03 January, 2019

Nanas@Serkam 2019

Jika dahulu kawasan terbiar ini dipenuhi dengan pokok-pokok hutan meliar, namun kini telah berubah wajah dengan industri penanaman nanas. Serkam yang terkenal dengan ladang getah, ladang sawit, sawah padi. Kini punya produk hiliran yang baru iaitu buah nanas.

Tidak dapat dipastikan varieti nanas di kawasan ini sama ada varieti MD2 atau crystal honey atau varieti terkini. Pasti pengusaha tanaman telah mengenalpasti kesesuaian tanah di sini kerana Nanas boleh ditanam pada kebanyakan jenis tanah daripada tanah alluvium ke asid sulfat dan tanah gambut dengan saliran yang baik.



Untuk memajukan lagi konsep agro pelancongan, selain lawatan ke kawasan Melaka Halal Hub, itenirari lawatan boleh dipelbagaikan  ke kawasan penanaman nanas ini.

Nun jauh kelihatan Gunung Ledang

Selamat berkunjung ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesejahteraan di dunia dan kebaikan di akhirat. Aamiin.




No comments:

Post a Comment