30 June, 2020

8 Zulkaedah 1441H : PKPP : 30 Jun 2020 : Selasa


30 Jun 2020 : #kitaJagakita

Selasa : Sudah sampai kita ke penghujung bulan Jun. Masuk pula kita ke Fasa Dua Tahun 2020. Rutin pagi hantar isteri ke SMKSM. Jam 9am, ke SKSD untuk mengambil buku kerja Ikhwan setelah terhenti sesi persekolahan sejak PKP.

Jam 10am hantar Ina ke SR, habis tugas jam 7.30pm. Dari SR ke Pejabat Pos untuk Riya daftar sebagai pengundi bagi PRU 15 nanti.

Jam 1pm bersama isteri menikmati makan tengahari - Nasi Goreng Kampung Telur Dadar Ayam Paha di Medan Selera My Nasi Ayam depan SMSHARODZ Telok Mas, tapau sekali Nasi Ayam. Hujan turun sebentar mendinginkan suasana.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

29 June, 2020

7 Zulkaedah 1441H : PKPP : 29/6/2020 : Isnin


29 Jun 2020 : #kitaJagakita

Isnin : Selamat Hari Lahir Ke 52 buat HALIMAH dan ZAITON. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Jam 0715am hantar isteri Pn Halimah ke SMKSM tugasan seperti biasa.

From Ina SR

Kemudian bersama Riya bawa Abah ke KKMerlimau untuk temujanji Doktor. Jam 0810am sudah ramai berbaris mengambil giliran. Bertabahlah...Jam 10am hantar Ina keSR, habis tugas nanti jam 3.30pm, kemudian ambil Riya Dan Abah yang telah selesai temujanji Doktor jam 10.30am. Temujanji baru pada 16 November 2020. #alhamdulillah.

Bertabahlah... berbaris
@KKMerlimau

Jam 1pm bersama isteri menikmati hidangan tengahari - Nasi Putih, Asam pedas Tetel, Kerabu Perut, Ikan Caru Bakar, Pucuk Ubi masak lemak, Teh0Suam di restoran sebelah BHP Telok Mas.



Malam meraikan HB isteri, makan-makan di Medan Selera Ikan Bakar Serkam Pantai bersama keluarga tersayang. #alhamdulillah.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

28 June, 2020

6 Zulkaedah 1441H : PKPP : 28/6/2020 : Ahad


28 Jun 2020 : #kitaJagakita

Ahad : Selamat Berhujung minggu.
Jam 10am hantar Ina ke SR,balik bertugas jam 7.30pm. Rutin malam PKPP

Singgah beli durian IOI - sekilo rm26, sebiji harga rm44. Bertabahlah.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin


27 June, 2020

5 Zulkaedah 1441H : PKPP : 27/6/2020 : Sabtu


27 Jun 2020 : #kitaJagakita

Sabtu : Selamat berlibur, isteri dan Nisa berkonvoi ke TIS, Shah Alam untuk menjengah, bertanya khabar Pak Busu Nuar yang selamat menerima ahli baru dalam family beliau - Auni Najwa. #syukurAlhamdulillah.

Jam 10am hantar Ina ke SR, tamat tugas jam 0730pm. Rutin malam PKPP.
Pasar Malam Serkam Pantai masih belum beroperasi. Hajat tidak kesampaian hendak membeli Mee Soto Bergedil sambil mencari selipar ASADI. Mungkin minggu hadapan dibulan Julai mula berniaga.




Semoga Kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

26 June, 2020

4 Zulkaedah 1441H : PKPP : 26/6/2020 : Jumaat


26 Jun 2020 : #kitaJagakita


Jumaat : Hujan awal pagi,sejuk suasana dalam rumah. Rutin hantar isteri ke SMKSM setiap pagi. Jam 10am hantar Ina ke SR, balik jam 5.30pm.

Bersolat Jumaat hari ini, tajuk khutbah "Negara Makmur, Rakyat Sejahtera". Masih perlu patuh S.O.P yang telah ditetapkan pihak berwajib.#alhamdulillah.

Jam 4.30pm bersama isteri ke Medan Selera Sg Rambai - Mizan Mee Bandung menikmati Mee Goreng Basah, Otak-otak, bungkus Mee Bandung, perjalanan balik Merlimau menyinggah gerai jualan buahan Sg Rambai membeli untuk menikmati aroma rasa Musang King dan Durian Sagil. Sesekali rasa teringin.....


