19 February, 2021

19/2/2021~Jumaat : Melaka ~ PKPB

 Jumaat : PKPB bermula hari ini. S.O.P baru sehingga 4 Mac 2021 nanti. Sidang media oleh Menteri Kanan Pendidikan berkenaan pembukaan Sesi Persekolahan bagi Rendah dan Menengah. 

Alhamdulillah Hari ini bersolat Jumaat di Masjid Sementara Ar-Rasyid Serkam Darat. Cuaca panas berterusan. Tajuk khutbah ~ ' Institusi Keluarga Pemangkin Komuniti Bebas Dadah' Sempena Hari Bebas Dadah 19 Feb.

Sebelah malam telah bermula kuliah kelas maghrib Kitab Tafsir Ibnu Katheir~surah al-zalzalah bimbingan Ust.Hj.Firdaus Bin Bakrin Al-Hafiz. Semoga dipermudahkan segala urusan dan terus istiqamah dengan hadir majlis Ilmu. Inshaa Allah.







Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.