30 January, 2019

Hari Tandas Sedunia


Johan Tandas Terbaik  Peringkat
Kebangsaan Kategori
Sekolah Rendah

Kalaulah tidak melihat iklan dalam akhbar digital Utusan Malaysia, pasti sampai saat ini tidak tahu maklumat tentang adanya Hari Tandas Sedunia yang telah diikhtiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 2012. Tarikh 19 November setiap tahun merupakan Hari Tandas Sedunia.

Ke arah membudayakan mentaliti sikap cintakan budaya bersih, sikap bertanggungjawab, cintakan kemudahan awam menjadikan Hari Tandas diikhtiraf di peringkat nasional dan dunia. Misinya adalah untuk memupuk kesedaran menjaga kebersihan tandas awam yang digunakan bersama. 

Melaka Bandaraya Bersejarah telah melaksanakan pelbagai slogan : Don't Mess With Melaka. Slogan Melaka Pintar, Hijau, Bersih untuk membudayakan sikap dan jati diri penduduk setempat.

Perbadanan Stadium Melaka juga turut melaksanakan langkah pro aktif di Stadium Hang Jebat dengan menyediakan beg sampah serta penguatkuasaan larangan memakan kuaci. Kebersihan dalam tandas di Stadium Hang Jebat turut diutamakan cuma sebagai pengguna, kita harus menanamkan dalam diri sikap bertanggungjawab tersebut.





Kalau masa berkursus dahulu, kepala paip tembaga pun berkilat apatah lagi peralatan dalam tandas dan lantainya...semuanya jadi kenangan.

Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.


No comments:

Post a Comment