31 August, 2015

Selamat Hari Kemerdekaan Ke-58 : MALAYSIA


MALAYSIA

#sehatisejiwa








Perarakan Piala FAM 2015 : Melaka United

Selamat Hari Kemerdekaan ke-58 : Cintailah kedamaian, kestabilan, kemakmuran. Semoga Tanahairku : MALAYSIA sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.


30 August, 2015

Melaka United : Juara Liga FAM 2015



Kisah bolasepak Melaka pernah aku tulis pada tahun 2011 : tentang pasukan Melaka yang akan bertanding dalam liga ke tiga FAM iaitu Liga FAM bersama kelab-kelab bolasepak di negara ini. Walhal pasukan negeri lain bertanding dalam Liga Perdana dan Liga Super.

Akhirnya penantian para peminat bola Negeri Melaka terlerai pada 29 Ogos 2015 di mana Melaka United (nama penjenamaan baru bola sepak negeri) telah muncul sebagai Johan Liga FAM 2015...penantian selama 32 tahun tanpa sebarang Piala terlerai..memang mendebarkan perlawanan yang penuh dramatik apatah lagi Stadium Hang Jebat dipenuhi penyokong yang setia hingga ke penghujung perlawanan.

Melaka beraksi dalam Liga FAM selama 5 tahun dan tahun hadapan 2016 : Melaka United bakal beraksi di kancah Liga Perdana dengan tambahan pemain impot maka bajet pengurusan akan turut bertambah : Diharap 2016 : Liga Perdana. 2017 : Liga Super...maka bertambah meriahlah suasana bolasepak Melaka seperti kegemilangan di tahun 1983.


Peminat Cilik : Qwan dan Aqil
Ultras Melaka / Bas London

Penuh penyokong Melaka

Akhirnya :  MU The Champions FAM League Cup 2015
Seronoknya penyokong MU
Penyampaian hadiah : Juara Liga FAM 2015

Berita Harian Ahad : 30 Ogos 2015

Masih banyak kelemahan yang perlu ditambah baik buat pasukan MU untuk beraksi di Liga Perdana 2016. Semoga bajet/dana yang bertambah dapat membuatkan pihak pengurusan MUSA memilih pemain berkualiti terutama pemain impot dan tempatan untuk memantapkan saingan di Liga Perdana.

# gegau Melaka gegau

06 August, 2015

Diari Santai Ogos 2015

Salam 21 Syawal 1436H..

Berikut Diari Santai untuk Bulan Ogos 2015 :

Georgetown Festival : 1 - 31 Ogos 2015 : Georgetown Pulau Pinang : Info lanjut sila layari www.george-townfestival.com

Rainforest World Music Festival 2015 : 7 - 9 Ogos 2015 : Sarawak Cultural Village, Damai, Sarawak : Memasuki tahun ke 18 SRWM Festival mengumpulkan pemuzik terkenal dunia dan pemuzik tempatan dari kawasan Borneo. Info lanjut sila layari : http://rwmf.net/

Sabah International Folklore Festival : 8 - 16 Ogos 2015 : JKKN Kota Kinabalu, Sabah : Mempromosi pelancongan budaya melalui lagu rakyat dan tarian.

Malaysia International Mask Festival : 14 - 16 Ogos 2015 : Esplanade KLCC Park KL : Pertama kali Malaysia menjadi tuan rumah pesta topeng yang akan mengetengahkan seni persembahan unik menggunakan topeng sebagai prop. Mendedahkan pelbagai topeng tradisional dari seluruh dunia. Website : http://www.jkkn.gov.my

Start In Tioman ( S.i.T) : 20 - 23 Ogos 2015 : Kg Genting, Pulau Tioman : Program selam skuba yang berbeza dengan menawarkan peluang kepada penyelam mahir dan separa mahir bukan sahaja menikmati keindahan dasar laut Tioman tetapi juga membantu memulihara terumbu karang serta membersihkan pantai. Info lanjut : www.motac.gov.my

Hari Kemerdekaan Malaysia : 31 Ogos 2015 : Salam Bulan Kemerdekaan buat semua.

Kredit : Sisipan Santai Harian Metro.

Selamat berlibur semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT


03 August, 2015

Sekitar Jamuan Raya Aidilfitri 1436H : Jln SM 3


1 Ogos 2015

Penghuni Jln SM 3 bersepakat mengadakan jamuan raya Aidilfitri : konsep potluck  : masing-masing membawa juadah untuk santapan bersama. Majlis cukup ringkas dimulakan dengan bacaan selawat diikuti dengan ucapan wakil tiap keluarga dan diakhiri dengan bacaan doa bagi menikmati hidangan yang dibawa. Semoga bertambah ikatan ukhwah antara kami penghuni Jln SM 3..insyaallah.

Lokasi : Hadapan rumah Pengerusi Jln SM 3 : En Zainal Dol.




Antara penghuni Jln SM 3 yang sempat hadir

Alhamdulillah majlis berjalan lancar dengan keadaan cuaca yang baik. Semoga penghuni Jln SM 3 akan diberkati dan dirahmati Allah SWT..

01 August, 2015

Ini Rumah Kita Ini Koleksi Kita : LIBUR


Koleksi majalah LIBUR telah terkumpul sejak tahun 2010, semenjak mula menceburi Kursus Pelancongan di PERHEBAT.

Sememangnya satu hadiah sebelum bersara : Dari pihak ATM buat kami untuk melancong sambil belajar ke Bukit Nenas, Bukit Fraser, Pulau Kapas, Pulau Langkawi dan istimewanya meneroka Taman Negara Pahang.

Tanpa sedar pembelian majalah Libur dapat menambah input tentang tarikan-tarikan pelancongan domestik dan luar negara.

Setelah bersara, bersama keluarga melancong 'Dekat-dekat Je'..

Nostalgia Majalah Libur : Koleksi terkumpul sejak 2010 hingga Julai 2015.

Nota Editor Julai 2015 : Meor Khairi

Libur Julai 2015 merupakan edisi terakhir berbentuk cetakan. Selepas ini, LIBUR akan muncul dalam platform online pula...selamat meneroka di alam maya libur.karangkraf.com
Koleksi LIBUR 2010
Koleksi LIBUR 2011
Koleksi LIBUR 2012
Koleksi LIBUR 2013
Koleksi LIBUR 2014
Koleksi LIBUR 2015

Koleksi LIBUR 2010 - 2015

Selepas berakhirnya edisi cetakan majalah LIBUR, maka informasi tentang pelancongan kini terarah pula ke koleksi sisipan akhbar harian seperti Berita Harian keluaran Ahad  (Kembara), Harian Metro hari Khamis (Santai) dan akhbar Kosmo hari Khamis (Horizon). 

Sisipan info pelancongan

Melancong bersama keluarga pastinya akan menambah ikatan kekeluargaan, menambah aura kasihsayang, menghilang stress...nostalgia tersebut pasti menjadi ingatan manis buat semua..

Apa pun semoga Team Editor LIBUR akan terus bersemangat untuk terus berkarya, memberi informasi berguna di platform maya...koleksi LIBUR dalam nostalgia

Salam 15 Syawal 1436H, semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT.

Selamat meneruskan minat dengan pengumpulan pelbagai koleksi.