23 March, 2015

Agro Tourism 2015 : UK Farm Agro Resort, Kluang Johor

Cuti sekolah penggal pertama yang lepas di isi dengan jenjalan pelancongan pertanian. Beza memang berbeza. Bermalam di 7dayexprees Hotel Air Hitam : dalam perjalanan ke rumah sepupu yang menerima menantu di Bandar Seri Alam, Pasir Gudang pada hari Sabtu jadi hari Jumaat  menjengah satu lagi konsep pelancongan iaitu Agro Tourism.

Kronologi bergambar :

Nostalgia Agro Tourism 1993 : New Zealand
Ladang Kambing Biri-biri
Sisipan Kembara BH 28 Dis 2014



Brosur UK Farm : Dewasa RM 55 Kanak-kanak RM45 makin
naik harga ma
Hampir 7 km lagi meredah jalan berbatu berdebu
Sempena nama Bos : Goh Un Keng bukan United Kingdom


Monumen di UK Farm
Mini Bus Farm Tour
Lawatan berpandu ke kawasan proses makanan kambing

Perbarisan berjalan lalu ke Padang ragut

Kawasan padang ragut

Aktiviti di kandang kambing





Proses mengepam susu segar

Proses sebelum susu kambing dibotolkan
bagi menjamin kualiti susu
Jom rasa susu kambing
Produk hasil susu kambing : inovatif


Model Lavender
Ayam Belanda Putih hibrid

Burung Unta Afrika Selatan
Perkampungan Orang Asli Jakun

Cekendeng : Rumah atas pokok


redup di bawah teduhan pepohon markisa
Buah Markisa : diproses menjadi jus 
Lawatan ladang cendawan









Rumah atas pokok





Hampir 3 jam menjelajah pusat penternakan moden ini, teringat ketika di New Zealand tahun 1993 konsep pelancongan pertanian ini telah mula dipelopori secara serius, teringat gembala di sana melakukan kerja-kerja mengetam bulu kambing biri-biri dengan pantas. Apa pun tindakan bijak pengusaha ladang untuk membenarkan pelawat berkunjung ke sini telah mempelbagaikan lagi daya tarikan pelancongan di negeri Johor. Bahkan pelancong dari negara jiran Singapura antara pengunjung teramai berkunjung ke kawasan ladang ini. 

Cuma bagi keluarga yang berkenderaan biasa akan merasa kurang selesa dengan jalan masuk yang berbatu, berdebu hampir 7 km ke kawasan ladang. Pihak pengurusan UK Farm perlu memikirkan kaedah terbaik, mungkin dengan pengunjung memarkir di luar dan menyediakan bas transit untuk membawa masuk pelawat ke kawasan ladang. 

Lainlah kalau berpacuan empat roda, memang cantik memandu jalan begitu. Namun kereta pasti berdebu terpaksalah pula mencari tempat cuci kereta...hmmm

Apa pun selamat berlibur, semoga kehidupan kita semua diberkati dan dilindungi Allah SWT

13 March, 2015

Koleksi Menarik 7E : BoboiBoy 3D Puzzle Figurine dan Edisi 2015 Tumbler Slurpee

Bulan ini Kedai Serbaneka 7Eleven menawarkan koleksi menarik buat pengumpul koleksi tumbler atau jenama BoboiBoy. Maka bertambahlah satu lagi koleksi tumbler Slurpee dalam simpanan. Anda boleh memperolehinya dengan harga istimewa RM 10.90 dengan membeli Slurpee saiz besar berharga RM 2.70. Jika tidak harga tumbler tersebut RM19.90. Ada pelbagai tema untuk tumbler ni, tak silap ada 5 tema, buat permulaan tertarik dengan tema Summer ada misai lagi...

Dan satu lagi : FREE BoboiBoy 3D Puzzle Figurine with 20 stickers.Collect all 9 Figurine today !
Dulu figurine BoboiBoy ada terjual di stesen Petronas dengan saiz yang lebih besar. Sekarang saiz lebih kecil, koleksi tersebut boleh di perolehi secara percuma di 7E tapi tertakluk terma dan syarat...kumpul 20 stiker...hahaha..

Edisi Slurpee 2015











Selamat meneruskan hobi dan menambah koleksi, semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.

01 March, 2015

Mac 2015M/Jamadilawal/Jamadilakhir 1436H

Telah masuk kita ke suku Tahun 2015M, pantas masa berlalu. 

Azam berazam silih berganti. Semalam tersingkirnya pasukan Melaka United dalam kancah Piala FA. Tungguler lagi nampaknya fan MUSA untuk melihat Melaka United melangkah jauh dalam saingan bolasepak Malaysia. Harap tahun ini Melaka United akan dapat menerobos ke Liga Perdana 2016 dengan merangkul Juara Liga FAM atau terus menghuni Liga FAM buat kali ke enam musim berturut-turut. Sabar je la...hahaha..sampai bilaaa beginiii..

Berikut antara aktiviti menarik Bulan Mac 2015 :

Hari Tentera Darat ATM : 01 Mac : Selamat Menyambut Hari Tentera Darat ke 82. Tentera Darat : Teguh Siaga Gah Perkasa. 1933 - 2015.

Mah Meri Anchestors Day Festival : 5 Mac : Mah Meri Cultural Village, Pulau Carey, Selangor : Banyak ritual menarik dan ukiran topeng yang pasti menarik perhatian pengunjung. Keunikan dan kebudayaan warga Mah Meri.

International Drum Festival : 14 Mac - 15 Mac 2015 : Padang Stadium Sultan Muhamad IV Kota Bharu, Kelantan : Festival Gendang Tradisional Antarabangsa yang diadakan di Kota Bharu bakal mempamerkan variasi gendang yang digabungkan dari pelbagai etnik dan budaya seluruh dunia.

LIMA '15 Tourism Carnival : 17 Mac - 21 Mac 2015 : Pulau Langkawi, Kedah : Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan jentera dan peralatan canggih yang digunakan pasukan pertahanan udara negara, awam dan komersial.

Formula One Festival : 27 Mac - 29 Mac 2015 : KLCC Kuala Lumpur : Anjuran pihak DBKL, pelbagai aktiviti menarik untuk para pengunjung di KL.

Formula One Petronas Malaysia Grand Prix 2015 : 27 Mac - 29 Mac 2015 : Sepang International Circuit, Selangor : Persembahan adrenalin yang penuh mendebarkan di sebuah litar yang terkemuka di dunia. Dengan cuaca ekstrem dan panas, menguji pemandu-pemandu bertaraf dunia ke tahap yang paling maksima.

*kredit untuk Majalah Libur.

Selamat menempuh Bulan Mac/Jamadilawal/Jamadilakhir 1436H..semoga kehidupan kita semua diberkati dan dirahmati Allah SWT.