10 November, 2020

HUT Ke 25 Perkahwinan - Jubli Perak

 10 November 2020 - syukur alhamdulillah kerana hari ini merupakan Jubli Perak bagi perkahwinan kami. Semoga seisi keluarga sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan umur yang berkat, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipayungi rahmat kasih Sayang. Aamiin.

Isteri bercuti hari ini...pagi lagi menikmati sarapan di Warung Pokok Buloh kemudian ke Kedai Sup Pak Dollah - pekena Mee Rebus Jawa dan Bihun Sup Daging. Pelaksanaan PKPB maka berdualah sahaja hari ini, kemudian ke Baker Cottage, membungkus Nasi Ayam perisa black pepper untuk santapan bersama dirumah.

Sebenarnya setelah tahu pengumuman PKPB maka anak-anak telah memberi kejutan untuk diraikan bersama di Green Cafe BJB pada 8 Nov 2020 kerana pastinya sukar apabila PKPB dilaksanakan mulai 9 November. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Terimakasih jua buat isteri dan anak-anak atas bingkisan hadiah. 







Syukur ke hadrat Allah SWT - semoga kami sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


06 November, 2020

Belangkas Masak Lemak@Kedai Lela

 6 Nov 2020 : Idea spontan untuk berkumpul sambil menjamu selera Belangkas Masak Lemak pekat meleleh di Kedai Makan Lela,Kg Ayer Tawar,Merlimau,.

Bersama rakan-rakan MES 1, Tok Mael, Denan, Zahar,Meli bersantai menjamu Nasi putih, Sayur Taugeh, Asam pedas Ikan duri dan paling rare Belangkas Masak Lemak...lama sungguh tidak menjamah Telor belangkas. Alhamdulillah dipermudahkan urusan untuk menjalin ukhwah bersama rakan-rakan. Menjamu selera menjalin kembali silaturahim.


Terimakasih sahabat : tok Mael membelanja kami semua. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Menu ikut musim hari ini.







Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

Salam Jumaat untuk semua 


01 November, 2020

1 November 2020 : PKPB

 

1 Nov 2020 : #kitaJagakita

Jam 3.30am hujan lebat turun setelah bahang cuaca panas begitu terasa. Menikmati sarapan pagi menu mihun bergedil, lontong di Medan Selera Merlimau. Sesetengah kawasan di Merlimau dilanda banjir akibat air laut pasang dan paras air Sungai naik mendadak.






Tengahari bersama famili ke My Kori Dessert Cafe di Merlimau. Kedai dessert baru dibuka. Akan datang McD pula, pesat dengan pelbagai menu hidangan. Pelbagai pilihan untuk menjamu selera bagi penduduk Merlimau.

Sebelah petang bersama Zahar - Kedai Dapur Ayu minum Kopi Pukau serta sup gear box Lima hinggit. Berborak santai.

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin