24 December, 2020

One Day Trip ~ Port Dickson Sempena Ulangtahun Kelahiran

 Semalam ~ 23 Disember bersama Famili merentas ke Pantai Tanjung Biru, PD, N9,bersantai menghirup udara Segar di PD. Idea spontan mengisi waktu terluang Sempena Ulangtahun Kelahiran. Syukur alhamdulillah meningkat usia, semoga sentiasa dilimpahi rahmat Allah Subhanu Wataala. Aamiin. Terima kasih jua atas ingatan dan doa isteri & anak-anak, adik beradik, sepupusepapat dan Sahabat.

Bersantai menikmati udara Segar di Pantai Tg. Biru, makan tengahari di Nasi Kukus Ayam Cowboy, makan malam di Medan Selera Ikan Bakar Serkam Pantai.

Alhamdulillah ~ dipermudahkan segala urusan semalam, perjalanan dan menikmati menu tengahari dan makan malam. Terimakasih buat isteri dan anak-anak atas bingkisan hadiah.

Semoga kami sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat, dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat, dimurahkan rezeki limpahan kurniaan Allah SWT. Aamiin.








Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. 

*Salam Disember 2020*


10 November, 2020

HUT Ke 25 Perkahwinan - Jubli Perak

 10 November 2020 - syukur alhamdulillah kerana hari ini merupakan Jubli Perak bagi perkahwinan kami. Semoga seisi keluarga sentiasa dilimpahi rahmat, dipanjangkan umur yang berkat, dikurniakan kesihatan yang baik dan dipayungi rahmat kasih Sayang. Aamiin.

Isteri bercuti hari ini...pagi lagi menikmati sarapan di Warung Pokok Buloh kemudian ke Kedai Sup Pak Dollah - pekena Mee Rebus Jawa dan Bihun Sup Daging. Pelaksanaan PKPB maka berdualah sahaja hari ini, kemudian ke Baker Cottage, membungkus Nasi Ayam perisa black pepper untuk santapan bersama dirumah.

Sebenarnya setelah tahu pengumuman PKPB maka anak-anak telah memberi kejutan untuk diraikan bersama di Green Cafe BJB pada 8 Nov 2020 kerana pastinya sukar apabila PKPB dilaksanakan mulai 9 November. Alhamdulillah segalanya dipermudahkan. Terimakasih jua buat isteri dan anak-anak atas bingkisan hadiah. 







Syukur ke hadrat Allah SWT - semoga kami sekeluarga sentiasa dilimpahi rahmat dan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


06 November, 2020

Belangkas Masak Lemak@Kedai Lela

 6 Nov 2020 : Idea spontan untuk berkumpul sambil menjamu selera Belangkas Masak Lemak pekat meleleh di Kedai Makan Lela,Kg Ayer Tawar,Merlimau,.

Bersama rakan-rakan MES 1, Tok Mael, Denan, Zahar,Meli bersantai menjamu Nasi putih, Sayur Taugeh, Asam pedas Ikan duri dan paling rare Belangkas Masak Lemak...lama sungguh tidak menjamah Telor belangkas. Alhamdulillah dipermudahkan urusan untuk menjalin ukhwah bersama rakan-rakan. Menjamu selera menjalin kembali silaturahim.


Terimakasih sahabat : tok Mael membelanja kami semua. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Menu ikut musim hari ini.







Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

Salam Jumaat untuk semua 


01 November, 2020

1 November 2020 : PKPB

 

1 Nov 2020 : #kitaJagakita

Jam 3.30am hujan lebat turun setelah bahang cuaca panas begitu terasa. Menikmati sarapan pagi menu mihun bergedil, lontong di Medan Selera Merlimau. Sesetengah kawasan di Merlimau dilanda banjir akibat air laut pasang dan paras air Sungai naik mendadak.






Tengahari bersama famili ke My Kori Dessert Cafe di Merlimau. Kedai dessert baru dibuka. Akan datang McD pula, pesat dengan pelbagai menu hidangan. Pelbagai pilihan untuk menjamu selera bagi penduduk Merlimau.

Sebelah petang bersama Zahar - Kedai Dapur Ayu minum Kopi Pukau serta sup gear box Lima hinggit. Berborak santai.

