09 June, 2013

Jenjalan PD : Bandar Tentera Darat : Jun 2013

Salam Rejab 1434H..semalam 8 Jun 2013, sempat menghadiri 3 undangan majlis perkahwinan, nikmat rezeki melimpah ruah, pelbagai menu disediakan. Alhamdulillah..setelah 2 hari bermalam di Rumah Rehat Kerajaan Negeri Sembilan di Port Dickson, bercuti bersama keluarga tercinta, rehat minda di Pantai Tanjung Biru, lokasi pilihan jika ke PD. Kali terakhir ke sana bulan Mac 2012. Merentasi tempat kerja lama : nostalgia. Kawasan berhampiran pesat di bina resort atas air The Hibiscus. Satu lagi projek mega di Port Dickson. Kesempatan beriadah : bermalam di Rmh Rehat N9 yang telah ditambah baik kemudahan hawa dingin baru, tv baru tapi masih tidak dibenarkan memasak jadi pandai-pandailah : sesiapa yang hendak ke sana beli  'portable gas stove' namun rice cooker, pinggan mangkuk dan cerek elektrik masih disediakan. Harga masih RM40 pernite.

Bersama keluarga meninjau Bandar Tentera Darat : menikmati pemandangan di 'Blue Lagoon', Karnival di Teluk Kemang, menyelusuri sejarah Tentera Darat di Muzium TD, bersantai di PD Waterfront dan sempat menonton Pertunjukan Tattoo ATM 2013 di Padang Kawad PUSASDA yang bermula dari 7 - 9 Jun 2013. Dapatlah juga anak-anak buat sekian kalinya menonton pertunjukan Pancaragam dari ATM, PDRM, Thai Army, Brunei Army dengan pelbagai lagu serta formasi ketika persembahan, begitu juga anak-anak turut teruja aksi berani pertunjukan motosikal Army Red Warriors serta kawad senyap TLDM...menarik lagu bara-bara bere bere...hahaha

Berikut antara gambar Jenjalan Pee Dee Jun 2013 : Selamat berlibur ..
Port Dickson : Bandar Tentera Darat

Pantai-pantai di Port Dickson

Lokasi pilihan di Pee Dee

View Tg Biru dan Hutan Simpan Tg Tuan

Projek mega dkt Rmh Rehat : The Hibiscus

hahahaha

Muzium TD : Plt 2 Komp A...nostalgia

Banner Tattoo ATM

Lokasi baru di Pee Dee

Pertunjukan Tattoo ATM 2013





































01 June, 2013

Jun 2013/ Rejab/ Syaaban 1434H

Assalamualaikum w.b.t. Diam tak diam dah menjengah kita ke pertengahan tahun 2013. Bulan Jun 2013/ Rejab / Syaaban 1434H  bakal ditempuh, musim cuti persekolahan, musim berlibur, musim perkahwinan, musim berkhatan dan pelbagai musim lagi menjadi 1001 rencah kehidupan. 1 Jun 2013 sahaja ada 6 kad undangan majlis perkahwinan, hmmm...indahnya Malaysia, rezeki melimpah ruah, pelbagai juadah.tersedia, minggu lepas ayam golek..minggu ini nak pekena masakan air tangan Chef Terengganu yang didatangkan khas ke Melaka...apapun rasa syukur atas nikmat keamanan, kemakmuran..semoga Allah sentiasa merahmati bumi tercinta Malaysia..melihat pelbagai juadah yang dihidangkan, menikmati hidangan tersedia : asam pedas, ayam golek, masak lemak ikan masin, nasi beryani, nasi hujan panas, nasi putih, nasi minyak, air cincau, air lemon tea, cendol...dan pelbagai lagi...teringat dan muhasabah sebentar : bagaimana umat Islam di bumi Palestin, Syria, Mesir mengharungi tiap hari-hari mendatang..penuh kacau bilau, dendam kesumat..moga keamanan akan bersinar di sana..insyaallah

Ya Allah kukuhkan lah perpaduan umat Islam di bumi Malaysia ini......agar agama, bangsa dan negara terus terpelihara...

