02 January, 2019

Doa Buat Anak-anakku : 2 Jan 2019


Minggu persekolahan bermula hari ini, pastinya kisah-kisah pendidikan akan mengisi ruang penceritaan kehidupan. Anak-anak yang akan memulakan persekolahan Tahun Satu dan yang melangkah ke alam sekolah menengah, pasti punya cerita berbeza yang akan kekal dalam memori masing-masing.

Jam 0640 pagi sudah bergerak menghantar Nisa untuk memulakan sesi persekolahan Tingkatan 3, selepas itu jam 0710 pagi pula giliran Ikhwan untuk Tahun 5, bererti tahun 2019 : Nisa menghadapi Pentaksiran Tingkatan 3 manakala Ikhwan menghadapi Ujian Penilaian Kelas KAFA (UPKK).

Tahniah untuk Ikhwan kerana berjaya menempatkan diri dalam Kelas Arif di SRA JAIM..semoga beroleh keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPKK hujung tahun ini.

Doa juga buat Kak Long yang akan menempuh Semester 6 di UNIMAP (Tahun Akhir) dan Kak Ngah yang menempuh Semester 3 di PMM.





Semoga kesemuanya dipermudahkan urusan untuk menerima ilmu pengetahuan dan beroleh kecemerlangan serta berjaya dunia dan akhirat. Aamiin.




No comments:

Post a Comment