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

17 October, 2020

17/10/2020 : #kitaJAGAkita

 Sabtu : #kitaJAGAkita

Angka +ve COVID-19 semakin meningkat di Malaysia. Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.



Aamiin

11 October, 2020

Sepuloh Sepuloh DuaPuloh DuaPuloh

 

10 Oktober 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Rutin pemanduan ke BJB. Hari ini tarikh 10.10.2020 ramai yang memilih untuk majlis walimatulurus. #alhamdulillah. Bersama isteri menghadiri jemputan majlis perkahwinan dari rakan sekelas Tingkatan Enam - Cikgu Mala. Tahniah Cikgu Mala menerima dua menantu hari ini. #astanaWarisanMerlimau


Jam 5pm di Restoran Mee Bandung Satay Atok Aji Ayer Keroh untuk bertemu rakan sekelas Darjah 6 (1978) Tn Malek dan pemilik Restoran berkenaan Tn Ismail. #alhamdulillah

Semoga semuanya sihat sejahtera.




Malam majlis bacaan Surah Yaasin untuk Almarhum Tok Husin di Kg Permatang Bukit Dua. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

06 October, 2020

6 Oktober 2020 : #691PKPP : Selasa

 

6 Okt 2020 : #kitaJAGAkita

Selasa : Rutin pemanduan seperti biasa. Cuaca panas hari ini. Petang ke Bengkel kereta, tanggalkan step/pemijak kaki Avanza..dah tanggal skru,sudah berusia 12 tahun, berkeriut,berbunyi,kekadang besi bergeser dengan bonggol maka keluarlah bunyi geseran...macam-macam alasan ...upah tanggal tokey caj rm30. Bertabahlah...janji sudah ditanggalkan @bengkel Tmn Muhibah.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


05 October, 2020

Isnin : PKPP : 5/10/20

 

5 Oktober 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Rutin pemanduan seperti biasa. Petang minum petang di Medan Selera Jeti Kuala Sempang - Kopi jantan Ais, samosa Kentang, tauhu sumbat, roti Jala Kuah Kari. Cuaca panas hari ini, sempat membeli bawal hitam, ikan selar kuning untuk lauk esok lusa.




Angka +ve COVID-19 makin meningkat dengan kemunculan kluster baharu.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


04 October, 2020

3 Oktober 2020 : Selamat Hari Lahir Abah : #87

 

3 Oktober 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Selamat Menyambut Hari Ulang Tahun Kelahiran Ke-87 buat Ayahanda Ithinin bin Talif. Semoga dipanjangkan Umur, dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat, sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Aamiin... 



Hujan awal sekitar jam 3am.Dingin suasana pagi ini. Rutin pemanduan ke BJB,hantar Riya berLSK.

Malam ke Pulau Melaka..meraikan sambutan Hari Lahir Abah,Nek Yah dan Cikgu Chom...semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin



02 October, 2020

Jumaat : PKPP : 2 Oktober 2020

 

2 Oktober 2020 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Rutin pemanduan seperti biasa kecuali BJB. Bersama Rejab, Zahar, Dak Pop pokde Lan bersarapan di Kedai Pak Chamet. #alhamdulillah. Cuaca panas hari ini. Solat Jumaat : Tajuk khutbah ' Pengurusan wang dengan berhemah' semoga kita semua beroleh kesejahteraan dan rahmat Allah SWT.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


01 October, 2020

1 Oktober 2020 : PKPP : KHAMIS

 

1 Oktober 2020 : #kitaJAGAkita

Khamis : Rutin pemanduan seperti biasa.Hujan lebat awal pagi, menjelang petang terasa bahang cuaca panas.


