25 December, 2019

Reunion Form 6A1 SDARY 1985/1986 #33tahunterpisah

Alhamdulillah selesai dengan jayanya majlis perjumpaan bekas pelajar Tingkatan 6A1 1985/86 di Merlimau Inn,Melaka. #25disdalamkenangan.

Meski pun gagal untuk mengumpulkan sepenuhnya, namun kehadiran hampir separuh jumlah bekas pelajar begitu bermakna untuk menyambung kembali ukhwah. Dan pastinya perjumpaan tahun 2019 akan menjadi perintis untuk membina kembali silaturahim yang terpisah sekian lama dan makin bertambah jumlah kehadiran sahabat-sahabat dimasa mendatang.

Ada sahabat yang terpisah selama 33 tahun setelah tamat peperiksaan STPM 1986. Masing-masing membawa haluan kehidupan.

Syukur kehadrat Allah SWT, melihat sahabat-sahabat berjaya dalam kerjaya dan kehidupan. Semoga kesemuanya kita dikurniakan kesihatan yang baik, dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

SDARY

Kelas 6A1 dalam kenangan




Semoga kehidupan kita semua akan sentiasa
dipayungi rahmat Allah SWT.

#tqkpdAJKterlibat

24 December, 2019

Selamat Hari Ulang Tahun Buat Diri Ku#53

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana semalam telah menjangkau usiaku ke angka 53. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dilapangkan rezeki yang berkat, sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Bersama isteri dan anak-anak bersantai menikmati hidangan malam di Burger King JJ Ayer Keroh.

Terima kasih buat isteri dan anak-anak atas hadiah dan doa kalian..aamiin.


Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT

29 November, 2019

November 2019 : Kenangan mengusik jiwa


November 2019 penuh nostalgia. Bersama keluarga menempuh perjalanan ke Perlis untuk menghadiri majlis Konvo anakanda Nur Khairina di UNIMAP. Kesempatan yang ada sempat menyinggah ke Komplek Beli Belah Padang Besar, jenjalan Nat Arau, pasar pagi di Arau. Dalam perjalanan balik ke Melaka meredah Jambatan Pulau Pinang menuju Bukit Bendera, masa balik redah pula Jambatan baru Sultan Abdul Halim, sempat menyinggah Kedai Jeruk Pak Ali... cukup meletihkan speedo meter 1529km. Demam, sakit badan akhirnya.










Semoga kehidupan Kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT.. aamiin.

01 October, 2019

Koleksi Kisah Misteri Mingguan Malaysia : Sept 2019

Selamat menempuh Bulan Okt 2019. Selamat membaca Koleksi kisah Misteri Mingguan Malaysia bulan September 2019.












Selamat membaca,semoga kehidupan kita semua dirahmati Allah SWT.



01 September, 2019

Koleksi Kisah Misteri Mingguan Malaysia : Bulan Ogos 2019

Selamat membaca dan salam maal hijrah 1441H.





Semoga kehidupan kita semua sentiasa dibawah payung rahmat Allah SWT

Aamiin.


TCBTL + MNS = SaVe biLL

TCBTL berkerjasama dengan MNS untuk mengumpul dana bagi program konservansi burung enggang. Pembelian mug/tumbler TCBTL, rm5 akan disumbangkan ke MNS bagi program konservansi burung enggang.

Maka dengan pembelian melebihi rm25 diTCBTL Cafe dapatlah aku memperolehi dan menambah koleksi simpanan kad dan dan koleksi mug bertema burung Enggang (saVe BiLL).



Kad xklusif TCBTL

poster burung enggang
beli di MNS KL



Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Salam 1441H

1 September 2019 cuti umum bersempena Tahun baru 1441H. Semoga doa kita semua diakhir tahun 1440H dan awal tahun 1441H dimakbulkan dan kehidupan kita akan dirahmati dan diberkati Allah SWT... aamiin. 



1441H..semoga dikurniakan kesihatan yang berkat, dimurahkan rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT 


01 August, 2019

Koleksi Kisah Misteri Mingguan Malaysia : Julai 2019


Salam bulan Ogos 2019. Berikut koleksi Kisah Misteri Mingguan Malaysia bulan Julai. Selamat membaca.







Semoga kehidupan kita semua sentiasa mendapat rahmat Allah SWT


15 July, 2019

Koleksi Kisah Misteri Mingguan Malaysia : Jun 2019


Selamat menempuh bulan Julai 2019. 
Berikut koleksi Kisah Misteri MM :







Selamat membaca Dan semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT.


05 June, 2019

Salam Syawal 1440H


Syukur kehadrat Allah SWT kerana dapat bertemu lagi Syawal 1440H. Berfoto bersama ayahbonda, adik beradik, anak saudara menambahkan lagi indahnya suasana sambutan Aidilfitri tahun ini.




Semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT

Aamiin



02 June, 2019

Koleksi Kisah Misteri Mingguan Malaysia : Mei 2019


Salam 28 Ramadan 1440H. Koleksi untuk bulan Mei 2019.






Selamat berpuasa Dan semoga kehidupan kita semua mendapat rahmat Allah SWT.





28 May, 2019

28 Mei 2019 : Fenomena Istiwa Adzam


Fenomena Istiwa' Adzam iaitu matahari di atas Kaabah berlaku pada hari ini jam 5.16 petang waktu tempatan. Sehubungan itu rujukan arah kiblat boleh dilakukan berdasarkan rujukan arah bayang matahari.



Selamat berpuasa, Semoga dipermudahkan urusan dan diberkati Allah SWT

16 May, 2019

LSM 2019 : #LS13 Melaka United Menang besau


Malam tadi di Stadium Hang Jebat,MU mencatatkan kemenangan besar ke atas Felda United ( 6-0 ). Perlawanan ke 13 bermula jam 10 malam bagi menghormati bulan Ramadan tentu sahaja menggembirakan pihak pengurusan dan peminat MU.

Semalam layan game di HP channel Iflix, harap momentum kemenangan dapat diteruskan di Darul Aman dalam game akan datang. Luka Milonovic menghasilkan hattrick, SR8 masih berbisa sentuhannya.







Gegau Melaka United Gegau
2019

13 May, 2019

MC Juara EPL 2018/19


Manchester City meneruskan penguasaan berganda menjuarai Liga Perdana Inggeris (EPL) Musim 2018/19 setelah memenangi perlawanan terakhir menentang BHA 4-1. Penentuan sengit hingga ke perlawanan ke 38 untuk menentukan kejuaraan bersama Liverpool yang gagal untuk mengekalkan pendahulu Liga dimana satu ketika pernah mendahului dengan kelebihan 7 mata.





MC boleh tambah koleksi Piala FA
Bertemu Watford 19/5/19

Tahniah MC Untuk musim 2018/19.


Bagi LSM 2019 pula, harap MelakaU dapat mengekalkan momentum untuk kekal bersaing dalam Liga utama bolasepak Malaysia.