20 October, 2015

Jom Singgah makan-makan : Big Bowl Ice Kota Laksamana, Melaka

Sekolah ditutup lagi hari ini : Peperiksaan akhir tahun turut terganggu : Kesihatan Diutamakan peperiksaan bila-bila boleh dilaksanakan...maka bercutilah lagi anak-anak untuk hari kedua minggu ke 4 Bulan Oktober 2015.

Pagi ini bersarapan dengan ubi rebus cicah cili hijau/ikan masin..teh o suam..sesekali ku rasa teringin..Warung Lempeng Ubi Rebus Kak Noor, Kg Air Tawar jadi pilihan.

Kali ini nak cerita tentang jalan-jalan makan ais di Melaka, apatah lagi dengan cuaca panas sekarang, lama rasanya hujan tak turun...bahang di dalam rumah maka boleh berkunjung ke sini menikmati pelbagai citarasa aneka juadah ais krim.

Lokasi : Big Bowl Ice Kota Laksamana, jika anda biasa berkunjung ke Pak Putra Roti Naan pasti anda akan melihat di sebelah kanan jalan..

Kawasan ini juga terdapat deretan restoran pilihan makanan untuk dinikmati : Restoran Asam Pedas Pokok Besar, Asam Pedas Claypot, Restoran Hajjah Mona Asam Pedas, Pak Putra Roti Naan...

Jom layan :







Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah : Taman Kota Lakasamana aneka pilihan juadah..jalan-jalan cari makan


19 October, 2015

Jom Singgah : Muzium Kapal Selam Melaka

Kali terakhir melihat Kapal Selam yang bakal dijadikan Muzium adalah pada percutian domestik 2011, ketika itu masih baru Kapal Selam tersebut diletakkan di tapak sekarang. Sejak dirasmikan sebagai Muzium, kami  belum lagi menjengah ke Dataran Kelebang. Cuma kesempatan pada awal Oktober 2015, digunakan untuk menjengah apa yang ada dalam isi perut Kapal Selam tersebut. 

Bertambah satu lagi koleksi Perbadanan Muzium Negeri Melaka (PERZIM).

Kronologi bergambar :


Tiket Dewasa RM 3 Kanak-kanak percuma




Kapal di laut Selam di darat





Keratan akhbar tentang Muzium Kapal Selam Melaka

Antara Muzium Kapal Selam di dunia

Antara kemudahan di Muzium Kapal Selam Dataran Kelebang Melaka : Tandas Awam, van bergerak jualan air minuman, makanan ringan, koleksi barangan cenderahati. Kawasan lapang yang ditambak pantainya pasti menghangatkan anda. Jom menyelam bersama di darat. Kapal selam latihan yang digunakan oleh pihak TLDM kini jadi bahan sejarah.

Antara yang perlu dilakukan pihak PERZIM adalah :

-  mengecat kembali badan Kapal Selam tersebut supaya cat kapal selam tersebut tidak terus luntur dimamah hangatnya sinaran mentari. Pastinya Muzium akan lebih gah dilihat dan dikunjungi.

-  memastikan tiada takungan air di bawah kapal selam tersebut kerana pastinya akan mengundang aedes dikawasan tersebut. Simen hendaklah di turap rata atau pun pemasangan jubin agar lebih menarik.

-     pihak PERZIM perlu menjual koleksi barangan cenderahati seperti rantai kunci replika kapal selam, poskad  atau apa sahaja yang berkaitan dengan Muzium Kapal Selam.

Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.


16 October, 2015

MU : Jelajah tunjuk Piala FAM 2015

MU : Melaka United penjenamaan baru untuk pasukan Melaka. Juara Liga FAM 2015 setelah bertahun-tahun kempunan menjulang piala dalam liga bolasepak Malaysia. Akhirnya tahun 2015 tercipta sejarah menjulang Piala FAM di laman sendiri. Tahniah : harap dapat terus maju dalam kancah bola Malaysia meskipun bolasepak tanahair sendiri mula merudum...visi misi silih berganti namun jauh tersisih dengan negara Korea Selatan, Jepun diperingkat Asia malah negara jiran Thailand mula mendominasi kancah bolasepak peringkat ASEAN.

