26 February, 2011

Power di Melaka


Satu lagi pengisian untuk diri..menghadiri majlis ilmu iaitu program POWER anjuran AKPK (Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit), kira sapa yang ada masalah dari segi pengurusan kewangan atau pun takde masalah boleh saja menghadiri sesi percuma ni..jika di Melaka anda boleh menghadiri sesi percuma ni pada setiap hari Rabu dari jam 9 pagi - 1 t/hari di pejabat cawangan AKPK Melaka, Jalan Munsyi Abdullah sebelah Maybank..sedikit sebanyak dapatlah info dan cenderahati ketika sesi lepas di Hotel Renaissance Melaka..apapun yang penting komitmen masing-masing dan ilmu amat penting dalam menjamin pengurusan kewangan..
Cenderamata dari AKPK


Anda boleh melayari http://www.akpk.org.my/ untuk mendapat maklumat lanjut tentang program anjuran AKPK di masa akan datang .. Minggu lepas antara selebriti yang hadir ialah Nazril Idrus dan Aishah Sinclair. Dengan info yang dapat, tandamata percuma AKPK - fully sponsored ma..terimakasih atas usaha yang dilakukan oleh BNM..apa yang penting ilmu dan komitmen diri..insyaallah..


21 February, 2011

Jalan-jalan - Jasin Hotsprings


Satu lagi tarikan riadah keluarga di Melaka adalah Taman Rekreasi Air Panas Jasin. Terletak 20 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh dan 3 km dari Simpang Petronas Bemban, Jasin, Melaka. Dibuka setiap hari iaitu : Isnin : 3 ptg -12 tghmlm , Ahad,Selasa,Rabu dan Khamis : 9 pg -12 tghmlm, Jumaat dan Sabtu : 9 pg - 2 pg. Dengan bayaran Dewasa RM6 dan kanak-kanak RM3, terdapat Air terjun buatan, cendawan air, wide waterslide manakala sumber air mineral panas asli disejukkan penuh khasiat mineral kalsium, magnesium, silika dan boron. Walaupun tidak seperti Pedas Hotsprings yang penuh dengan permainan air untuk kanak-kanak, yang penting dapat beriadah bersama keluarga dengan bajet yang sederhana. Yang menarik makanan luar dibenar dibawa masuk, jadi bolehler masak siap-siap dari rumah..save bajet ma...ermmm

Mengapa mandi Air Mineral Panas ?
- Melegakan pelbagai sakit sendi dan saraf
- Mencantikkan rambut
- Membantu tingkatkan serapan kalsium tubuh
- Kurang risiko osteoporosis
- Melancarkan darah
- Menyingkirkan toksin
- Memulihkan tenaga...?
- Memulihkan sakit pinggang
- Membantu pulih pelbagai penyakit wanita ...?





Sampai jumpa lagi..jom mandi..tak sabar satu lagi tarikan di Melaka - Mei 2012, trem pertama yang menggunakan gas asli (NGV) di dunia..teringat trem di Christchurch..gegau Melaka gegau..

16 February, 2011

Jalan-jalan - Hutan Lipur Serting Ulu

Satu lagi xpdc penjelajahan Hutan Lipur N.Sembilan..Pengisian cuti umum semalam, bersama famili ke tempat yang dah lama tak jenguk, seingatnya tahun 2008 pernah ke sana, kali ini ke Hutan Lipur Serting Ulu..perjalanan dari Pasir Besar, Gemas ke sana lebih kurang 50km, tempat ini terletak lebih kurang 2km dari jalan besar (laluan ke Simpang Pertang)..kemudahan letak kereta yang luas,tandas,surau,gerai makanan, kawasan perkhemahan..ikut kata peniaga gerai - xtvt kem motivasi selalu diadakan disitu..



Hutan Lipur Serting Ulu terletak di kompatmen 23 dan 24 Hutan Simpan Serting. Dengan ketinggian 180 meter atas paras laut dan diklasfikasi Hutan Dipterokap Pamah. Sungai Serting yang mengalir di hutan lipur ini telah menarik perhatian pengunjung sebagai tempat rekreasi sejak ianya dibangunkan pada tahun 1986.

Info : Hutan Simpan - satu konservasi hutan semulajadi yang digazetkan . Dibawah pentadbiran Jabatan Perhutanan negeri masing-masing.

Hutan Lipur - kawasan taman rekreasi yang dibuka kepada awam didalam kompatmen Hutan Simpan. Dibawah kawal selia Jabatan Perhutanan negeri masing-masing.

Rizab Hidupan Liar - satu kawasan hutan semulajadi yang digazetkan bagi tujuan konservasi hidupan liar. Dibawah kawal selia Jabatan PERHILITAN. Contoh 'Krau Reserve' - bagi Gajah.

PERHILITAN - Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negeri Semenanjung Malaysia.

