30 December, 2015

Family Day The Kepohchi Hussin'S @ Jasin Hot Springs 2015

26 Disember 2015

Grup Whatsapp The Kepohchi Hussin dicipta pada tanggal 12 Julai 2013 oleh Cikgu Ard khusus buat anak menantu cucu cicit Tok Husin Mamot. Meskipun belum sepenuhnya keahlian tersebut namun ahli-ahli yang sedia ada telah bersepakat untuk berkumpul bersama beriadah dalam mempertautkan lagi tali silaturahim.

Lokasi pilihan 2015 adalah Kolam Air Panas Jasin dan tarikh perjumpaan 26 Disember 2015(Sabtu)
Alhamdulillah : anak menantu cucu cicit Tok Husin mana yang berkesempatan telah meluang masa datang dari JB, KL, Malim, Merlimau, Serkam bahkan dari Tasik Puteri turut muncul. 

Persetujuan bersama membawa potluck maka terhidanglah pelbagai juadah pembuka selera : Nasi Impit Rendang Masalodeh TSM, Buq Sayuq JB, Nasi Lemak Udang Merlimau, MeeHoon Muhibah, Karipap Putaq, Sosej Nugget Puteri, Kandang's Sandwich, Mee Tebong, Kek Oren Malim serta penampilan istimewa minuman MiriHerbs, Oren Joesan..pemanis mulut  oren jua tembikai..layannnn

Kronologi Bergambar : Lokasi memang penuh sesak...panas membara..yang penting Hepii..

TQ Sekretariat
Lokasi pilihan 2015


Antara Anak Menantu Cucu Cicit Tok Husin



Memori @ Jasin Hot Springs

Pelbagai juadah tersedia : panas sejuk pun ada







Semoga perjumpaan ini akan berterusan di masa akan datang dalam mempereratkan lagi ukhwah Generasi Tok Husin Mamot. Didoakan Tok Husin akan terus dikurniai kesihatan, sihat bahagia di samping anak menantu cucu cicit piut tersayang.

Doa juga semoga kehidupan kita semua diberkati, dirahmati dan dipayungi rahmat Allah SWT.


Aamiin........

10 December, 2015

Dekat Je : Lumut@Pulau Pangkor (4 Dis 2015)

Hari terakhir di Lumut : Jam 9 pagi sudah bergerak ke Batu Gajah untuk memenuhi hasrat isteri melihat istana misteri Kellie's Castle. Melalui Lebuhraya Lumut - Ipoh ke Batu Gajah. Akhirnya berjaya dijejaki Istana misteri tersebut. Lengkap dengan pelbagai kemudahan : kafetaria, kedai cenderahati, tandas awam.

Waktu lawatan : Isnin - Khamis (9 pg - 5 ptg) Jumaat, Sabtu, Ahad dan Cuti Am (9 pg - 6 ptg)
Harga tiket : Dewasa RM 5 Kanak-kanak RM 3.

Bangunan Tiga tingkat
Mengikut rekabentuk Istana Moghul di bandar Agra,India













Balkoni serambi berhantu dan tangga rahsia

Peace yo
The Top of  Kellie's Castle

Nostalgia

Hampir sejam setengah menjelajahi istana mesteri tersebut, kemudian beredar ke Masjid Al Hidayah untuk menunaikan solat Jumaat. Usai solat menempuh Tol Simpang Pulai : exit Sungkai untuk melihat lebih dekat FELDA Residence Hot Springs Sg Klah (perancangan cuti-cuti akan datang), kemudian exit pula Tanjung Malim menjejaki Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dan bandar Tanjung Malim. Redah jangan tak redah....


Syukur kehadrat Allah SWT kerana merahmati perjalanan percutian kami sekeluarga. Speedo meter hampir menjangkau 1000km tanpa sebarang perkara yang tidak diingini....alhamdulillah.

Cuti-cuti Malaysia 2015 : Dekat Je : Lumut@Pulau Pangkor.



09 December, 2015

Dekat Je : Lumut@Pulau Pangkor (3 Dis 2015)

Hari ke dua di Lumut : Jam 10 pagi kami ke Taman Esplanade Lumut untuk menjelajah perut Kapal Perang KD Rahmat. Bukan senang nak jengah Kapal Perang...kapal selam di Melaka telah dilawati kini satu lagi pengalaman baru untuk anak-anak bagaimana jerih payahnya kehidupan anggota TLDM di dalam Kapal Perang demi mempertahankan kedaulatan perairan bumi tercinta Malaysia. 

Jika dari GM Holiday Hotel, arah ke Lumut anda akan jumpa simpang pertama terus ambil ke kanan untuk ke Muzium KD Rahmat. Kawasan lengkap dengan taman permainan kanak-kanak dan laluan beriadah.

Harga Tiket : Dewasa RM12 Knk-knk RM7..jika anak remaja
jangan lupa bawa kad sekolah dpt harga RM7
Kawasan riadah yang cantik cuma perkhidmatan Tandas
Awam lewat di buka..cuti2 sekolah buka ler pagi..
buat tukun je gamaknya..dgr buka jam 6 ptg..hmm


Tabik hormat Ikhwan...
Memoria Indah bersama keluarga tercinta
Setelah hampir 1 jam di KD Rahmat, puas panjat tangga turun tangga dalam kapal. Cukuplah merasa pengalaman di dalam dan luar Kapal Perang.

