2021 bakal meningggalkan kita semua. Pahit Manis 2021 pasti terkesan dalam menempuh Tahun 2022.
31 December, 2021
31 Dis 2021~Tinggal Kenangan
21 November, 2021
20 Nov 21~ #Melaka Memilih
20 Nov 21 : Rakyat Melaka mengundi. PRN Melaka diadakan setelah pentadbiran lama tidak mendapat sokongan majoriti ADUN. Maka semalam Sejarah tercipta apabila Rakyat Melaka terpaksa rela untuk mengundi tidak seperti kebiasaan, bila memilih YB untuk DUN Melaka sahaja dan tidak untuk Dewan Rakyat peringkat persekutuan . Dan beginilah keputusannya.
Masa untuk YB yang menang berkhidmat untuk Rakyat.
Semoga Melaka terus gemilang dengan jentera pentadbiran BN yang memperolehi mandat besar untuk mentadbir sesuai dengan moto ~
Kestabilan Demi Kemakmuran.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin.
11 November, 2021
10.11.21~ Happy Anniversary : Alhamdulillah Ke 26 Tahun
Semalam 10 Nov~genap 26 Tahun Hari Ulangtahun Perkahwinan :
Alhamdulillah, semoga kami sekeluarga sentiasa dalam redha dan rahmat Allah SWT....Aamiin.
Jika tahun lepas sempena Jubli Perak, sekeluarga menikmati makan di Green Cafe, BJBestari, tahun ini santai ke Dataran Pahlawan menikmati makan tengahari di Restoran Wang Solo dan sebelah malam ke D'Anjung Ikan Bakar.
Petang merentas ke Muar, membeli keperluan barangan dapur diNSK...Lama benar tidak ke daerah sini, hujan lebat turun petang ini, sesak dengan kenderaan.
Semoga kehidupan kami sekeluarga akan sentiasa diredhai dan dirahmati Allah SWT.
Doa jua semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.Aamiin
03 October, 2021
031033~88 HBD Abah
Alhamdulillah ~ Selamat Hari Lahir Buat Abah ~ Ithinin bin Talif. Semoga sentiasa dalam keredhaan dan dipayungi rahmat Allah SWT. Dikurniakan kesihatan yang baik dan dilanjutkan usia yang berkat. Semoga kesembuhan, kekuatan buat Abah. Inshaa Allah.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin.
01 October, 2021
01102021~Melaka Ke Fasa 3
Hari ini 1 Oktober 2021~ bersolat Jumaat di Masjid Sementara Bukit Serkam. Tajuk khutbah : 'Beriman kepada Takdir Allah' Syukur alhamdulillah dapat menunaikan Solat Jumaat mengikut kapasiti yang dibenarkan. Cuaca panas namun menjelang 6 petang hujan lebat mulai turun. Jam 2 petang ke Mydin Jasin membeli keperluan barangan dapur. SOP terus dipatuhi, menikmati menu Mandi Lamb Nasi Arab (RM16), alhamdulillah berkongsi hidangan bersama isteri.
19 September, 2021
192021 ~ 19092021
Alhamdulillah ~ hujan lebat awal pagi dan sekitar jam 2.30ptg, dingin suasana setelah dua tiga hari lepas cuaca panas bahang terasa.
Ke TMS~ bersihkan kawasan, menanam pokok limau kasturi, aktiviti sihat menyihatkan badan.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat dan sentiasa dalam keredhaan Allah SWT.
Aamin
04 September, 2021
4 September 2021~Dua emas Paralimpik Tokyo 2020
Melaka ke Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara dalam menghadapi wabak Covid-19. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Dua emas pula berjaya untuk Malaysia dalam Sukan Paralimpik Tokyo 2020 melalui sukan badminton lelaki dan acara lompat jauh lelaki.
Tahniah ~ semoga Malaysia terus dalam rahmat Allah SWT Dan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin
03 September, 2021
3 September 2021 ~ Melaka ke Fasa 2 PPN
Alhamdulillah dapat bersolat Jumaat hari ini. S.O.P tetap dilaksanakan. Tajuk khutbah ~ 'Menjauhi amalan khurafat'.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin.
31 August, 2021
27 August, 2021
27 Ogos 21 ~ Perlantikan Jemaah Menteri PM Ke 9
27 Ogos 2021 ~ Jemaah Menteri dibawah pimpinan PM Ke 9 Datuk Seri Ismail Sabri telah dibentuk setelah mendapat perkenan YdPA. Semoga Malaysia terus didalam rahmat Allah SWT - aman makmur sejahtera.
Bersolat Jumaat di Masjid Sementara Bukit Serkam dengan tajuk khutbah ~ 'Erti Sebuah Kemerdekaan' bersempena Kemerdekaan Malaysia ke 64 - 31 Ogos 2021. Masih lagi kebenaran bersolat 100 jemaah. S.O.P terus dipatuhi.
24 August, 2021
24 Ogos 2021 ~ Cuti di Melaka
Alhamdulillah hujan turun mulai awal pagi. Dingin suasana pagi ini.
Melaka bercuti hari ini sempena sambutan Hari Lahir TYT Negeri Melaka.
Ke Pasar Jeti Kuala Sempang membeli stok barang basah - ikan pari, siakap, cencaru dan ayam. Hajat untuk membeli ketam tidak kesampaian, tiada stok hanya sotong sekilo rm40 sahaja sebagai ganti.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin
21 August, 2021
21 Ogos 2021 ~ PM Ke 9
Catatan Sejarah hari ini apabila pelantikan PM Ke 9. Upacara angkat sumpah berlangsung di Istana Negara.
Semoga Malaysia terus dalam landasan kemakmuran, aman sejahtera.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin.
20 August, 2021
20 Ogos 2021 ~ 23k+
Khutbah Jumaat bertajuk ~ Menyingkap Keagungan Negeri Melaka bersempena hari Selasa depan cuti umum Melaka Hari Lahir TYT Melaka. S.O.P terus dilaksanakan dengan jumlah jemaah terhad seramai 100 orang.
Jumlah COVID-19 meningkat melepasi angka 23 ribu lebih.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin
18 August, 2021
Ogos 21 ~ Kes 22k+
Hujan mula turun pukul 4 pagi, dingin hari ini, berhenti sebentar bersambung semula jam 8 pagi. Alhamdulillah..
Kes Covid-19 bertambah hari ini.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat
Aamiin
16 August, 2021
16 Ogos 21~ Macam2 hal
Hari ini tercatat dalam Sejarah Malaysia, PM TSMY letak jawatan setelah penerimaan perkenan YDPA. Macam-macam hal politik Malaysia disaat Pandemik COVID-19 masih melanda.
Bertabahlah rakyat jelata, harap semuanya berjalan lancar dan Malaysia terus berada atas landasan kesejahteraan aman makmur.
Hari ini Melaka mencatat angka 1k+ kes +ve Covid-19. Semoga kita semua dalam rahmat Allah SWT
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin
14 August, 2021
14 Ogos 2021 ~ 2nd dose@Alamanda
Syukur alhamdulillah dipermudahkan urusan untuk menerima suntikan vaksin Pfizer ke dua hari ini. Bersama Anakanda Khairina yang terima suntikan pertama vaksin Sinovac. Segala urusan dipermudahkan, teratur, berjalan lancar. Terima kasih pada semua staf yang terlibat di PPV Dewan Alamanda, Jasin, Melaka.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
13 August, 2021
13 Ogos 2021 ~ Redha Allah Yang Diharapkan
Bersolat Jumaat di Masjid Sementara Bukit Serkam. S.O.P seperti biasa, had jemaah 100 orang, siapa dahulu dia dapat tempat. Tajuk khutbah ~ 'Redha Allah Yang Diharapkan'. Cuaca panas hari ini, usai Solat ..ambil sumbangan Mee Goreng, semoga dikurniakan pahala kepada penyumbangnya.
Kes +ve Covid-19 hari ini melebihi angka 21k . Menjelang tarikh pembukaan sekolah mulai 1 September 2021, perkara ini pasti menimbulkan kerisauan kalangan Ibubapa dengan bilangan kes yang terus meningkat.
12 August, 2021
12 Ogos 2021 ~ >21k
10 August, 2021
1 Muharam 1443H ~ 10 Ogos 2021
Selamat Menyambut Awal Muharam 1443H. Cuti umum hari ini.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin
08 August, 2021
8.8.21~Tokyo2020 ~ Perak buat Malaysia
8 Ogos 2021 ~ Hujan lebat menyirami TSM setelah bahang panas terasa sejak dua tiga hari lepas. Suhu Sejuk terasa mendinginkan suasana. Alhamdulillah.
Tokyo 2020 hari ini menghadirkan Pingat Perak buat Malaysia setelah Datuk Azizul Hasni Awang berjaya meraih tempat ke 2 acara Keirin berbasikal di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Berkibar megah Bendera Malaysia di Negara Jepun. Tahniah untuk 1 Perak Dan 1 Gangsa buat Kontinjen Malaysia.
Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin.....
06 August, 2021
6 Ogos 2021 ~ Jumaat terakhir Tahun 1442H
Alhamdulillah bersolat Jumaat di Masjid Sementara Bukit Serkam. Bersama anakanda Ikhwan. Hari Jumaat terakhir Tahun 1442H. Tajuk khutbah ~ 'Hijrah Rasulullah SAW'. Hari Selasa depan sudah meraikan Tahun baharu 1443H. Semoga kita sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin.
Kes +ve Covid-19 hari ini terus ke angka 20k+ bertabahlah semua.
#kitajagakita
#lindungidirilindungisemua
05 August, 2021
5 Ogos 2021 ~ 20k+
Bertabahlah rakyat Malaysia, kes Covid-19 mencatat angka melebihi 20k+
#kitajaGakita #lindungiDiriLindungiSemua
02 August, 2021
2 Ogos 2021 ~✓macam-macam ada
Bulan Ogos kembali, pantas masa berlalu. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.