Berikut antara aktiviti menarik Bulan Jun 2013 :

Hari Keputeraan SPBYDP Agong : 1 Jun 2013 : Seluruh Negara : Disambut sebagai cuti umum seluruh negara pada setiap hari Sabtu pertama pada bulan Jun. 

Festival Gawai Dayak : 1 Jun - 2 Jun 2013 : Seluruh Sarawak : Perayaan musim menuai yang diraikan oleh masyarakat peribumi di Borneo diserikan dengan pelbagai adat dan istiadat yang menarik. Saksikan keunikan budaya tradisi kaum Iban dan Bidayuh.

Fiesta Sungai Melaka : 1 Jun - 30 Jun 2013 : Dataran Sungai Melaka dan Taman Berempah Melaka : Diilhamkan dari San Antonio River Festival di Amerika Syarikat. Pesta Sungai Melaka bertujuan mempromosikan Melaka sebagai destinasi pelancongan dunia. Dengan lebih 100 acara yang disediakan seperti perahu naga dan pesta sukan air.

Penang International Dragon Boat Festival : 8 Jun - 9 Jun 2013 : Teluk Bahang, Pulau Pinang : Jangan lepaskan peluang menyaksikan perlumbaan bot naga. Untuk maklumat lanjut anda boleh layari www.visitpenang.gov.my

KK Jazz Festival 2013 : 14 Jun - 15 Jun 2013 : Kota Kinabalu, Sabah : KKJF adalah persembahan jazz dianjurkan bersama oleh Kelab Rotary Kota Kinabalu dan Persatuan Seni Persembahan Kota Kinabalu Sabah bagi meningkatkan kutipan dana. Diadakan di Alam Indah Resort City, Kota Kinabalu, Sabah. Sila layari http://kkjazzfest.com

Sabah Dragon Boat Race : 15 Jun - 16 Jun 2013 : Likas Bay, Kota Kinabalu, Sabah : Acara perlumbaan yang hebat ini telah menarik minat banyak pasukan dari pelbagai negara seperti Australia, Hong Kong, Singapura dan Brunei.. Sila layari www.sabahdragonboat.my

Floria Putrajaya 2013 : 22 Jun - 30 Jun 2013 : Waterfront Presint 2, Putrajaya : Acara tahunan ikonik bandar Putrajaya mencatatkan kehadiran satu juta pelawat pada tahun lepas. Tahun ini, bunga orkid kembali lagi untuk Floria 2013 dengan tema Orchid - Tropical Treasure. Sila layari www.ppj.gov.my/putrajayafloria

Rainforest World Music Festival 2013 : 28 Jun - 30 Jun 2013 : Taman Negara Bako, Sarawak : Bertempat di Kampung Budaya Sarawak, pemuzik dari seluruh dunia berkumpul sambil mengalunkan melodi  yang bergabung dengan alam semula jadi yang bakal menyatukan latar muzik, etnik dan budaya yang berbeza. Jangan lupa saksikan festival bertaraf dunia ini.

Fraser's Hill International Bird Race 2013 : 29 Jun - 30 Jun 2013 : Fraser's Hill, Raub, Pahang : Salah satu destinasi 'bird watch' terbaik dunia yang menjadi rumah kepada kira-kira 247 spesis burung. Pertandingan ini memberi peluang kepada pencinta burung untuk melihat sendiri dan mengkaji habitat burung asal dan juga burung-burung yang berhijrah dari bahagian utara Siberia dan pulau-pulau di sebelah utara Jepun. Untuk maklumat lanjut sila layari www.pkbf.org.my

1 MALAYSIA Mega Sale Carnival : 29 Jun - 1 September 2013 : Seluruh Malaysia : Musim membeli belah kembali lagi. Nikmati pelbagai promosi dan diskaun menarik untuk barangan berjenama yang anda idamkan.

Akhirkata selamat menempuh Bulan Jun 2013/Rejab/Syaaban 1434H ...semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat dari Allah s.w.t