28 December, 2014

Santai Di Melaka : UpSide Down House Gallery dan Bandar Hilir

Petang tadi bersantai di Bandar Hilir, bersama famili, menjengah satu lagi tarikan pelancongan di Melaka : UpSide -Down House Gallery..kiranya bergambar dengan peralatan perabot rumah yang terbalik...macam-macam, berbaris ler kita memenuhkan hasrat anak nak menjenguk apa yang ada di dalam bangunan tersebut.

Lokasi belakang bangunan Hotel Seri Costa

Promosi harga



Terbalik sungguh





Sebelum

Sesudah

Aksi Berani...

Hmmmmm...

Cuma ada kira-kira 10 tempat sahaja untuk bergaya berfoto melibatkan 2 ruangan bilik, dari ruang tamu, ke dapur, bilik mandi, bilik tidur..pihak berkenaan kena tambah lagi sekurang-kurangnya ruang meja makan atau apa-apa lagi yang sesuai ..dengan harganya RM15 bagi dewasa dan RM 10 kanak-kanak (diskaun 10% hingga hujung 2014)..tidak ler sama macam 3D Alive Gallery di PD, hampir ada 50 buah lukisan untuk bergaya sakan : puas hati sangat : 

Tak berbaloi ma kat sana tadi...hmm dahlah berbaris panjang ...sabo je la..teruja sangat Rumah Terbalik Pertama di Melaka...terbalik sungguh..apa pun bertambah lagi satu tarikan pelancongan di Melaka...di harap pihak pengurusan USDH akan menambah baik dekorasi dalaman dengan lebih kreatif..

Menyusuri Di Bandar Hilir : Macam-macam Ada ..

Muzium TLDM




Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah : semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt.


26 December, 2014

Indahnya Ciptaan Allah swt : Flora Permatang Bukit 2



Salam Jumaat : Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah swt. 

Hari ini entri  tentang gambar bunga-bunga hasil tanaman Abah sekeliling rumah, pengalaman ketika bekerja mencantikkan lanskap Politeknik Merlimau digunakan sepenuhnya untuk menghias lanskap keliling rumah. Benih bunga raya hasil semaian dahulu menampakkan hasil dengan pelbagai warna.

Malah jika anda ke arah Rumah Peranginan Kerajaan Negeri Sembilan...di kiri kanan jalan telah mula ditanam pokok bunga raya sesuai dengan nama Hotel Mega yang dibina berhampiran The Hibiscus.


























Didoakan semoga Abah dan Emak dikurniai kesihatan, panjang umur dan sentiasa dalam rahmat Allah swt.. ..Aamiin..

23 December, 2014

23 Disember : Selamat Hari Lahir Untuk Diri Sendiri...

23 Disember 2014 bersamaan 1 Rabiul Awal 1436H : Selamat Hari Lahir Untuk Diri sendiri. Terima kasih kepada semua yang mengutus ucapan melalui WhatsApp. Dah meningkat umur, semoga dikurniai kesihatan, dipanjang umur, dimurah rezeki, mendapat rahmat dan berkat dari Allah swt..

Ya Allah..berkatilah kehidupan kami sekeluarga..lapangkan rezeki kami sekeluarga..permudahkanlah urusan kami sekeluarga ..

Hari ini hadiah hari lahir untuk diri sendiri...membuat pemeriksaan kesihatan diri. Dan seperti yang dijangka akan mula menjalani rutin temujanji dengan Tuan Doktor... : positif diri 'Sayangi Diri Anda, Cegah Sebelum Parah'....huhuhu...


Kronologi 23 Dis 2014 :

Lapor Diri....230920H Dis 2014





Semangat2 dahhh...

Hujan di sebelah petang ..malam bersama keluarga tersayang menerjah Restoran Cina Muslim di Taman Limbongan Jaya...sesekali ingin merasai menu yang berbeza...Terima kasih isteri dan anak-anak tersayang. Satu lagi tarikan di Melaka, masakan berasaskan menu Cina Muslim :  Restoran Hj Shahrin Low.





Antara menu pilihan kami, banyak kena soal staf kat situ...1st time ma..