Jam 11pm hujan turun semula. Petang tadi sempat minum petang bersama Zahar di Medan Selera Jeti Kuala Sempang-cekodok bilis,tahu sumbat,Kopi jantan. #alhamdulillah.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

30 September, 2020

PKPP : 30 September 2020 : Rabu

 

30 September 2020 : #kitaJAGAkita

Rabu : Rutin pemanduan seperti biasa. Cuaca panas hari ini. Jam 5pm bersama isteri menikmati menu petang di YTBC Merlimau - Nasi Lemak ayam crispy dan membungkus Nasi Lemak Biasa.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

29 September, 2020

Selasa : 29 September 2020 : PKPP

 

29 September 2020 : #kitaJAGAkita

Selasa : Rutin pemanduan seperti biasa. Jam 1030am ke Restoran di TBT bersarapan bersama rakan Rejab, hujan lebat turun hampir 30minit. Petang kembali panas. Bersama isteri pekena Laksa dan Mee Kari, air Teh0Suam, Air mata kucing ais di gerai makan FAMA Air Tawar jam 5.15pm.


Pekena Susu Kambing sachets pagi ini. Enak juga rasanya.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

28 September, 2020

28 September 2020 : PKPP : ISNIN

 

28 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Selamat bertugas.Rutin pemanduan seperti biasa. Jam 10.50am bawa Bonda ke KKM Merlimau untuk pemeriksaan bulanan. Dikesan tekanan darah rendah pula, lain terkawal. Temujanji baru pada 23/11/20. Semoga dipermudahkan urusan. Tengahari ke Farmasi Alpro untuk membeli ubat bagi meredakan mata kanan rasa berdenyut-denyut dan mata pun merah. Setelah dititis Maxitrol dan makan ubat air Occufocus, nampak perubahan menjelang petang - kurang mata Merah dan beransur hilang denyutan. #alhamdulillah.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.
Aamiin.


27 September, 2020

AHAD : 27 September 2020 : PKPP

 

27 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Rutin pemanduan ke BJB. Sebelum itu hantar Abah ke Dewan Datuk Haji Ahmad Ithnin untuk penerimaan sumbangan Ahli Parlimen Jasin. Kemudian ke BJB dan bergerak ke Mydin MITC Melaka. Terlihat ramai orang berbaris di depan BubbleBee berhadapan Mydin MITC. Apalagi nak juga merasa minuman viral sekarang. Maka berbarislah Ina beramai-beramai beratur untuk memesan,membeli minuman Bubble Bee pemilik asal Artis Shuib&SitiSarah. #BMF

Cuaca panas hari ini.



Jam 5pm ke Jeti Pantai Siring membeli Ketam rm24 sekilo, udang rm32 sekilo,ikan Siakap rm18 sekilo. Penuh sesak kawasan Pantai Siring, hujan renyai menghalang untuk minum petang di gerai makan sana 


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


26 September, 2020

Sabtu : 26 Sept 2020 : PKPP

 

26 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Rutin pemanduan ke BJB sahaja. Cuaca panas hari ini. Berkunjung ke dua majlis Perkahwinan hari ini - di Kg Paya Lengkung dan Taman Harmoni Merlimau. SOP tetap dilaksanakan. Petang hujan lebat. Alhamdulillah.


PRN SABAH hari ini setakat jam 0930pm GRS telah berjaya mendapat 38 kerusi DUN untuk membentuk Kerajaan Negeri. Majoriti mudah bagi pembentukan Kerajaan Negeri yang baharu.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

25 September, 2020

Jumaat : 25 September 2020 : PKPP

 

25 Sept 2020 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Tiada pemanduan ke BJB. Solat Jumaat : Tajuk khutbah 'Amar Makruf Nahi Mungkar' semoga kita semua dapat membendung segala bentuk kemaksiatan dan kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Cuaca panas hari ini. Petang bersama keluarga ke Kedai buku Thai Kuang Plaza Melaka, membeli buku Pendidikan Islam Tahun 6 (dah hilang buku teks) bertabahlah..juga buku teks Biologi dan Sains untuk rujukan tugas isteri. Kemudian menikmati makan petang di D'Retro muara sg Melaka. Pekena Bubur Daging, cekodok bilis, cekodok cokelat, barli lemon suam. Sebelum sempat menyinggah tempat baru di Pulau Melaka. Ada hotel penginapan, Kafe makan minum ...teringat gaya binaan di Bukit Tinggi/Berjaya Hill Pahang. Bertambah tempat menarik di Melaka untuk dikunjungi.




Sempat juga membungkus sate Penjara Bandar Hilir. JJCM



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin