31 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 31/3/2020 : PKP Tahap 1 : Selasa


31 Mac 2020 : #kitajagakita.

Menu pagi : Kueteow goreng, telur ayam kampung separuh masak, Oligo suam.

#syukuralhamdulillah.

Jam 1005am hantar Ina ke SR, balik kerja jam 7pm. Lengang AMJ, menyinggah 7E bayar bil TM.

Menu tengahari : nasi putih, udang masak lemak kuning, sayur kacang panjang, air suam.

Menu petang : roti gardenia telur, kopi mahkota dewa al jannah.

Esok bermulanya PKP Tahap 2 sehingga 14 April 2020. Semoga segala kemelut dan masalah Covid19 yang sedang melanda seluruh dunia akan berakhir dengan segera. Insyaallah.

koleksi bekas kayu gardenia : en mus



Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

30 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 30/3/2020 : PKP : Isnin


30 Mac 2020 : #kitajagakita

Menu pagi : Bihun goreng, telur kg separuh masak, teh0suam.

Menu tengahari : Nasi Ayam, air suam.
Jam 1pm hantar Ina ke SR. Menyinggah 7E bayar bil TNB, TM.

Minum petang : Radix coffee, fluffy bun kaya Gardenia.
#syukuralhamdulillah.

Hari ini sidang media mengenai PKP Ke 2 bermula 1 April hingga 14 April 2020. Ada 13 ketetapan yang ditetapkan sebagai garis panduan Perintah Kawalan Pergerakan Ke 2.








Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin



29 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 29/3/2020 : Hari Ahad


29 Mac 2020 : #KitaJagaKita

Menu pagi : Mee Goreng, Kueteow Goreng, Roti Canai kosong, Teh0Suam. 
#syukuralhamdulillah

Jam 2.45pm hantar Ina ke SR. Menyinggah ke Stesen Petronas untuk isi minyak kereta setelah hampir 10 hari tidak menjengah ke stesen ini. Penjimatan untuk bulan Mac. Isi RM50 sampai melimpah keluar minyak, harga minyak dah turun, dah tak boleh nak agak isian penuh tangki minyak kereta...

Menu tengahari : Nasi putih, kari daging, sayur sawi jepun, air suam.

Minum petang : teh0suam, roti jagung gardenia.

Semoga rantaian penularan virus COVID19 dapat diputuskan dan keadaan akan kembali pulih seperti sediakala...aamiin.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat..

Aamiin



28 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 28/3/2020 : PKP


28 Mac 2020 : #stay@home

Menu pagi : Bihun goreng, telur separuh masak, teh0suam.

Menu lunch : Asam pedas ikan tenggiri, ikan bilis goreng bawang telur, nasi putih, air suam.

Jam 1pm hantar Ina bertugas di SR, balik nanti jam 7pm. Ikut AMJ, lengang je laluan.

Minum petang : Radix, kek marble.

Pengumuman pakej ekonomi oleh PM semalam : #syukuralhamdulillah.


Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT

Aamiin


27 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 27/3/2020 : Perutusan Khas PM


27 Mac 2020 : #stay@home

Menu pagi : Kueteow goreng, Minkaffe.

Menu tengahari : Nasi putih, ayam masak kurma, sambal udang, telur asin, air suam.
#syukuralhamdulillah.

Solat dirumah. Lepas solat zohor kita dirikan solat hajat agar: Doa semoga musibah dapat dihentikan dan Selamat Malaysia dari Wabak Covid19.

Menu petang : roti sosej berkeju, teh0suam.

Semoga keadaan akan kembali pulih seperti biasa. Aamiin..




Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT

Aamiin



26 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 26/3/2020 : PKP : 1 Sya'ban 1441H


26 Mac 2020 : #stayathome

Menu pagi : mee goreng, teh0suam

Menu tengahari : nasi putih, rendang ayam.

Menu petang : French fries,teh0suam.

#syukuralhamdulillah
#salamsya'ban



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin


25 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 25/3/2020 : Tempoh PKP dilanjutkan -14 Apr 2020


25 Mac 2020 : #kitajagakita
                         #stay@home

Menu pagi : Nasi goreng tapau, teh 0

Menu lunch : Sambal sotong, nasi putih.

 Macam biasa rutin hantar Ina kerja pukul 3pm balik 7pm.

Menu petang : popiah sayur bergoreng. Min Kaffe.

Hari ini ada perutusan khas dari PM : TSMY. 








Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

24 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 24/3/2020 : Dah seminggu


24 Mac 2020 : #dukrmhdiamdiam
                         #kitajagakita

Sudah masuk hari ke 7 cuti khas Kerajaan, begitu juga pelaksanaan PKP. Semoga keadaan akan kembali pulih secepat mungkin... Aamiin.

Menu pagi : Murtabak maggi kari, 2 biji telur ayam kg separuh masak berserta Teh 0 suam.