Musang King & Durian fm Sagil

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat
Aamiin

25 June, 2020

3 Zulkaedah 1441H : PKPP : 25/6/2020 : Khamis


25 Jun 2020 : #kitaJagakita

Khamis : Jam 0715am hantar isteri ke SMKSM. Tugasan seperti biasa. Tiada pemanduan ke SR, Ina bercuti rehat sehari.
Jam 11am ke Bandar Melaka - beli telefon bimbit baru untuk Nisa :  dulu Wiko sekarang Realme C3 ikut bajet rm499, senang berkomunikasi bersama rakan dan guru-guru diMusim PKPP.

Kemudian menikmati makan tengahari di Kedai Nasi Kukus Ayam Berempah bersebelahan Bangunan Bank Rakyat Bandar Melaka.

Dalam perjalanan pulang, menjengah sebentar Tasik Bunga Keladi Bunting Semabok Perdana yang pernah viral musim PKP hingga dapat gelaran Bunga Seoulmabok...tinggal kenangan kawasan tersebut, telah ada projek pembersihan ...sudah tamat musim bunga. Dua jentolak besar kelihatan mengaut, membersihkan kawasan tersebut. Bertabahlah untuk view menarik tahun 2021...

Viral view SeoulMabok



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

24 June, 2020

2 Zulkaedah 1441H : PKPP : 24/6/2020 : Rabu


24 Jun 2020 : #kitaJagakita

Jam 7am hantar isteri ke SMKSM. Hari ini sudah bermula sesi persekolahan untuk murid Tingkatan Lima dengan mengikut SOP yang telah ditetapkan. Lawatan Pegawai Pendidikan dari PPD Jasin serta JPN Melaka. Semoga dipermudahkan segala urusan. Amalan norma baharu untuk murid-murid. Bertabahlah...

Bersarapan roti telur, bungkus roti canai kosong, sambal kupang pagi ini. Jam 10am hantar Ina ke SR, balik nanti jam 5.30pm. Cuaca cerah hari ini setelah hujan awal pagi.







Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

23 June, 2020

1 Zulkaedah 1441H : PKPP : 23/6/2020 : Selasa


23 Jun 2020 : #KitaJagaKita
1 Zulkaedah 1441H

Selasa : Jam 0715am hantar isteri ke SMKSM tugasan seperti biasa. Amalan norma baharu.

Jam 10pm hantar Ina ke SR, hari ini balik jam 07.30pm. Rutin malam PKPP. Jam 1pm menyinggah gerai jualan durian, IOI sekilo rm20, durian Kampung sekilo rm12. Beli IOI sebiji dan kampung sebiji. Rasa aroma berlainan warna. RM36 untuk dua biji durian. Tahun 2020 perubahan citarasa, mula menjengah merasa meminati buah durian.

Menu tengahari Nasi Beriani Hj Salleh - Beriani kambing dan ayam. Malam Bubur Nasi Daging.


IOI & Kampung






Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

22 June, 2020

Salam 30 Syawal 1441H : PKPP : 22/6/2020 : Isnin


22 Jun 2020 : #KitaJagaKita
30 Syawal 1441H

Isnin : Jam 0715am hantar isteri bertugas di SMKSM. Sarapan bersama di Zaiton Cafe TPI, Nasi Goreng Cili Basah, Telor Rendam jadi pilihan pagi ini. Jam 10.30am hantar Ina ke SR, balik bertugas jam 3.30pm. Cuaca panas setelah hujan pukul 11.30pm malam tadi. Pesanan Edaran Terbaru Al Quran Mushaf Al-Hadi dari Shopee sampai pagi ini - logistik Ninja Van.

Menu tengahari - Nasi Ayam, Mee Goreng Mamak Kedai Dak Ina.

Ambil Ina pukul 3.30pm balik dari SR, menyinggah Kedai Dak Ina membeli Durian IOI dan D13 - udang Merah, macam-macam nama. Sekilo rm25 dapat 3 biji dengan harga rm50, janji dapat melepas aroma rasa. Esok lusa boleh cuba Musang King, ikut tanda harga rm40 sekilo.

