13 November, 2013

Bunga Raya (Hibiscus Rosa Sinensis) : Bunga Kebangsaan Malaysia

Bunga Raya telah dinobatkan sebagai Bunga Kebangsaan pada 28 Julai 1960 oleh Perdana Menteri Malaysia yang pertama, YTM Al Marhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj berdasarkan justifikasi bentuk lima kelopak prinsip Rukun Negara. Sebelum dipilih terdapat 6 bunga pilihan lain : Kenanga, Melur, Tanjung, Teratai, Mawar dan Cempaka. Ditanam secara meluas sebagai pokok hiasan. 

Di Thailand dipanggil Ciba manakala di Indonesia bunga Kembang Sepatu. Mempunyai pelbagai khasiat kegunaan : daun pelbagai guna - penyejuk badan dan mengurangkan demam panas, bahan campuran membuat syampu, jus minuman, bahan pengilat kasut, minuman herba untuk hati.









Kepelbagaian Bunga Raya dari segi warna, bentuk dan ukuran menjadi lambang pelbagai bangsa, agama dan budaya serta hidup aman dan harmoni.

11 November, 2013

Jenjalan Taman Mini Malaysia & ASEAN, Melaka 2013









Cer cari salinan I/C Seniman Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dalam rumah negeri mana?




Adult : 03 53 PM 2013 0825 0046 0166-0170
Mini Malaysia & ASEAN Cultural Park

01 November, 2013

November 2013M/Zulhijjah 1434H/Muharam 1435H

Diam tak diam dah masuk bulan November 2013..bulan yang penuh peristiwa, menginjak kita ke Bulan Muharam 1435H, bermulanya perjuangan anakanda Nur Khairina untuk peperiksaan SPM 2013, bermulanya musim berlibur sempena cuti persekolahan...ada yang merancang ke bandar Ho Chi Minh (cari kain Aidilfitri 1435H) selamat berlibur untuk rombongan En.Rahim..semoga perjalanan@percutian dirahmati Allah swt..

Berikut antara aktiviti menarik Bulan November 2013 :

Borneo Safari 2013 : 27 Okt 2013 - 3 Nov 2013 : Rempuhan ekspedisi likuan off-road yang paling mencabar sepanjang 1000km dan mendaki Gunung Trus Madi setinggi 2642 meter. The Borneo Safari direka untuk menguji semangat pengembaraan sepanjang lapan hari. FB : Borneo Safari 2013.

Deepavali : 2 Nov 2013 : Seluruh Malaysia : Pesta Cahaya diraikan oleh penganut agama Hindu. Cuti Umum.

Awal Muharam (Maal Hijrah) 1435H : 5 Nov 2013 : Seluruh Malaysia : Awal Muharam atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam. Ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622M. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 1 Muharam bagi Takwim Hijrah.

SPM 2013 : 6 Nov 2013 : Seluruh Malaysia : Bermulanya peperiksaan bertulis bagi calon-calon SPM 2013 dengan Kertas Bahasa Melayu 1 (1103/1) jam 8 pagi hingga 10.15 pagi. Teringat nostalgia ketika berpeluang menjadi pengawas SPM di Port Dickson...hmmm...Tahun ini anakanda Nur Khairina akan menjadi calon SPM 2013..."Ya Allah permudahkanlah urusan anakku Nur Khairina untuk menghadapi SPM 2013, agar beroleh rahmatMu serta beroleh kejayaan..."

Say Y.E.S For Year End Sale : 8 Nov 2013 - 5 Jan 2014 : Seluruh Malaysia : Raikan dua bulan terakhir tahun ini dengan pengalaman membeli-belah yang hebat di seluruh negara.

Pesta Nelayan Menumbok 2013 : 9 Nov 2013 - 10 Nov 2013 : Menumbok,Sabah : Masyarakat nelayan di Menumbok, Sabah meraikan sumbangannya kepada pembangunan ekonomi di Sabah dengan sambutan perayaan. Sila layari www.sabahtourism.com

Labuan Remembrance Day 2013 : 10 Nov 2013 : Labuan World War II Memorial Park : Lebih dikenali sebagai hari Poppy, ia adalah acara yang diadakan untuk memperingati wira-wira yang berjuang untuk kemerdekaan negara semasa Perang Dunia yang Kedua.

24Th Raja Muda Selangor International Regatta (RMSIR) 2013 : 15 Nov 2013 - 23 Nov 2013 : Port Klang - Pangkor - Penang - Langkawi : Perlumbaan pelayaran yang diadakan pada setiap tahun kini kembali. Menampilkan pelbagai jenis kapal layar dari kelas atas seperti IRCI Racers hingga Slow Classics Cruisers. Titik permulaan pelayaran bermula di Royal Selangor Yacht Club Marine Annexe, Pulau Indah manakala Telaga Harbour adalah destinasi pelayaran terakhir. Untuk info lanjut sila layari www.rmsir.com

Cuti Persekolahan Akhir Tahun 2013 : Bermula 15/16 Nov 2013 : Seluruh Malaysia : Selamat Berlibur dan luangkan masa anda bersama anak-anak ketika musim cuti persekolahan.

Borneo Fighting Championship (BFC) : 16 Nov 2013 : Likas Sports Complex (Badminton Hall) : BFC adalah acara seni mempertahankan diri (MMA) yang pertama diadakan dirantau Borneo. Menampilkan 10 orang jaguh seni bela diri ( tujuh orang amatur dan tiga orang profesional). Selamat menyaksikan aksi tersebut.

Aquafair Malaysia 2013 : 21 Nov 2013 - 24 Nov 2013 : MITC Melaka : Medan tonjol ikan hiasan dengan penyertaan lebih 130 syarikat tempatan dan asing, selain 80 peratus ruangan dikhaskan untuk penternak ikan hiasan tempatan. Bayaran RM3 untuk deewasa manakala bagi warga emas berusia 60 tahun ke atas dan kanak-kanak di bawah usia 12 tahun adalah percuma. Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah.

Urbanscapes 2013 : 23 Nov 2013 - 24 Nov 2013 : MAEPS Serdang, Selangor : Satu komuniti kreatif Malaysia dari bidang muzik, seni, reka bentuk dengan membariskan artis-artis yang terbaik dari seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut layari www.urbanscapes.com.my

Tamparuli Bamboo Music Festival 2013 : 27 Nov 2013 : Dewan Tun Hamidah, Tamparuli, Sabah : Meraikan kepelbagaian buluh yang digunakan sebagai instrumen pada seni persembahan muzik tradisional oleh Orkestra Muzik Buluh. Instrumen muzik buluh seperti sompoton, bungkaw (rahang kecapi) dan seruling. Layari www.sabahtourism.com

Akhir kata : Selamat Menempuh Bulan November 2013/ Bulan Zulhijjah 1434H/ Bulan Muharam 1435H. Semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dipayungi rahmat dan berkat Allah swt.