15 November, 2017

Koleksi Wang Kertas Tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia(BNM)

Akhirnya lengkap sudah koleksi wang kertas tandatangan Gabenor BNM setelah berjaya membeli wang kertas RM2 tandatangan Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan yang seolah-olah tandatangan pemilik bernama Aishah...

Saja-saja kumpul wang kertas koleksi tanda tangan Gabenor Bank Negara Malaysia. Layan untuk koleksi persendirian, macam-macam koleksi...layan sebagai terapi minda.

Tun Ismail bin Hj Mohamed Ali
Gabenor BNM Ke 2
Julai 1962 - Julai 1980

Tan Sri Abdul Aziz bin Haji Taha
Gabenor BNM Ke 3
Julai 1980 - Jun 1985

Tan Sri Dato' Jaffar bin Hussein
Gabenor BNM Ke 4
Jun 1985 - Mei 1994

Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don
Gabenor BNM Ke 5
Mei 1994 - Ogos 1998

Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman
Gabenor BNM Ke 6
September 1998 - April 2000
YM Tan Sri Dato' Seri Dr Ungku  Zeti Akhtar binti Ungku Abdul Aziz
Gabenor BNM Ke 7
Mei 2000 - Mei 2016

Tan Sri Datuk Muhammad bin Ibrahim
Gabenor BNM Ke 8
Mei 2016 - Kini

Koleksi RM50 sempena 50 Tahun (1957 - 2007)

RM 50 Siri No: AA 6060678 (50 tahun)

Info : Gabenor BNM pertama Tan Sri William Howard Wilcock memegang jawatan selama 3 tahun dari Januari 1959 sehingga Julai 1962 tidak pernah menanda tangani mana-mana wang kertas keluaran BNM.


Semoga kehidupan kita semua dikurnia kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat. Aamiin...

14 November, 2017

10/11/17 : HUT Perkahwinan Ke 22@Hatten Place Melaka

Syukur Alhamdulillah kerana dapat meraikan bersama isteri : Puan Halimah : Hari Ulang tahun perkahwinan ke 22 di Hatten Place Melaka. Kebetulan Hatten Place sedang mengadakan promosi penginapan dengan harga bermula dari RM100. Peluang yang ada direbut bersama, terjah jangan tak terjah. Merasai pengalaman menginap di premis baru, meninjau pemandangan Selat Melaka. 

Hotel yang dilengkapi pengalaman membelibelah, menonton wayang di Elemen Mall. Satu lagi tarikan pelancongan di Melaka.

10 Nov 2017 : Meraikan bersama HUT perkahwinan Cikgu Chom (11/11/17) dan anak buah Nur Shahirah Abd Rahim (13/11/17). Booking terus enam bilik atas inisiatif Pn Rohani (adik ipar). Terimakasih semua ..momen indah di pinggiran Selat Melaka.

Kronologi bergambar@Hatten Place :

Hatten Place/Double Tree Hilton





Indah pemandangan Melaka dari tingkat 27





Tq Mamanieza perancang dekorasi..bilik 2724

Pantas masa berlalu semoga kita semua sentiasa dirahmati dan diberkati Allah SWT. Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Diari Santai : November 2017

Salam November 2017.

Antara aktiviti menarik Bulan Nov :

Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur : Hingga 14 Januari 2018 : MaTiC Lanai (Malaysia Tourism Centre) Kuala Lumpur : Sila layari web www.dinosaursalive.asia untuk maklumat lanjut.

1Malaysia Year End Sale 2017 : 1 Nov - 31 Dis 2017 : Seluruh Malaysia : Sila layari web http://www.missshopia.com/ untuk info lanjut.

Expo Negaraku : 15 Nov 2017 : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur : 

Traditional Arts Showcase Collection Of Regional Dances : 17 - 18 Nov 2017 : MaTiC Kuala Lumpur : Sila layari web http://www.jkkn.gov.my/ms untuk maklumat lanjut.

Viper Challenge 2017 Series : 18 Nov 2017 : Litar Antarabangsa Sepang, Selangor : 

KUL Marathon 2017 : 19 Nov 2017 (3 pagi - 12 Tengahari) : Lapangan Terbang Antarabangsa KL Sepang : Layari web https://event.howei.com/event/kul-marathon-2017 untuk maklumat lanjut.

Melaka Art and Performance Festival : 24 - 27 Nov 2017 : St Paul Hills, Bandar Hilir Melaka :
Sila layari web http://melakafestival.com/ untuk maklumat lanjut. Selamat berkunjung Ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Miss Shopia Shopping Hunt 2.0 : 25 Nov 2017: Kuala Lumpur : Layari web http://www.missshopia.com/ untuk maklumat lanjut.

Cuti Persekolahan Akhir Tahun :Bermula 24 Nov/25 Nov 2017 : Selamat berlibur untuk semua. Cuti-cuti Malaysia.

#kredit Santai Metro.

Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT. Aamiin....