31 January, 2019

Melaka United Ke Merlimau


Aktiviti Melaka United diteruskan dengan penganjuran Majlis Bacaan Yaasin dan doa selamat di Masjid Asy - Syuja'ah berhadapan Politeknik Merlimau. Majlis yang dijangka bermula jam 7 malam merupakan  aktiviti yang baik dalam memohon agar segala misi yang dirancang oleh pengurusan pasukan akan terlaksana dan segalanya dipermudahkan urusan. Semoga  mendapat rahmat Allah SWT.

Head Coach Zainal pastinya turut ingin agar kejayaan milik pasukan kendaliannya. Berkesempatan menunaikan Umrah tahun lepas, pasti HC Zainal berdoa yang terbaik untuk MU. Bahkan ketika berpeluang bergambar dan bersalaman dengan beliau di Melaka Mall.. doakan untuk kami kata yang keluar dari mulutnya. Terbaik HC...semoga 2019 menjanjikan sesuatu untuk peminat Melaka United. 

Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan. Aamiin.

Kredit : FB MUSA





Seperkara lagi makluman tentang harga tiket telah disahkan secara rasmi melalui FB MUSA. Terima kasih pihak MUSA kerana telah menetapkan harga baru yang lebih murah berbanding tahun lepas. Diharap  penonton akan hadir memenuhi Estadio Of Hang Jebat untuk memberi sokongan padu kepada Melaka United. 

Kredit : FB MUSA


Progloria Melaka United
2019

Gegau Melaka United Gegau


30 January, 2019

Hari Tandas Sedunia


Johan Tandas Terbaik  Peringkat
Kebangsaan Kategori
Sekolah Rendah

Kalaulah tidak melihat iklan dalam akhbar digital Utusan Malaysia, pasti sampai saat ini tidak tahu maklumat tentang adanya Hari Tandas Sedunia yang telah diikhtiraf oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sejak tahun 2012. Tarikh 19 November setiap tahun merupakan Hari Tandas Sedunia.

Ke arah membudayakan mentaliti sikap cintakan budaya bersih, sikap bertanggungjawab, cintakan kemudahan awam menjadikan Hari Tandas diikhtiraf di peringkat nasional dan dunia. Misinya adalah untuk memupuk kesedaran menjaga kebersihan tandas awam yang digunakan bersama. 

Melaka Bandaraya Bersejarah telah melaksanakan pelbagai slogan : Don't Mess With Melaka. Slogan Melaka Pintar, Hijau, Bersih untuk membudayakan sikap dan jati diri penduduk setempat.

Perbadanan Stadium Melaka juga turut melaksanakan langkah pro aktif di Stadium Hang Jebat dengan menyediakan beg sampah serta penguatkuasaan larangan memakan kuaci. Kebersihan dalam tandas di Stadium Hang Jebat turut diutamakan cuma sebagai pengguna, kita harus menanamkan dalam diri sikap bertanggungjawab tersebut.





Kalau masa berkursus dahulu, kepala paip tembaga pun berkilat apatah lagi peralatan dalam tandas dan lantainya...semuanya jadi kenangan.

Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.


29 January, 2019

Sesi Latihan Melaka United@Estadio of Hang Tuah

26 Jan 2019 : padat dengan aktiviti bersama Melaka United. 

Jam 2 petang menyaksikan majlis pengenalan pemain,penaja,jersi dan sesi tandatangan pemain di poster yang dibeli dengan harga(rm10) .

1st : sesi tandatangan bersama pemain MU

Sebelah malam pula ke Std.Hang Jebat, MU menang bergaya bertemu UITMFc.




Petang semalam 28 Jan, melihat lebih dekat sesi latihan pemain-pemain Melaka United di Stadium Hang Tuah..dahulu Stadium Kubu..tempat legenda Soh Chin Aun, G.Torairaju, Ramli Junit, Akob Itam dan pasukan Melaka mencipta nama sekitar tahun 1983. Semoga aura 83 akan kembali bersinar tahun ini.


Pas bermusim 2017






GEGAU MELAKA UNITED GEGAU
.2019.


28 January, 2019

Koleksi Kisah Misteri Mingguan Malaysia : Bulan Jan 2019

Bersua kita di minggu terakhir bulan Jan 2019. Pantas masa berlalu, 1001 kisah suka duka melingkari kehidupan kita semua.

