19 April, 2021

Koleksi Gelas Sunquick ~2021

 2021 ~ Sunquick pengeluar kordial Oren dan pelbagai perisa lain meneruskan pemberian Gelas Sunquick untuk peminat koleksi Gelas tersebut. Seperti tahun-tahun sebelumnya, bentuk, saiz dan corak gelas kaca berwarna putih.


Buat pengumpul koleksi gelas Sunquick, akan terus teruja memulakan siri koleksi Gelas Sunquick Tahun 2020,2021 dan seterusnya ..

Semoga Kehidupan kita akan sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat dan dalam rahmat Allah SWT.

Aamiin.


05 April, 2021

5 April 2021~Sesi Persekolahan Menengah

 

5 April ~ Nisa dan Ikhwan memulakan sesi persekolahan 2021 setelah hampir 4 bulan tertangguh akibat pandemik COVID 19. Selepas menghantar mereka, bersama isteri ronda ke Jasin menikmati lontong warung pintu gerbang kg Ayer merbau. Kemudian jam 10 pagi bersarapan lagi di kedai kueh Melaka dan membungkus Nasi Kukus Ayam Berempah. Singgah di gerai pondok merah menikmati air soya campur air cincau. Petang hujan lebat turun di Daerah ini. Alhamdulillah.





Semoga Kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Aamiin..