Salam dan jumpa lagi dalam Hutan Lipur seterusnya....

14 February, 2011

MELAKA dan Liga FAM 2011

Apa kabau semua..biasa la orang Melaka kan..hari ni nak cerita pasal bola, ye la baru jam 6 tadi tamat nonton aksi Ronaldo (Real Madrid)..betapa skillnya ketika bertemu Espanyol dan betapa terlepasnya beberapa peluang Adebayor ..one by one ma..walaupun RM menang 1-0, ia pasti dapat mendekatkan lagi mata dgn Barca..hai jauh ke Liga Sepanyol, ye la sejak beberapa hari lepas..Msia menang dgn Hong Kong, next jaringan menarik Rooney, kemudian terbaca pulak artikel Rahsia Kehebatan Barcelona dalam Metro Ahad - bagaimana sistem akademi remaja 'futbol base' Barca telah melahirkan beberapa pemain unggul spt Messi, Valdes, Xavi, Pedro...kira berkesan ler sistem akademi remaja kelab berkenaan..kira patut diambil contoh tentang keberkesanan pengurusan kelab tersebut, yang pasti suntikan kewangan yang besar di perlukan. Sedutan artikel - Anehnya, hampir sepanjang hari dihabiskan dengan pelajaran sekolah. Hanya dua jam dikhaskan untuk berlatih pada sebelah petang dan 'sering bersama bola'..Ia lebih seperti keluarga.Doktor, pakar psikologi, guru dan ada ketikanya, jurulatih datang kesini untuk makan bersama, jadi kanak-kanak berasa mendapat sokongan...hebat..hebat...
Aku bukan apa terbaca dalam Kosmo Sabtu lepas tentang Liga FAM 2011 yang telah bermula semalam..terlihat senarai pasukan..huhu..Melaka salah satu dari pasukan yang akan beraksi dalam liga tersebut..tengok senarai pasukan rasanya Melaka satu-satunya pasukan bertaraf negeri, yang lain-lain tu tahap kelab je..apatah lagi Angkatan Tentera Malaysia ada 3 wakil dalam liga tersebut - Tentera Darat, Kor RAMD, TUDM Hornet..wahhh kira pesat gak membangun sukan bolasepak ATM, ramai anak muda berbakat dah join ATM kut..hehe..lepas tu pulak ATM bertanding pula dalam Liga Perdana..kiranya ada 4 wakil ATM dalam liga-liga anjuran FAM...
Teringat nostalgia tahun 80an dulu ketika era Datuk Soh Chin Aun, Ramli Junit..nonton bola kat Stadium Kubu, duduk nonton tempat 'tangga kambing' haha..atas tempat duduk kayu..waktu petang ler..berebut-rebut beli tiket, masa tu belum ada game malam lagi ..seingat aku nonton game malam pertama kat Stadium Kubu masa Tim dari Merlimau lawan pasukan mana ..aku pun dah lupa dalam satu kejohanan yang dianjurkan MAFA..nostalgia, jika nak free show ada yang panjat pokok kat luar stadium,nak free gak  bole naik kat Wisma Negeri (masa zaman tu) kat sebelah kiri stadium..tapi pakat ngan guard ler..ermm..

2011 - Melaka akan beraksi dalam Liga FAM..huhu..kira makin merosot ler prestasi..liga ketiga FAM, selepas Liga Super, Liga Premier...harap2 rombakan besar2an dalam senarai pemain akan menjamin prestasi lebih baik Melaka untuk meningkat ke Liga Premier pada 2012 dan kembali beraksi dalam Liga Super tahun 2013...masa tu aku dah bole kembalikan nostalgia menonton bersama my son...ya lah alam awam bakal menjelma pertengahan tahun nanti...paper Metro ngan Kosmo hari ni pun tak de citer tentang Liga FAM, makin terpinggir ler Melaka dari info bolasepak tempatan..apapun kabau gembira Melaka menang game pertama semalam dengan Kor RAMD 4-0 (info dari adik di Melaka) Game di Stadium Tun Fatimah, hai kira ok gak Melaka - ada 3 stadium yang boleh diadakan perlawanan, Stadium Kubu, Stadium Tun Fatimah, Stadium Hang Jebat..moga dengan infrastruktur yang ada dan pengurusan pembangunan sukan bola sepak yang efisyen,efektif (Melaka Bandaraya Bersejarah) akan dapat mengembali kegemilangan sukan bola sepak Melaka...Majulah Sukan Untuk Melaka..dan untuk ATM..(tempat jatuh lagi dikenang) tahniah atas kegemilangan sukan bolasepak - 4 wakil dalam liga-liga FAM, moga terus berjaya dalam sukan-sukan yang lain - Tinju, Ragbi, Menembak, Memanah, Squash, Hoki....di arena sukan tanahair.

