27 September, 2017

Menara Berkembar Petronas : Impian Jadi Nyata

Hasrat untuk meneroka ke Menara Berkembar Petronas ( Jejak kaki ke Skybridge/Observation Deck) terpendam sejak sekian lama.

Akhirnya hasrat tercapai pada 19 Ogos 2017, perancangan spontan dari Melaka Sentral menaiki bas ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dan berkomuter ke Stesen Masjid Jamek bertukar pula ke Stesen KLCC, berjalan kaki ke Suria KLCC melalui Butik Gucci ke sebelah kanan untuk ke Aras Concourse Menara Berkembar Petronas bagi membeli tiket sekitar jam 11 pagi namun hanya berjaya mendapatkan tiket jam 0430 petang...konsep siapa cepat dia dapat. Menjelang 12 tengahari tiket untuk hari tersebut telah 'Sold Out'.

Ronda-ronda dahulu Suria KLCC sementara menunggu waktu event 0430pm..

Melaka Sentral - TBS - MRT/LRT

Tiket Dewasa RM30/Kanak-kanak RM15 (Online Mahal wei)

Seronok wei 170 meter dari aras bumi

Indahnya Kuala Lumpur (Skybridge) : Tingkat 41


Menara Berkembar 88 tingkat ketinggian 452 meter
Observation Deck :Tingkat 86 terletak 370 mtr dari aras bumi

Menara Berkembar PETRONAS simbol kemajuan dan kecemerlangan Malaysia. Gabungan nilai estetika reka bentuk Timur dan Barat, memaparkan keunggulan rekaan jalinan keluli dan kaca. Abadikan kenangan anda dengan mengunjungi Kedai Cenderahati disini.

Akhirnya impian menjadi nyata bersama keluarga tersayang.


14 September, 2017

Diari Santai : September 2017

September 2017 muncul kembali. Semoga kehidupan kita semua dirahmati dan diberkati Allah SWT.

Antara aktiviti menarik Sept 2017 :

Dinosaurs Alive In Kuala Lumpur : Hingga 14 Jan 2018 : MaTiC Lanai (Malaysia Tourism Centre) Kuala Lumpur : Info lanjut sila layari web www.dinosaursalive.asia Selamat berlibur.

Program Kuala Lumpur Biennale 2017 (KLB 2017) : 19 Sept - 28 Feb 2018 : Kuala Lumpur, Penang and Sabah : Info lanjut sila layari web www.artgallery.gov.my Selamat berlibur.

Royal Pahang Billfish International Challenge 2017 : 22 - 24 Sept 2017 : Kuala Rompin,Pahang : Sila layari web www.rpbic.com.my untuk maklumat lanjut.

Educational Innovation & Motorsports Race (EIMARace) : 22 - 24 Sept 2017 : Bandar Indera Mahkota, Kuantan, Pahang : Layari web : uitm-eimarace-blogspot.my untuk info lanjut.

Borneo International Orchid Show (BIOS) : 22 - 24 Sept 2017 : Likas Sports Complex, Sabah:
Layari FB Borneo Orchid Society Sabah untuk maklumat lanjut.

2017 Formula 1 Petronas Malaysia Grand Prix Finale : 29 - 30 September - 01 Oktober 2017 : 
Maklumat lanjut sila layari web www.sepangcircuit.com  Selamat berlibur.

#kredit Santai Hmetro.

Semoga kehidupan kita semua sentiasa dalam balutan sihat sejahtera...aamiin