 Teringat Kim Jae Han, Raad Hamudi : bintang pesta bola Merdeka masa zaman Soh Chin Aun..hmmm...sekarang UltrasMalaya pun udah bengang dengan prestasi semasa : macam-macam gelaran untuk FAMB@#&**% lawatan luar negara dah abis jelajah, pengurusan teknikal abis cedok namun hasil masih samar...sampai bila..

Harap Melaka United akan bertahan lama dalam kancah Liga Perdana 2016 atau setidak-tidaknya melangkah ke Liga Super 2017 : Jangan pula 2017 kembali ke Liga FAM...hahahahaha...sabau je lah.

Berikut gambar tunjuk-tunjuk Piala ke 3 daerah di Melaka :
Piala FAM



Cantik Bas tapi sayang plat TAT kalau huruf M kan Ok



Tahun 2016 bakal bersaing di Liga Perdana, diharap pengurusan Melaka United akan terus komited dalam menjayakan misi ke arah kejayaan lebih gemilang dalam sukan nombor satu negara. Pastinya suntikan kewangan yang besar diperlukan untuk mengekalkan tahap prestasi yang dikehendaki. Barisan kejurulatihan pastinya sedang bertungkus lumus untuk memilih barisan pemain terbaik untuk memastikan Gegau Melaka Gegau 2016


02 October, 2015

Diari Santai : Oktober 2015

Oktober kembali lagi, menghampiri suku ke empat Tahun 2015. Azam berazam, apakah sudah terlaksana.

Diari Santai Oktober 2015 :

37th World Arm Wrestling Championship : 1 Okt - 4 Oktober 2015 : Hotel Berjaya Times Square, KL : Untuk maklumat lanjut sila layari : http://www.waf-armwrestling.com/

Festival Gourmet Antarabangsa Malaysia - MIGF 2015 : 1 Okt - 31 Okt 2015 : Seluruh Negara : Pertama kali dianjurkan pada tahun 2001, semakin mendapat sambutan dan dikunjungi pengunjung tempatan dan antarabangsa. Bertemakan Red Hot Chefs : festival ini menawarkan menu eksklusif daripada chef terkemuka daripada restoran terbaik di rantau ini. Sila layari www.taste-migf.com/www.migf.com

Perarakan Piala Liga FAM 2015 : 4 Okt 2015 : Daerah Jasin : Dataran Keris Alor Gajah - Pasaraya Mydin Jasin : 11.45 pagi - 1.00 petang : Jln Pengkalan - Melaka Pindah - Belimbing Dalam - Durian Tunggal - Kesang - Jasin - Bemban : Melaka Liga Perdana 2016 Gegau Melaka Gegau

Sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Melaka : 9 Okt 2015 : Cuti Umum Melaka sahaja : Selamat berlibur buat penduduk Negeri Melaka.

Awal Muharam 1437H : 14 Okt 2015 : Salam Maal Hijrah 1437H buat semua.

Citrawarna@Kuala Lumpur : 17 Okt 2015 : Dataran Merdeka : Acara tahunan yang berwarna-warni kini kembali dengan kelainan yang pasti memukau masyarakat negara ini dan pelancong asing.

Pameran Warisan Dunia UNESCO : 18 Okt 2015 - 31 Dis 2015 : Bangunan Sultan Abdul Samad, Kuala Lumpur : Pameran yang memaparkan empat tapak Warisan Dunia UNESCO di Malaysia iaitu Bandar Raya Melaka, Georgetown, Warisan Arkeologi Lembah Lenggong, Taman Gunung Mulu dan Taman Kinabalu. Masuk percuma.

Shell Advance Malaysian Motorcycle Grand Prix : 23 Okt - 25 Okt 2015 : Litar Antarabangsa Sepang : Acara perlumbaan motosikal yang memaparkan persaingan sengit pelumba bertaraf dunia.

# kredit Santai Harian Metro.

Selamat menempuh Bulan Oktober 2015 : Semoga kehidupan kita semua mendapat keberkatan dan rahmat daripada Allah SWT.