : Batu Caves, Selangor. Festival untuk para penganut agama Hindu yang menampilkan pelbagai upacara keagamaan.

Festival Layang-layang Antarabangsa Johor. 14 Feb - 19 Feb 2012. Tempat : Pasir Gudang, Johor. Saksikan sendiri pelbagai variasi layang-layang di festival ini. Kehadiran para peserta dari luar negara menyemarakkan lagi suasana kemeriahan festival ini.

Sambutan Hati Kraf Kebangsaan 2012. 22 Feb - 5 Mac 2012. Tempat : Kompleks Kraf K.Lumpur, Jalan Conlay. Pelbagai aktiviti telah dirangka dan akan diadakan di Kompleks ini. Jualan dan pameran kraf, produk cenderamata korporat dan pelbagai aktiviti menarik.

Le Tour de Langkawi 2012. 24 Feb - 4 Mac 2012. Tempat : Melalui 7 buah negeri termasuk Kelantan, Melaka, Pahang, Johor. Acara berbasikal unggul di Asia. Perlumbaan berprestij untuk memberi peluang orang ramai melihat sendiri perlumbaan ini.

Triathlon Ironman Malaysia Malaysia 2012. Februari 2012. Tempat : Langkawi. Saksikan sendiri pertandingan yang berlangsung di Langkawi. Menampilkan penyertaan dari serata dunia bagi merebut gelaran Juara Ironman Malaysia di samping melihat pelbagai ragam pesrta sewaktu bertanding.

Akhir kata, selamat menempuh bulan Februari/RabiulAwal/RabiulAkhir..semoga kita semua dipayungi rahmat Allah s.w.t...insyaallah