Hepi bday to Me


Siakap Kukus Masak Nyonya ; Pilihan Chef...hmm


Lemonlemon Chicken


Sotong bersalut telur asin...pun sedap

Dalam perjalanan pulang sempat menjengah satu lagi tarikan di Melaka...'Rumah Terbalik'..berhampiran Hotel Seri Costa, Bandar Hilir...dari luar sahaja dah malam ma..


Up Side Down House Melaka

Selamat menempuh Bulan Rabiul Awal 1436H, semoga kehidupan kita semua di berkati dan dirahmati Allah swt..


22 December, 2014

Port Dickson : 19 Disember 2014

Hari ke dua di PD, kami ke arah Broga. Dua lokasi tumpuan adalah Rabbit Fun Land dan Bukit Broga. Pembacaan dari blog membuat rasa ingin tahu kawasan tumpuan tersebut, apatah lagi hampir berada dengan lokasi antara PD dan Broga. 

Bergerak jam 10 pagi melalui Tol Port Dickson menuju Seremban dan keluar Tol Putra Mahkota (Exit 213) untuk ke lokasi...merentas Semenyih dan melalui Universiti Nottingham Malaysia di sebelah kiri luas kawasan kampus. Akhirnya kami sampai ke Rabbit Fun Land seperti yang dihajatkan.



Harga Masuk RM 5
Carrot RM 10

Artikel Utusan Kota


Ikon Arnab....macam-macam baka ada


Kawasan lapang untuk arnab


Kerbau Albino pun ada


Hitam putih Kehidupan..


Jinak-jinak Rusa

Anak Rusa nani.....hihihi

Titi Goyang..hmmm
Selain arnab, pelbagai binatang lain turut di pelihara di kawasan tersebut, seperti rusa, kerbau, angsa, keldai, kuda pony, kambing..kandangnya pula pagar dan kayu ..nampak lebih natural gaknya..boleh memberi makan binatang tersebut dengan lobak merah yang dibeli. Kawasan yang di jaga rapi namun dari satu segi nampak usang dengan susun atur kandangnya serta struktur bangunan. Lebih natural agaknya. Mungkin boleh di variasi dengan menambah kolam ikan untuk di pancing atau sesi pertunjukan arnab...hihi..

Setelah ber'mesra' dengan haiwan di situ bergerak ke satu lagi kawasan berhadapan Rabbit Fun Land iaitu kawasan Bukit Broga...tapi tidaklah kami mendaki sekadar menjejak lokasi tumpuan ..kawasan parkir...hahaha...janji pernah terjah...nak mengejar solat Jumaat ler..

Papan Tanda paling sempoi


Broga Hill dari kejauhan

Perjalanan balik merentas LEKAS ...lebih jimat masa keluar melalui Bandar Seremban masuk pula ke Lebuhraya PD dan sempat menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kem PUSASDA, Port Dickson..tempat jatuh lagi dikenang..nostalgia.. yang lain macam biasa menjelajah  Muzium Tentera Darat..satu lagi ikon pelancongan Port Dickson.


Qwan..


Biar Putih Tulang...


Sekerat jalan sahaja meneroka
terowong...hmmm


Yang atas tu dulu bilik Platun 1 dan 2 Komp Alpha..
nostalgia sungguh




Selepas itu JJCM...diteruskan ke lokasi pilihan ramai iaitu Cowboy Place..menikmati Nasi Kukus, Ayam Panggang dengan sos istimewa beralaskan pinggan polistrine..cukup sempoi tapi Qwan sampai menjilat jari ..siap suruh bungkus lagi...sedap ler tu..hmmm


Tersergam papan iklan ...bravoo


Lokasi wajib berfoto..hihi
patut pakai topi koboi..


Menu berserta harga


Ayam panggang Koboi..


Kreatif pemilik Cowboy Place

Akhirnya hasrat untuk menjejaki ke lokasi pilihan seperti yang dirancang terlaksana..dipermudahkan segala urusan..Check out 20 November 2014 untuk memenuhi pula dua undangan jemputan majlis Walimatulurus di Melaka Bandaraya Bersejarah. 

Disember 2014 : Port Dickson : Bandar Tentera Darat dalam kenangan.

Semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah swt.