Untuk Melaka..moga terus berjaya dalam Liga FAM 2011..gegau Melaka gegau...

13 February, 2011

Jalan-jalan - Hutan Lipur Gunung Datuk

Perancangan spontan untuk mengisi hujung minggu-kemana arah setelah tak balik ke Melaka minggu ini..teringat nak mandi-manda setelah 2/3 hari panas terik, air terjun mana lak kat N9 ni..asyik2 ke Ulu Bendul - Gunung Angsi, hari ini ingin meneroka kawasan air terjun Gunung Datok/Hutan Lipur Gunung Datuk sebab pernah terlihat pic fafau (fara fauzana) cuti2 ke Gunung Datuk..meskipun tak pernah pergi redah je..perjalanan dari Gemas ke Tampin..terpesong dari landasan asal apabila terlihat papan tanda Hutan Lipur Gunung Tampin..ermm..ok bagus gak jengah kawasan yang juga belum di terjah..belok kekanan melalui kawasan perumahan terus mengikut papan tanda akhirnya sampai ke kawasan kolam air Hutan Simpan Gunung Tampin..tak silap ada 4 kolam telah dibina - saliran air terus dari gunung (setiap kolam berbeza aras dalamnya)..cuma jengah2 je..cuaca panas,kawasan pun tiada tempat berteduh cuma wakaf yang dibina telah ada orang, jadi hasrat hendak singgah terbatal, terlihat catatan bayaran untuk mandi disitu -Dewasa -RM2 , Kanak-kanak RM1, jadi kembali ke plan asal Hutan Lipur Gunung Datuk.. Dari Tampin bergerak ke arah Rembau dan melalui Kg Batang Nyamor, Gadong dan kira-kira 2 km untuk sampai ke kawasan Hutan Lipur Gunung Datuk dari jalan besar.


Dengan kemudahan meletak kereta percuma, kemudahan tandas, dewan besar untuk aktiviti serta chalet (4 buah jika tak silap) namun di situ tiada kemudahan penjualan kedai makanan/cenderahati, jadi kenalah bawa makan minum sendiri ma..pengurusan adalah dibawah tanggungjawab Koperasi Gunung Datuk Berhad..semasa sembang dengan petugas di situ, tiada bayaran dikenakan untuk mandi manda cuma bayaran RM3 dikenakan untuk mendaki Gunung Datuk..Mengikut catatan, Gunung Datuk mempunyai ketinggian 2900 kaki dari aras laut. Pendakian untuk ke puncak mengambil maa kira-kira 2 jam. Puncak gunung ini pernah digunakan oleh Dato'Perpatih Nan Sebatang untuk mengumpulkan Ketua Adat dan mengisytiharkan gelaran Dato' Lembaga pada tahun 1372. Sekiranya cuaca baik, dipuncak gunung anda boleh melihat Laut Selat Melaka..ramai juga pendaki-pendaki dari syarikat swasta, individu dan Ahli Kelab Rekreasi mendaki hari tu..myb nanti akan mendaki dgn kengkawan..insyaallah..



Sebenarnya banyak jeram yang terdapat di N.Sembilan..kawasan perkelahan hujung minggu..yang pernah aku pergi adalah - kawasan Ulu Bendul, Jeram Toi, Jeram Tengkek, Gunung Tampin, Gunung Datuk (baru semalam)..yang lain mungkin lupa nama agaknya..apapun sebelum berhijrah keluar, aku dan famili akan cuba menjelajah keseluruhan Negeri Sembilan..ya lah hampir 18 tahun berkhidmat di sini..huhu..selamat berhujung minggu..mana arah minggu hadapan...pastinya Merlimau..PM datang

10 February, 2011

Jalan-jalan Pulau dan Pasir

Pasir Besar dan Pulau Besar..semua yang besar-besar..haha..jika Pulau Besar (kawasan Umbai Melaka) tempat yang dapat ku perhati dari jeti Anjung Batu tempohari mungkin gaknya..dinamakan Pulau Besar kerana keluasannya lebih besar berbanding dengan pulau-pulau disekelilingnya manakala Pasir Besar tempat berkelana sejak 2001..ntahlah, pasirnya besar-besar saiz agaknya..jika di N9..kat PD ada Pasir Panjang..ada ke tempat lain nama Pasir Halus ..Pasir Kecil..yang selalu dengar Pasir Mas,Pasir Putih..kat Kelantan..

