Kredit Ucop Rawang : View jam 0700 pagi 11/1/19 |
Berikut beberapa fenomena astronomi yang menarik sepanjang tahun ini untuk penggemar alam cakerawala.
Dipetik dari keratan akhbar Utusan Malaysia 8 Jan 2019 :
Gerhana Bulan Penuh : 21 Jan 2019
Bayang Bumi akan menutupi keseluruhan bulan selama sejam dua minit. Fenomena tersebut boleh dilihat dari bahagian barat Eropah, Afrika serta Amerika Utara dan Amerika Selatan. Berlaku serentak dengan fenomena bulan mengambang atau "supermoon" yang dijangka berlaku tiga kali tahun ini.
Supermoon : 21 Jan, 19 Feb dan 21 Mac 2019
Berlaku ketika bulan penuh dan berada pada jarak yang dekat dengan Bumi dalam orbitnya.
Marikh dan Uranus Selari : 13 Feb 2019
Planet ini kelihatan sangat dekat antara satu sama lain di langit pada waktu malam yang dikenali sebagai 'appulse'. Kedua-dua planet berkongsi kedudukan sama.
Transit Planet Utarid : 11 Nov 2019
Selama lima jam 29 minit, Planet Utarid boleh dilihat melintasi matahari.
Hujan Meteor Geminid : 12 hingga 16 Disember 2019
Fenomena hujan meteor Geminid ini menghasilkan kira-kira 100 meteor sejam.
Utusan Malaysia : 8 Jan 2019 |
Indahnya alam ciptaan Allah SWT. Semoga kehidupan kita semua sentiasa dilimpahi rahmat
Allah SWT.
No comments:
Post a Comment