Apa pun pihak pengurusan KD Rahmat perlu lebih peka huruf A di Wisma Bintara yang tiada perlu diganti. Najis kucing di kabin Pegawai Laksana pun tidak di buang bahkan tiada staf untuk memandu arah di dalam kapal...pandai-pandailah pengunjung membawa diri...turun naik tangga kan bahaya.

 Seterusnya kami ke Marina Island untuk belayar bersama Feri ke Pulau Pangkor. Harga Tiket Dewasa RM10 dan kanak-kanak RM5, beza dengan Jeti Feri di bandar Lumut ialah masa perjalanannya hanya 10 minit sahaja. Kawasan parkir yang luas. Jom pusing pulau..

Kawasan Marina Island 
Welcome To Pangkor Island
Menjengah ke Pulau Pangkor untuk pusing pulau je dan tidak bermalam disana, cukuplah ronda-ronda pulau. Mengambil teksi dengan bayaran RM70 untuk pusing-pusing pulau mengambil masa hampir 2 jam sahaja, singgah di Teluk Nipah pun tidak bermandian, cukuplah mandi di Teluk Batik...nak snorkeling akan datang ke Pulau Kapas gaknya...laluan penuh berliku, sempit lebih baiklah anda sewa teksi biaq pemandu berpengalaman membawa anda ronda-ronda..

Pangkor dah ada insinerator pusat pengumpulan sampah moden..canggih pemusnahan sisa pepejal..

Jom Round Island...anda akan dibawa ke Kota Belanda, Galeri Pangkor (Tutup pula hari tersebut dah tahu musim cuti, pi tutup wat pe..tak mesra rakyat betuii),Taman Fu Ling Kong, kawasan pembuatan bot nelayan, Kilang pembuatan makanan laut dan Teluk Nipah.

Only @Pangkor tapi kami sewa teksi warna biru
Kota Belanda
Lokasi : Kg Teluk Gadung
Taman Fu Ling Kong
Lokasi : Kg Sg. Pinang Besar
Kilang satay ikan
Lokasi : Kg Sg Pinang Kecil
Pastinya ole-ole Ikan bilis mata biru only @Pangkor
Lokasi : Teluk Nipah...tak dpt merasa Lempeng Pangkor
Tauke pi beli stok barang...
Jom pekena Kopi Nipah...

Habis pusing pulau, beli sedikit tanda mata dari Pangkor Island, naik semula feri balik Lumut..janji dapat jejak kaki ke Pulau Pangkor...petang ke Terminal Jeti Feri di Lumut...jengah jangan tak jengah, menikmati nasi goreng seafood,char kue teow kerang di Medan selera Lumut Waterfront...

Lumut : Navy City
Jgn tak singgah Ayam Goreng Seringgit

Malam lepak room 102/103..dah terasa lapar keluar pusing malam Lumut next ke Warung Ikan Kukus..

Esok 4 Dis 2015 dah nak balik ke Melaka...semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.

08 December, 2015

Dekat Je : Lumut@Pulau Pangkor (2 Dis 2015)

Percutian bajet Disember 2015 kali ini kami terjah ke Lumut@Pulau Pangkor. Bergerak jam 8 pagi dari TSM Melaka. Exit Bidor untuk ke Teluk Intan meninjau Menara Condong yang menjadi ikon di bandar tersebut. 


Ke Teluk Intan kita yeop
Harap ZooM utk tahu kisah
 Menara Condong

Ada 8 bumbung ala pagoda tapi 3 tingkat je





Bersebelahan Medan Selera terletaknya Kedai Cenderahati
Gift To Give
Tksh Miss Zah : jgn lupa beli tiket parking kat sini

Bekas Tangki air jadi bahan sejarah

Akhirnya kami berjaya menjejak kaki @ Leaning Tower
Teluk Intan

From Teluk Intan, kami meneruskan penjelajahan ke Lumut melalui Lebuh Kayan : macam-macam tempat kami temui Kayan, Kg Parit Jerman (mesti popular masa World Cup), Lekir....jalan memang lurus cuma beralun-alun. Setibanya di Lumut pastinya check in dulu hotel GM Holiday Hotel..deluxe twin RM65 pernite..berhadapan Stesen Minyak Shell...ada juga hotel bajet yang lain..pilih yang mana anda suka. 

Jom cuti Dekat Je ; Lumut Navy City

Inap bandar pilihan kami
Bercanda di tepian pantai...



Di sebalik nama Teluk Batik :

Selepas check in terjah ke Teluk Batik kawasan perkelahan popular di Lumut . Teluk Batik dahulunya dikenali sebagai Teluk Batak. Bagaimanapun, pada 26 April 1974 nama Teluk Batak ditukar kepada Teluk Batik. Kaum Batak yang berniat untuk berhijrah ke Tanah Melayu menjadikan Teluk Batik yang ada sekarang sebagai tempat perlindungan daripada ancaman lanun dan perompak. Dari saat itu bermulalah penempatan kaum Batak. Sumber BH Ahad 31 Mei 2015.

Apa yang perlu dilakukan di kawasan sekitar Teluk Batik adalah memperindah dan menggiatkan lagi pembersihan di kawasan pantai. Bahkan gerai makanan perlu diperkemaskan tanpa ada khemah-khemah tambahan yang koyak, seolah-olah terbiar lama. Perlu ada pengGredan kebersihan untuk gerai-gerai makanan di kawasan tersebut.

Malam lepak sahaja di Room 102/103...menikmati Big Box fm Pizza Hut Lumut.

Esok 3 Dis 2015 kisah baru di Lumut@Pangkor Island..semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT