22 January, 2021

22 Jan 2021 : PKP~Solat Jumaat~HB Nisa

 22/01/21~ Melaka masih dalam pelaksanaan PKP, hari ini berpeluang menunaikan Solat Jumaat di Surau Bukit Serkam kerana Masjid Ar Rasyid Serkam Darat dalam proses pembinaan serba baru setelah peruntukan diperolehi. Arahan seramai 45 orang jemaah sahaja dibenarkan. Tajuk khutbah ~ Anak Soleh Idaman Ibubapa. Alhamdulillah ...

Hari ini juga Hari Lahir Buat anakanda Khairunnisa~ doa semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT,beroleh kesihatan yang baik lagi berkat serta beroleh keputusan yang cemerlang SPM 2021, Dipermudahkan segala urusan.. Aamiin



Semoga kita semua sentiasa dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin


13 January, 2021

2021 ~ PKP ~ 13-26 Januari ~ Bertabahlah Rakyat Melaka

 Pelaksanaan PKP Di Melaka mulai 13 Jan ~ 26 Jan 2021. #stay@home.









Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin.


01 January, 2021

Selamat Menempuh Tahun Baru ~ 2021

 Selamat tinggal Tahun 2020 dan Selamat Datang Tahun 2021.

Banyak peristiwa pahit manis Tahun 2020, semoga 2021 dikurniakan limpahan rahmat Allah SWT dan kehidupan kami sekeluarga akan terus dipermudahkan dalam segala urusan. Dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Aamiin.





Salam Januari 2021.