01 September, 2013

September 2013M/Syawal/Zulkaedah 1434H

31 Ogos 2013 : Mengharungi hari semalam di Kandang,Melaka. Meraikan majlis kesyukuran anak buah Mohamad Aqil Naseef, kenduri aqiqah, menduduki rumah baru dan MerdekaRaya : tahniah buat En.Azmi dan Puan Niza atas nikmat rezeki melimpah ruah. Mempereratkan lagi tali silaturahim bila berkumpul beramai-ramai sanak saudara. Bergotong royong asas perpaduan....

Semalam juga Merdeka 56 tahun : Malaysiaku Berdaulat Tanah Tumpahnya Darahku : Penghargaan khusus buat perwira-perwira negara. Perlu kita sedar untuk menghargai keamanan yang kita kecapi selama ini. Ya Allah kukuhkanlah perpaduan umat Islam di bumi Malaysia ini agar agama, bangsa dan negara terus terpelihara.

Hari ini 1 September 2013 : Tahniah buat Nur Shahirah Abd Rahim yang berjaya untuk meneruskan cita-cita ke menara gading : UTHM Batu Pahat, Johor. Semoga dirahmati dan berjaya menggapai cita-cita yang diimpikan. Mendaftar diri hari ini, selamat bergelar Siswi di kampus UTHM. 

Hujan rahmat turun mencurah di daerah Merlimau.....alhamdulillah.

Berikut antara aktiviti menarik Bulan September 2013 :

Prima Akustika Edisi Ke 5 : 7 September 2013 : Kota Kinabalu, Sabah : Malaysia diwarnai oleh pelbagai muzik yang mempunyai keunikan tersendiri terutama muzik yang ada di Sabah khususnya. Untuk maklumat lanjut sila layari www.sabah.gov.my

Royal Pahang Billfish International Challenge : 13 Sept - 15 Sept 2013 : Pantai Lanjut, Rompin, Pahang : Cabaran untuk para kaki pancing dari seluruh dunia. 

Asia Harley Days : 14 Sept - 21 Sept 2013 : KLCC Esplanade,KL : Tahun 2013 merupakan ulang tahun yang ke 110 buat Harley Davidson. Jangan terlepas peluang untuk menyaksikan pertunjukan hebat seperti custom bike, live band, konvoi serta pameran motosikal. Sila layari www.asiaharleydays.com

Hari Malaysia 2013 : 16 September 2013 : Seluruh Malaysia : Untuk memperingati penubuhan Malaysia di tarikh yang bersejarah ini pada tahun 1963. Sambutan gilang gemilang di seluruh Malaysia.

Kokol International Paragliding Race : 16 Sept - 18 Sept 2013 : Kg Kokol, Kota Kinabalu, Sabah : Meluncur di langit, rasakan bumi di bawah anda dan akhirnya menyambar seperti helang di Kokol. Saksikan pasukan paragliders dari seluruh dunia. Sila layari www.sabahtourism.com

1 Malaysia Lantern Tourism Festival : 19 Sept 2013 : Central Market, KL : Pesta Tanglung yang juga dikenali sebagai Mid-Autumn atau Festival Kuih Bulan secara tradisinya dirai bagi menandakan berakhirnya musim menuai. 

Malaysia Open 2013 : 21 Sept - 29 Sept 2013 : Stadium Putra,Bukit Jalil : Demam tenis bermula lagi. The ATP World Tours Asian di Asia Tenggara bermula di Terbuka Malaysia, Kuala Lumpur. Untuk info lanjut layari www.malaysiaopentennis.com

Labuan Arts Festival 2013 : 27 Sept - 29 Sept 2013 : Labuan International Seasports Complex : Festival Seni Labuan 2013 kini kembali dengan gabungan seni dan muzik sebagai tarikan utama acara itu. Memperkenalkan budaya tempatan yang unik terutama dari beberapa etnik di Borneo termasuk Labuan, Sabah dan Sarawak.

Gunung Jerai Mountain Bike Challenge 2013 : 28 Sept - 29 Sept 2013 : Gunung Jerai, Kedah : Perlumbaan Mountain Bike yang penuh aksi di Gunung Jerai, Kedah. Laluan sepanjang 48km terdiri dari pelbagai laluan mencabar.

Akhir kata selamat menempuh Bulan September/Syawal/Zulkaedah...semoga kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah swt. Ya Allah kukuhkanlah perpaduan / ukhwah umat Islam di bumi Malaysia ini.....