Pulau Besar..dari Jeti Anjung Batu

Indahnya senja di Anjung Batu

Selepas menikmati sayup pemandangan Pulau Besar,Melaka dari jeti Anjung Batu hujung minggu lepas..semalam bersama famili meneroka laluan susur yang menghubungkan Palong - Kg Londah. Susur keluar sepanjang 4.8 km itu bakal menjadi alternatif bagi mengelak kesesakan di Jalan Pasir Besar, Gemas..hai tak sangka sesak rupanya..yelah bila cuti umum je, aku sefamili 'bravo' ke Merlimau,Melaka..daerah kelahiran yang bakal jadi tumpuan hujung bulan ini..pilihanraya kecil 6 Mac 2011..
Banner perasmian pada 8 Feb 2011
Landasan keretapi di tepi laluan susur

Apapun semoga laluan susur yang bernilai hampir RM4 juta akan menyemarakkan lagi pembangunan ekonomi kawasan luar bandar dan tidak di salahguna bagi perlumbaan haram kalangan remaja ..selamat berkunjung ke Pulau Besar dan Pasir Besar..

09 February, 2011

RM1.63 Juta...dadah vs dedah


Harian Metro Rabu 9 Feb 2011- "Wang dadah RM1.63 juta" ms 3..antara sedutan artikel adalah polis menemui wang tunai RM1.63 juta disembunyikan dalam karung makanan anjing dan satu beg pakaian..hai kaya sungguh 'pengedar-pengedar', tulah agaknya jalan perniagaan paling lumayan dan paling cepat untuk bergelar jutawan..yang hairannya "saringan ujian air kencing terhadap suspek di dapati negatif, selain mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau..kes akan disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Merbahaya 1952 yang boleh membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan..ermm macam-macam hal yang bersangkutan dengan dadah..apapun tahniah atas tindakan pantas unit PDRM..
Ada baik juga wang yang dapat tu di'derma' kepada pihak KDN bagi membantu dan menampung kos pemulihan sahabat-sahabat di Pusat Serenti..tentu pemilik wang itu tak marah malah dapat menyumbang bakti atas apa yang mereka perolehi selama ini dari hasil perniagaan haram tersebut..
 Lepas cerita dadah sambung pula kes dedah dalam Harian Metro gak..hari ini ms 6- tindakan seorang wanita Afrika berbogel dan berjoget di tepi jalan di Cheras di sini, kelmarin dipercayai bukan disebabkan gangguan mental, sebaliknya ia kesan sampingan selepas satu daripada puluhan bungkusan kecil dadah ditelannya, pecah dalam perut...dipercayai wanita terbabit 'keldai dadah'...wang..wang..wang..boleh mengubah segala..?


Moral of the story : Dadah boleh mengubah segala..minda,moral,sahsiah diri,rosak rumahtangga dan 1001 bencana..kerana itu jauhi dari najis DADAH..

01 February, 2011

Hujan yang turun.....

Ermm..teringat lirik lagu Allahyarham Sudirman..hujan yang turun bagaikan mutiara..bab hujan..ye musim hujan skrg ni..setelah asyik dengar berita luar negara..australia dilanda musibah..skrg kat kws aku Gemas dan sekitarnya turut terkena tempias, jika dilihat buletin utama semalam gambar stesen keretapi Gemas turut tenggelam..bahkan aku dan famili turut terperangkap dalam 'hujan' pada ahad lepas..melalui Batang Melaka tersekat..kemudian ke laluan Air Kuning.turut terperangkap bahkan 'skirt' kete n 'cap ring' tayar turut hilang..duit-duit dimana kau duit..haha..agaknya ketika merentas laluan di Nyalas aku merempuh air yang deras..yalah waktu malam..itu peringatan di masa akan datang bahawa bahaya memandu dalam keadaan hujan berterusan kerana tanpa di jangka air begitu cepat naik melimpah ke jalanraya..Pagi Sabtu dah dapat sms dari rakan di Segamat - 'Banjir 2006 kembali melanda Segamat'..teringat kawan yang dilanda musibah pada tahun tersebut terus menjual rumah di sekitar Segamat dan membeli rumah baru di Duyung Melaka..

Paras air 'luar biasa' kali ini

Malam di Selandar
Banjir di Masjid Kg.Rompin

Banjir di Rompin sekitar jam 10 pagi - 1 Feb 2011
Hari ini juga, bersama  Zul MS menempuh satu perjalanan yang panjang, terpaksa bergerak jauh merentas Felda Palong, Bandar Baru Serting untuk sampai ke Batu Kikir bagi mendapat tandatangan persetujuan LSK di Rinhanie Travel And Tours Sdn Bhd..ini semua kerana jalan dari Rompin ke Bahau ditutup kerana masih dinaiki air. Perjalanan dari Batu Kikir diteruskan ke Sungai Buloh bagi mendapatkan pula surat lapor diri dan buku 'log'..ermm letih maa..ondway balik singgah Giant Senawang, pekena nasi ayam berempah..apapun sekitar jam 9 malam singgah di lokasi yang sama dan banjir telah surut - keadaan kembali pulih..memamg perit rasanya mengalami situasi banjir..teringat nostalgia di 'sting garden' Kg Hj Abdullah Hukum..huhuhu..