Jam 10 pagi keluar menghantar Ina ke tempat kerja ( kategori perkhidmatan perlu ), hari ini balik jam 5 petang. Rutin harian dah nampaknya.

Menu tengahari : kari ikan tenggiri, telur dadar...

Menu petang : pizza hut...Ina belanja petang ni untuk sekeluarga.

Dalam masa musim wabak ni, kena juga beringat-ingat, berjimat cermat dalam menghadapi situasi ekonomi dunia yang tidak menentu. Apakah kesannya akan berpanjangan, pasti akan timbul kesukaran buat semua.
Semoga keadaan akan pulih seperti biasa secepat mungkin...

murtabak megikari



Semoga kehidupan kita semua dalam rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin.

23 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 23/3/2020 : Sidang Media PM


23 Mac 2020 : PKP#Dukdiamkatrumah

Menu pagi : Nasi goreng, telur ayam kampung separuh masak, Teh 0.

Menu tengahari : Ikan caru masak kicap, telur dadar.
Jam 1pm hantar Ina berkerja seperti biasa dan akan balik jam 7pm.
 Harap semuanya baik-baik,dirahmati Allah SWT.

Menu petang : jejari krispi ayam, roti gardenia salut telur, teh 0.

Ada sidang media khas oleh TSMY jam 1pm. Pelbagai insentif untuk rakyat ketika negara sedang berdepan dengan wabak Covid19.






Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT
dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat..doa jua semoga keadaan akan cepat pulih seperti biasa.

Aamiin


22 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 22/3/2020 : PKP (ATM Bantu PDRM)


22 Mac 2020 : #dudukdiamkatrumah

Menu pagi : Kueteow goreng, Teh 0 suam.

Menu tengahari : Nasi Ayam. 
Rutin jam 1pm hantar Ina ke Secret Recipe, masih perlu berkerja cuma ditutup awal jam 7pm.

Menu petang : popiah sayur goreng, bagus juga, anak-anak dah boleh makan sayur.. isi sengkuang, lobak merah, timun, udang.

Hari ini juga bermulanya bantuan kawalan dari pihak Angkatan Tentera Malaysia untuk bergabung dengan agensi keselamatan lain PDRM,RELA dalam melaksanakan arahan Perintah Kawalan Pergerakan mencegah penularan wabak Covid 19. 






Semoga kehidupan kita semua
akan sentiasa dalam rahmat
Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

21 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 21/3/2020 : Arahan Kerajaan Negeri Melaka

21 Mac 2020 : #dukdiamkatrumah
Menu pagi : nasi lemak bungkus TSM,
Teh 0 suam.

Menu tengahari : kuah masak lemak ikan caru.

 Jam 1pm macam biasa rutin hantar Ina ke tempat kerja.Hari ini ada arahan terbaru Kerajaan Negeri tentang penguatkuasaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan : penutupan semua premis perniagaan meliputi Kedai makan, Pasaraya, Kedai serbaneka mulai jam 7 pm. 

Menu petang : jejemput udang,teh 0.




Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT
dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

20 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 20/3/20 - Tiada Solat Jumaat


20 Mac 2020 : #dudukdiamkatrumah
#PerintahKawalanPergerakan

Aktiviti pagi ini : menu mee goreng,milo suam.

Menu tengahari : ayam masak merah, suhun perut tauhu bersulam telur puyuh...jam 1245thr  keluar ke Secret Recipe ( hantar anak pi kerja ) tak tutup pula rangkaian kedai makan ni, perkhidmatan take away sahaja.

Minum petang : roti bakar/milo suam/popiah sayur bergoreng.. layan.








Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT
dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat..

Aamiin



19 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 19/3/20


19hb Mac 2020 : Jom duduk rumah. Aktiviti pagi : Sarapan pagi mihun goreng, Milo Suam, menonton Filem Korea tajuk Parasite, dah Astro bagi saluran percuma, layan sampai habis, menarik juga jalan cerita. 

Menu tengahari asam pedas ikan  sembilang, telur dadar bawang lebih tambah pula telur ikan sembilang..menyelerakan.. alhamdulillah tunggu 31hb mahu naik berat badan, nak mendaki Bukit Beruang dalam minggu ini pun terbatal, ngayuh basikal dalam rumah je nampaknya.

Menu minum petang..menu tersedia popiah goreng berinti sengkuang,timun, lobak merah ...vegeterian gitu, layankan dengan kopi mahkota dewa.. syukur alhamdulillah. 



kredit: beritaharian online

Selamat mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh Kerajaan Malaysia
semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin.

18 March, 2020

Cuti Khas Kerajaan : 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020 (Covid 19)

Akibat penularan wabak Covid 19, maka pihak kerajaan telah mengambil langkah dengan melaksanakan cuti khas sebagai langkah membendung penularan wabak ini dikalangan rakyat Malaysia.








Semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dalam rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat...aamiin.