Berikut kisah misteri bulan Januari 2019, Mingguan Malaysia.(view mobile version)








Selamat membaca, semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT.

Aamiin.


27 January, 2019

Melaka United : Pra Musim Menang Lagi #MUNUITM


Selamat berlibur buat semua.

Perlawanan pra musim terakhir Melaka United menentang Uitm Fc mencatatkan kemenangan penuh bergaya bagi pihak tuan rumah 3-0.

Kesebelasan yang diturunkan pada separuh masa pertama mencorak permainan bergaya. Keserasian cuba diterapkan antara SR8 dan Hang Don apatah lagi gandingan Razman dan Jang dengan penyudah ampuh Casagrande. Harap penyudah jitu dengan pungutan 3 mata dalam #LSM01 menentang PJCity :2/2/19.

Rm5 : pra musim

Aura Berbeza 2019




Semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT. Aamiin.


Gegau Melaka United Gegau

26 January, 2019

26 Jan : Melaka United Day

Hari ini Melaka United (MU) akan mengadakan sesi pengenalan pemain, penaja dan pelancaran jersi rasmi pasukan. Lama benau menunggu untuk melihat jersi rasmi MU. Majlis tersebut akan diadakan di Melaka Mall. 

Sebelah malam pula MU akan mengadakan perlawanan pra musim terakhir menentang UiTM FC. Pastinya debaran pemain, peminat makin terasa menjelang 2/2/19 #LSM01 1st game bertemu PJ City.

Kredit : FB MUSA

Kredit : FB MUSA



Be 1st



Keserasian pemain, kerjasama berpasukan, perancangan taktikal menjadi medan terakhir menjelang perlawanan pertama Liga sebenar nanti. Dengan ramai pemain berpengalaman, harapan 1 piala dalam genggaman menjadi impian.

Gegau Melaka United Gegau

25 January, 2019

2016 : Goodyear / 2019 : Apollo


Salam Jumaat buat semua :

0630 am : Lihat tayar kereta belakang sebelah kiri dah kurang anginnya. Sebelum hantar Nisa sempat ke Stesen Petronas untuk mengepam angin ke tayar. Kat Stesen BP, pam angin umpama monumen hanya terpacak besi tanpa ada wayar pam...sabau je ler. 

Jam 10am ke kedai tayar, berkira-kira berjimat seminggu dua lagi untuk kos pembaikan....setelah diperiksa abg tayar, bocor kecil bukan satu malah dua.. sudah dikategori rosak..almaklum dah hampir 3 tahun lenjan. Virus botak aka rosak menjangkit juga ke tayar hadapan sebelah kanan. Macam tau-tau je pay day.


Sudah botak sebelah dalam, Tak perasan ler

Dari nak periksa satu tayar, akhirnya tukar ke empat-empat tayar sekali, 2016 pun tukau empat biji tayar sekali. Kali ini berbajet pilihan 2019 jenama Apollo yang berkolaborasi dengan Manchester United (MU) tapi freegift jersi MU hanya layak untuk pembelian 4 tayar R16 ke atas. 


Kos 4 tayar : rm720+4 nat=rm760


Free gift kali ini t-shirt, janji ada limited edition buat koleksi. Aura tayar Apollo / MU dibeli sebagai tanda ingatan progloria buat pasukan Melaka United (MU). 

Apollo kita : 
2019


Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT.

Aamiin.

24 January, 2019

Demi Sesuap Nasi


24 Januari : Hari Gaji penjawat awam seMalaysia untuk Bulan Januari 2019.

Sekeping gambar umpama
1000 patah perkataan

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan rezeki yang halal lagi berkat dan mendapat rahmat Allah SWT.

Aamiin.

23 January, 2019

Progloria : Demi Kebanggaanku : Melaka United 2019

Melaka United perkukuhkan lagi pasukan dan serius menghadapi Liga Super Malaysia 2019 dengan mengikat kontrak 4 pemain impot setelah mereka melalui perlawanan pra musim domestik dan Tour Pre Season@Vietnam.

Pengurusan Melaka United nampak yakin dengan kehadiran ramai pemain berpengalaman untuk menjadi pesaing utama dalam Liga Super...buat permulaan bagi pendapat aku, harapan genggaman 1 piala dalam Liga Bolasepak Malaysia dapat direalisasikan.



