Salam Jumaat buat semua :
0630 am : Lihat tayar kereta belakang sebelah kiri dah kurang anginnya. Sebelum hantar Nisa sempat ke Stesen Petronas untuk mengepam angin ke tayar. Kat Stesen BP, pam angin umpama monumen hanya terpacak besi tanpa ada wayar pam...sabau je ler.
Jam 10am ke kedai tayar, berkira-kira berjimat seminggu dua lagi untuk kos pembaikan....setelah diperiksa abg tayar, bocor kecil bukan satu malah dua.. sudah dikategori rosak..almaklum dah hampir 3 tahun lenjan. Virus botak aka rosak menjangkit juga ke tayar hadapan sebelah kanan. Macam tau-tau je
pay day.
|
Sudah botak sebelah dalam, Tak perasan ler
Dari nak periksa satu tayar, akhirnya tukar ke empat-empat tayar sekali, 2016 pun tukau empat biji tayar sekali. Kali ini berbajet pilihan 2019 jenama Apollo yang berkolaborasi dengan Manchester United (MU) tapi freegift jersi MU hanya layak untuk pembelian 4 tayar R16 ke atas.
Kos 4 tayar : rm720+4 nat=rm760
Free gift kali ini t-shirt, janji ada limited edition buat koleksi. Aura tayar Apollo / MU dibeli sebagai tanda ingatan progloria buat pasukan Melaka United (MU).
Apollo kita :
2019
Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT.
Aamiin.
|
No comments:
Post a Comment