Hari ini juga dapat perkhabaran gembira. Tahniah untuk Pak Busu Nuar dan Moksu Izlina menyambut kelahiran bayi perempuan. Alhamdulillah semoga semuanya sihat walafiat.

Salam 30 Syawal 1441H semoga dapat bertemu nanti Syawal 1442H. Insyaallah..




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

21 June, 2020

Salam 29 Syawal 1441H : PKPP : 21/6/2020 : Ahad


21 Jun 2020 : #KitaJagaKita
29 Syawal 1441H

Ahad : Selamat Berhujung Minggu Dan Selamat Hari Bapa. Hujan berterusan sejak awal pagi. Bersantai sahaja di rumah. Pesanan Micro SDHD Card Shopee sampai hari ini, memang jauh berbeza harga dari kedai gajet di Merlimau. Lebih murah dari Kedai Gajet Amat Murah... bertabahlah. REMAX 16GB harga Kedai Amat Murah RM 38 berbeza harga REMAX 64GB Shopee dengan harga yang sama, terlepas pandang untuk melayari laman Shopee semasa membeli 16GB dulu. Bertabahlah..

Jam 1pm hantar Ina ke SR, balik nanti jam 10.30pm. Rutin baharu malam PKPP.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

20 June, 2020

Salam 28 Syawal 1441H : PKPP : 20/6/2020 : Sabtu


20 Jun 2020 : #KitaMestiMenang
28 Syawal 1441H

Sabtu : Selamat berlibur buat semua. Hujung minggu di musim PKPP. Hujan berterusan sejak awal pagi. Dingin suasana setelah panas sejak beberapa hari. Jam 1pm hantar Ina ke SR, balik pukul 10.30pm nanti. Rutin malam Musim PKPP. Kemudian ke Mydin Jasin membeli keperluan dapur, menikmati makan tengahari di Beriani Hj Salleh - Beriani ayam, Mee Goreng Mamak...hujan renyai masih berterusan.



Petang bersantai sahaja dirumah.

Sup Ketam menu hari ini

Semoga kehidupan kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

19 June, 2020

Salam 27 Syawal 1441H : PKPP : 19/6/2020 : Jumaat


19 Jun 2020 : #KitaMestiMenang
27 Syawal 1441H

Jam 0715am hantar isteri ke SMKSM, tugas sudah seperti biasa bermula musim PKPP. Sarapan bersama di Masri Cafe TPI, roti Telur, Nasi Goreng Cili Basah.

Bersolat Jumaat - dapat no 13, SOP seperti biasa di Masjid Ar Rasyid, Kg Serkam Darat. Khutbah berkisar tentang Kebersihan Tanggungjawab Bersama bagi mencegah Wabak Demam Denggi.

Menu tengahari : Nasi Lemak Sambal Sotong.

Jam 3pm hantar Ina ke SR, habis tugas jam 7.30pm. Rutin malam PKPP.


Amalan norma baharu
#solatjumaat


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

18 June, 2020

Salam 26 Syawal 1441H : PKPP : 18/6/2020 : Khamis


18 Jun 2020 : #KitaMestiMenang
26 Syawal 1441H

Khamis : Jam 0715am hantar isteri bertugas di SMKSM, kemudian bersama bersarapan pagi Nasi Goreng Telur Mata Bersambal Kupang. Jam 0830 ke Bengkel Kereta Total sebelah Pasaraya Mega, tukar minyak enjin Total dan belting (rm270 - rm150 minyak enjin+filter , rm120 belting) bertabahlah...minyak enjin pun dah hampir 6 bulan tidak ditukar. Siap kerja kereta, kemudian ke Klinik Kesihatan Merlimau ambil ubat-ubatan Emak.. alhamdulillah tidak lama menunggu pagi ini. 16 Julai tarikh ambilan ubat akan menyusul. Selepas hantar ubat, bawa kereta ke Carwash Serkam Darat Cawangan Merlimau untuk cuci Avanza luar dalam, lama sungguh tidak disirami buih-buih sabun untuk Avanza. Cuaca pun panas hari ini, memang sesuai dimandikan.

Selesai cuci Avanza, menyinggah Pasar Jeti Kuala Sempang, beli sotong (sekilo rm34) dan ayam seekor (rm15) untuk stok lauk esok.

Petang ini sekeluarga ke Kip Mall Melaka menikmati menu istimewa Pecal Lele Set, Sotong Lele, Ayam Bakar di Kafe Ayam Penyet Lamongan. #alhamdulillah.

Tukar Belting
Speedo meter
(435854)





Hujan menyirami Bandar Melaka petang ini.

Semoga kita kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

17 June, 2020

Salam 25 Syawal 1441H : PKPP : 17/6/2020 : Rabu


17 Jun 2020 : #KitaMestiMenang
25 Syawal 1441.

Rabu : Jam 0715am hantar isteri ke SMKSM untuk tugasan harian. Cuaca mendung pagi ini. Kami berdua bersarapan @Zaiton Cafe TPI. Nasi Goreng Cili Basah Telur Mata dan Telur Rendam jadi pilihan. Bungkus Kuih Koci 50 sen sebiji (4 biji)..ok kuih koci sama sedap mcm koci bang limat.

Jam 12.50pm ambil isteri untuk rehat sejam, terus ke Kedai Dak Ina membeli durian. Dua biji rm50 - durian Kampung Kahwin kata Dak Wan (sekilo rm14). Sesekali membeli penghilang rindu rasa aroma durian..nak yang mahal lain kali gamaknya.

#durian kampung kawen
#macam2



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

16 June, 2020

Salam 24 Syawal 1441H : PKPP : 16/6/2020 : Selasa


16 Jun 2020 : #KitaMestiMenang
24 Syawal 1441H

Selasa : Jam 0715am hantar isteri ke SMKSM. Kemudian bawa Abah untuk pemeriksaan darah di Klinik Kesihatan Merlimau. Semoga dipermudahkan urusan hari ini.

Alhamdulillah selesai tugasan pagi, menyinggah Medan Selera Tmn Harmoni, bungkus daging salai belimbing buluh, Sambal Sotong, pucuk ubi masak tempoyak. Sempat Abah ngeteh makan roti Canai, lama tidak keluar musim pkp.

Jam 1pm hantar Ina ke SR, balik nanti jam 1030pm. Rutin pemanduan malam di musim PKPP.

Jam 5pm hujan renyai menyirami TSM. Syukur dingin suhu rumah.


Salam Takziah Untuk
Keluarga Kak Mariah.
Al Fatihah untuk
 Almarhum Aznal Azizon(Boboi)


Semoga kehidupan kita dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

15 June, 2020

Salam 23 Syawal 1441H : PKPP : 15/6/2020: Isnin


15 Jun 2020 : #KitaMestiMenang
23 Syawal 1441H

Isnin : Selamat bertugas untuk semua.
Jam 0715am hantar isteri ke SMKSM, bertugas seperti biasa hingga jam 0430pm.
Jam 1pm hantar Ina ke SR,habis berkerja nanti jam 10.30pm. Rutin baharu Musim PKPP.
Hari ini tengahari bermacam menu dibeli - Kari Ayam, Ikan Caru Singgang, Ikan Keli Sambal Berlada, TempeKentang Berlado, Asam Pedas Daging Tetel, Nasi Ayam. #macamSelero.

Cuaca panas hari ini, harap turun hujan ditengah malam.




Semoga kita dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

14 June, 2020

Salam 22 Syawal 1441H : PKPP : 14/6/2020 : Ahad


14 Jun 2020 : #KitaMestiMenang
22 Syawal 1441H

Ahad : Selamat berhujung minggu. Jam 10am hantar Ina ke SR, tugasan Musim PKPP. Hari ini jamuan makan tengahari bersama adik beradik di Permatang Bukit Dua. Perjumpaan 22 Syawal setelah tidak dapat berkumpul serentak pada 1 Syawal. Semoga segalanya dipermudahkan urusan. Insyaallah.

Alhamdulillah dapat berkumpul menikmati juadah makan tengahari. Pelbagai menu - Nasi Arab, Nasi Putih, Sup Ayam, Ayam Kampung Sambal Berlado, Ketupat serunding, Kuah kacang, pelbagai jenis kuih muih, syukur nikmat kurniaan Allah.

Petang - Teh0Suam, Kek, Kambing Perap Salai, Cakoi. Kemudian berfoto sakan.








Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin