26 August, 2014

Semarak Merdeka 57

Pelbagai cara dalam menyemarakkan Bulan Kemerdekaan. Antaranya seperti gambar dibawah. Nostalgia lama kereta lembu di Kg Air Tawar, Merlimau, Melaka.




Selamat Menyambut Merdeka 57 : Disini Lahirnya Sebuah Cinta...........

Santai di Pantai Kelebang, Melaka

Lama sungguh rasanya tidak berkunjung ke Pantai Kelebang, kali terakhir ketika perjalanan balik dari Percutian Domestik 2011, itu pun hendak melihat Kapal Selam yang baru diletakkan di tapaknya. Malam minggu lepas sempat berkunjung ke pesisir pantai tersebut yang pesat dengan pelbagai projek pembangunan bagi menjadi salah satu lokasi pelancongan di Melaka.

Sempat menjengah dan menjamu selera di Restoran Bas, satu lagi idea untuk kelainan dalam tarikan pelancong ke Melaka : Nostalgia perkhidmatan bas di Melaka : Town Bus, M.O.S Bus, Tuah Bus, Alias Bus...aku dulu bas M.O.S dengan bas Tuah je lah..perjalanan Merlimau - Bandar Melaka.



Tandas bas yang telah diubahsuai




Apa pun Pantai Kelebang pesat dengan projek naik taraf : Dataran 1 Malaysia, Muzium Kapal Selam, Restoran Bas. Bersama anak menyusur pantai di hadapan deretan bas tersebut, ramai 'couple' berdua-duaan, maka pihak JAIM dan Pihak Berkuasa Tempatan perlulah melaksana rondaan kerap agar tidak berlaku perkara yang kurang sopan. Antaranya perlu menambah lampu limpah di kawasan pantai dan rondaan sekerap mungkin....Selamat berkunjung ke Melaka.

01 August, 2014

Ogos 2014M/Syawal 1435/Zulkaedah 1435H

Salam Syawal 1435H..syukur diketemukan lagi Ramadhan dan Syawal tahun ini. Semoga dipanjangkan usia, dikurniai kesihatan, dimurahkan rezeki, diberkati kehidupan, bahagia di sisi keluarga tersayang.

Berikut antara aktiviti menarik bulan Ogos 2014 :

TRAIL : Sambutan Bandar Warisan Dunia Melaka : 01 Ogos - 31 Ogos 2014 : Bandar Hilir, Melaka : Sambutan ulang tahun Melaka diisytiharkan sebagai Bandar Raya Warisan Dunia oleh UNESCO pada 7 Julai 2008. Untuk maklumat lanjut sila layari http://www.mbmb.gov.my/

Malaysia Rally FIA Pacific Rally Championship : 15 Ogos - 17 Ogos 2014 : Angsana JB dan Kota Tinggi, Johor : Himpunan beberapa pemandu ternama dunia. Diangkat sebagai suatu acara rali dunia yang berprestij.

Port Dickson International Triathlon : 16 Ogos - 17 Ogos 2014 : Port Dickson, Negeri Sembilan :
Saksikan aksi atlet bersaing dalam ujian ketahanan dan stamina. Cabarannya termasuk acara renang, berbasikal dan berlari. Layari web http://www.triathlonmalaysia.com

CIMB Malaysian Squash Open 2014 : 18 Ogos - 23 Ogos 2014 : Pusat Squash Nasional, Bukit Jalil : Salah satu acara sukan skuasy antarabangsa utama yang melibatkan pemain profesional. 

Royal Pahang International Billfish Challenge : 21 Ogos - 24 Ogos 2014 : Rompin, Pahang : Acara pertandingan memancing peringkat antarabangsa ini diadakan pada setiap tahun di Rompin, Pahang. Menariknya kaedah 'catch and release' diamalkan dalam pertandingan ini.

Kenyir Motocross Challenge : 23 Ogos - 24 Ogos 2014 : Tasik Kenyir Terengganu : Menjadi acara sukan ekstrem yang kini semakin digemari.

Akhirkata : Selamat Menempuh Bulan Ogos/Syawal/ Zulkaedah...semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati oleh Allah swt.