23 October, 2011

Akhirnya All Blacks....


Akhirnya New Zealand All Blacks melerai kekangan selama 24 tahun untuk menjadi Juara dalam Kejohanan Ragbi Dunia 2011 di Stadium Eden Park New Zealand, yang kali terakhir dimenangi tahun 1987. Perlawanan yang penuh dramatik ketika bertemu Perancis dengan kemenangan 8-7. Perancis berjaya memberi tentangan cukup hebat meskipun ketika di peringkat kumpulan Perancis tewas 37-17. Malahan mengikut statistik, Perancis menguasai 55% perlawanan. Itulah sukan, malahan ketika di peringkat separuh akhir Perancis menewaskan Wales 9-8. Keperitan, kekecewaan pasti di rasai..sukan membentuk semangat juang jati diri...

Tahniah buat New Zealand, untuk sukan ragbi di Malaysia pasti banyak yang perlu di pertingkatkan, jika dilihat dari segi bentuk fizikal, kita pasti kalah justeru pengambilan beberapa pemain dari luar negara seperti Fiji yang di beri taraf pemastautin pasti memberi suntikan baru. Malahan di peringkat Asia Tenggara, Filipina telah mula menunjukkan belang dalam kejohanan yang dianjurkan di peringkat tempatan.

Sukan ragbi turut meninggalkan nostalgia.. ketika di SPPTD, menjadi Guru Pengiring ketika perlawanan persahabatan menentang Maktab Tentera DiRaja di Kem Sungai Besi...seronok melihat kekentalan, semangat juang para pemain anak-anak murid SPPTD, kemenangan memberikan kepuasan. Malahan sukan ragbi benar-benar memupuk semangat kesukanan yang jitu..mental dan fizikal. Begitu juga Kelab Ragbi JLJD juga turut memberi impak besar dalam sukan ragbi ATM malahan ramai juga pernah terpilih mewakili Malaysia, semoga Kor JLJD terus gah di persada ragbi negara.

Seperkara lagi nostalgia di New Zealand sekitar 1992, sukan tersebut seolah-olah menjadi sukan tradisi di sana.Sambil lepak menunggu trak sempat NZ Army bergumpal,berguling untuk sebiji bola ragbi..memang jauh beza bentuk fizikal apatah lagi melihat susuk tubuh mereka yang dari kaum Maori...pasti Jonah Lomu legenda ragbi NZ jadi ikon. Malahan ketika di Christchurch, harga T-Shirt All Blacks mahal hanya kerana eksklusifnya lambang 'fern'..New Zealand tinggal kenangan, entah bila dapat meredah kembali sejuk,timbunan salji...indah pemandangan di sana..melihat ciptaan Allah.

Apapun tahniah untuk New Zealand, tamat sudah RWC 2011 di NZ..semoga kita sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah..insyaallah.

01 October, 2011

Oktober/Zulkaedah/Zulhijjah

Berlalu sudah Syawal, pelbagai kenangan tercatat dalam lipatan kehidupan. Syawal yang pertama kali disambut dalam ertikata seorang yang bergelar pesara/pengganggur..teringat kenangan dalam perkhidmatan yang lepas..memori 22 tahun yang penuh nostalgia..

Apapun menempuh Oktober setelah 2 bulan bergelar pesara, penuh dengan ruang masa untuk melaksana apa sahaja..rehat sepuas-puasnya..ermmm. Bulan ini Kak Long bakal menghadapi PMR, didoakan kejayaan buat dirinya..berjaya menjadi insan seimbang dunia dan akhirat, insyaallah. Kak Ngah telah selamat menempuh UPSR bulan lepas...'merdeka' jeritnya setelah kembali kerumah apabila tamat peperiksaan tersebut. Moga kejayaan milik mereka berdua..Puas rasanya berehat, berlibur bersama keluarga tanpa ada kekangan..ya lah pesara/penggangur..belum nak intai-intai keje..makan pencen dulu..'sampai bila'..hahaha?

Antara aktiviti pilihan Bulan Oktober :

Mari Berkayak Dengan Akar Jerlun : 30 Sept - 2 Okt 2011. Tempat : Pusat Pendaftaran Akar Jerlun. Pertandingan kali ke dua ini bakal peserta berebut peluang untuk memenangi hadiah lumayan yang dipertandingkan. Marilah beramai-ramai ke Jerlun, Kedah.

Langkawi International Mountain Bike Challenge 2011 (LIMBC). 17 - 23  Okt 2011. Tempat : Langkawi. Maklumat Lanjut Hubungi Human Voyage (M) Sdn Bhd 03 9222 0786. Bagi mereka yang ingin menyertai pertandingan lumba basikal Langkawi.

Pertandingan Fotografi dan Pameran. Bulan Okt 2011. Tempat : Menara Taming Sari, Melaka.
Bagi mereka yang meminati fotografi, jangan lepaskan peluang menyertainya.

Environment Week Celebration. 21 - 27 Okt 2011. Tempat : Dataran Pahlawan/ Pantai Puteri  Melaka. Mari beramai-ramai menjayakan Minggu Alam Sekitar dan selamatkan bumi dari terus dimusnah.

Hang Tuah Festival. 23 - 25 Okt 2011. Tempat : Muzium Kesultanan Melaka. Selami sejarah hidup pahlawan Melaka, Hang Tuah sempena Festival Hang Tuah.

Perayaan Deepavali. 26 Okt 2011. Cuti Umum. Jom jalan-jalan cari makan.

Selamat menempuh Bulan Oktober/ Zulkaedah/ Zulhijjah...semoga kita semua akan sentiasa dipayungi rahmat Allah s.w.t. Insyaallah.....