Janji Presiden MUSA untuk mengutamakan kebajikan pemain, pastinya akan memberi impak positif kepada prestasi pasukan tahun ini.

Pihak manakah yang menjadi penaja utama MU 2019..tahun lepas EDRA,CGN ..Adakah pengurusan baharu akan membawa masuk penaja yang lain kerana melihat senarai pemain yang diikat kontrak pastinya memerlukan bajet pengurusan yang lebih besar. Situasi menang-menang antara penaja dan MU lebih diutamakan. 

Adakah Warrix akan terus bersama MU...Apakah masih diteruskan season pass...apakah Perbadanan Stadium Melaka akan mengekalkan harga tiket...???

Seperkara lagi entah bila agaknya pelancaran jersi Melaka United serta sesi pengenalan pemain dan penaja...#sabaumenanti

Gegau Melaka United Gegau
2019

22 January, 2019

Melaka United : Pra musim : Menang lagi#MUNSWK

Semalam Melaka United menang lagi dalam perlawanan persahabatan pra musim menentang Sarawak.

Kemenangan 3-0 diharapkan menjadi pemangkin untuk terus menjadi pesaing utama dalam Liga Super Malaysia 2019.

Penampilan sulung Liridon (10) berganding dengan SR8 akan menambah lagi kekuatan bahagian tengah untuk Casagrande (4) terus menyengat dihadapan. Gandingan Suk won dan Razman nampak serasi. Darko semalam menjaringkan dua gol untuk saling bertukar posisi dengan Casagrande. Patrick (11) pemain Filipina turut dimasukkan dipenghujung permainan, apakah kuota pemain ASEAN akan diisi. Besar bajet MU tahun ini. Head coach Zainal punya banyak pilihan untuk meletakkan nama dalam senarai 1st eleven.

Harap MU terus mantap untuk menjadi pencabar utama dalam LSM 2019.

RM5 : tiket pra musim

Gegau Melaka United Gegau

Selamat Hari Lahir : Khairunnisa

22 Jan : Selamat Hari Lahir buat Anakanda Khairunnisa, semoga beroleh kesejahteraan, dikurnia kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki dan sentiasa dilimpahkan rahmat Allah SWT.

Semoga dipermudahkan urusan dalam menghadapi PT3 Tahun ini, beroleh keputusan yang cemerlang.

Nisa & Keluarga@Estadio of Hang Jebat

Aamiin.

21 January, 2019

Melaka United : Pra musim #MUNSWK

Malam ini Estadio of Hang Jebat bakal disajikan perlawanan pra musim seterusnya menjelang Liga Super Malaysia (LSM) sebenar pada 2/2/19.

Menentang Sarawak, pasukan Liga Premier akan  dapat menguji kesebelasan utama untuk MU muncul sebagai pesaing utama LSM. Kehadiran terkini Liridon dalam pasukan Melaka United (MU) akan memantapkan lagi bahagian tengah apabila digandingkan dengan SR8.

Hang Don@MU

Kredit : FB MUSA

Coach Zainal pasti lega dengan ramai pemain berpengalaman dalam pasukan MU , mudah untuk beliau mencorak taktikal pasukan.

Kredit : FB MUSA (2/2/19)
Tumpuan pertama

Diharap Liga Super Malaysia 2019 akan  lebih berkualiti dalam perlawanan dan pengadilan hingga mampu melahirkan dan meningkatkan lagi skill, corak permainan, tahap fizikal para pemain untuk menguatkan pula Harimau Malaya ke persada antarabangsa.

Semalam Vietnam telah melangkah ke suku akhir Piala Asia 2019 dalam kelas tersendiri dengan mengalahkan Jordan melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 dalam masa penuh. Tahniah wakil ASEAN.

Untuk MU : LSM2019 : Hasrat peminat satu Piala dalam genggaman ..

Gegau Melaka United Gegau


20 January, 2019

Pulau Besar : Tunggu Aku Datang

Pulau Besar Melaka. Pulau penuh sejarah dan misteri. Sudah lama benar tidak menjengah ke sana. Lupa kali terakhir ke pulau tersebut. Masa zaman lepas sekolah menengah dahulu pernah bersama kengkawan berkhemah ..lepak tidur ditepi pantai sana, bergayutan, berbuaian terus terjun ke laut. Selepas itu pernah bersama kelab guru SMK Pasir Besar Gemas berkunjung untuk menjayakan Hari Keluarga staf sekolah tersebut. Mungkin sudah banyak berubah persekitaran di Pulau Besar. Dengan pembekalan elektrik sekarang ini pastinya berubah lanskap pulau tersebut.

