10 January, 2019

Melaka United : Pra Musim : Menang lagi #MUNWFC

Semalam bersama isteri menjengah lagi Estadio of Hang Jebat untuk menyaksikan perlawanan pra musim ke 3 antara Melaka United (MU) vs WarriorsFC Kelab dari Liga Singapura.

Memang nampak kelainan dengan corak serangan, penguasaan bola para pemain MU, harap akan lebih mantap dan punya keserasian. Striker impot yang diuji : Casagrande (No.4) menampakkan sinar yang diharapkan untuk penyudah yang ampuh dan jentera serangan yang berkesan. Skill,fizikal tinggi lampai diharapkan akan dapat menggantikan tempat Zubovich.

Penguasaan permainan di separuh masa pertama dengan SR8 dibahagian tengah, keserasian pertahanan antara Shukor Adan, Jang Suk Won, Khuzaimie dibek kiri serta jentera serangan dihadapan diketuai impot baru Casagrande diharap akan menjadikan MU sebagai salah satu pasukan yang digeruni dalam Liga M.

Kredit untuk sepakan sudut dengan kelebihan untuk menanduk masuk, banyak pilihan antara Casagrande, Jang Suk Won, Shukor Adan dan Duka Markovic.

Manakala bagi sepakan percuma banyak pilihan antara Safiq Rahim, Nazrin Nawi, Khuzaimie serta Luka Milunovic. 

Estadio Of Hang Jebat
Pra Musim : RM5

Kredit : FB MUSA

Kredit : FB MUSA

1st Half

Kemenangan  5-1 semalam pastinya akan menimbulkan keterujaan buat peminat bola sepak MU yang pasti akan memenuhkan Stadium Hang Jebat jika prestasi terus meyakinkan dan memberangsangkan.


Kredit : FB MUSA

Selepas ini pasukan MU akan meneruskan sesi perlawanan pra musim ke Vietnam. Perlawanan yang diharapkan akan dapat meningkatkan lagi prestasi para pemain. Mungkin juga dalam pencarian slot pemain impot ASEAN. Semoga lebih serasi, mantap dan pulang tanpa ada sebarang kecederaan serius.


2019

Gegau Melaka United Gegau 





No comments:

Post a Comment