Pengunjung boleh ke sana dengan bot melalui Jeti Anjung Batu Umbai atau Jeti Ikan Bakar Umbai. 

View fm Pantai Siring


Inovasi org Pulai Indah

Pulau Besar Melaka penuh misteri, antaranya anda boleh menjengah ke Muzium Pulau Besar, Kubur Tok Putih, kubur tujuh beradik, keramat tempayan pecah, keramat ular, Gua Yunus, Batu tengkorak, Tasik Bunian. 
Boleh sahaja bermandi manda dipantai, lengkap tandas untuk bilasan.

Cuma jangan sesekali berkunjung ke kubur-kubur keramat disini untuk tujuan amalan yang syirik.

Demi memartabatkan lagi pulau ini,kerajaan negeri telah membina madrasah untuk pelajar-pelajar tahfiz.

Selamat berkunjung ke Pulau Besar, Melaka.

Semoga kita semua dipermudahkan urusan dan mendapat rahmat Allah SWT.



19 January, 2019

Menjelang Liga Super Malaysia : 2 minggu lagi

Pasukan-pasukan yang akan berentap dalam MSL 2019 sedang rancak membuat persiapan, mewujudkan keserasian pemain, mengadakan perlawanan persahabatan, faham taktikal Coach, menjelang Liga Super Malaysia bulan Feb nanti. 

Bagi peminat Melaka United pastinya teruja untuk melihat kemenangan pertama di Estadio of Hang Jebat menentang MIFA/PJ City ( 2 Feb 2019). Setelah kembali daripada Pra musim di Vietnam, pasti Coach Zainal and The Gang telah mengenal pasti kekuatan dan kelemahan pasukan. Ramai pemain bintang yang menjadi tunjang MU diharapkan akan dapat menjadi salah satu pasukan disegani tahun ini.

Harapan satu piala dalam genggaman: 2019.

Kredit:FB MUSA

Kemenangan sulung di laman sendiri pasti ditagih oleh para peminat MU, menjadi penyuntik semangat untuk terus berdaya saing dalam MSL 2019.

21 Jan 2019 : diharap perlawanan pra musim bertemu Sarawak akan memantapkan lagi tahap fizikal, skill para pemain. Dengan kehadiran Liridon berganding dengan SR8 ditengah, Casagrande di depan, Sok Won dan Shukor dipertahanan, Gopi, Nazrin di sayap akan menguatkan MU disetiap posisi. 

Gegau Melaka United Gegau  : 2019


18 January, 2019

Pekena Nasi Dagang Ler Pulak.



Lirik lagu Nasi Dagang : Penyanyi Rosemaria Abdul Hamid



Sejak menonton Nasi Dagang Atas Tol dalam Majalah 3, teringin pula menikmati menu tersebut.  Lama sungguh tidak menjengah Terengganu, kali terakhir jenjalan ke sana Februari 2013. Entah bilalah agaknya akan membuat kunjungan ke Ganu kite atau lebih mudah ke arah Pantai Timur.

Macam-macam viral kedai berjualan Nasi Dagang di sana :  Nasi Dagang Atas Tol, Nasi Dagang Kak Pah, Nasi Dagang Mak Ngah...hmmm. 

Di Melaka...mana arahnya, teringat juadah tersebut memang ada dijual di Pasar Malam Merlimau, Serkam tapi selama ini tidak pula membeli dan merasa menu tersebut.


Nasi Dagang Pak Tam : RM 5 sebungkus

Kuah lebih pekat 

Nasi berwarna putih ada kelapa versi Kelantan agaknya

Kuah kurang pekat : satu lagi booth jualan di Pasar Malam Merlimau

Setakat hari ini Nasi Dagang Pak Tam memang kena dengan selera aku. Kuah pekat manis dengan warna nasinya, ikut kata Tokey pesanan beras terus dari Terengganu untuk mengekalkan citarasa Pantai Timur. 

Lebih mudah nak cari Beras Nasi Dagang

Boleh try resepi ni

Salam Hari Jumaat : semoga kehidupan kita sentiasa dilimpahkan kesejahteraan di dunia dan akhirat. Rahmat dari Allah SWT.

Aamiin.