30 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Empat : 30/4/2020 : Khamis


30 April 2020 : #KitaMestiMenang
7 Ramadan 1441H

Hari Khamis penghujung Bulan April , dah seminggu melaksanakan ibadah puasa, semoga segala amalan diterima Allah SWT. Hari ini Ina bercuti rehat. 

Malam tadi sekitar jam 10pm gangguan elektrik sekali lagi di Jln SM3, TSM. Hampir 40minit bergelap, kerap pula berlaku, adakah kerana beban pertambahan penggunaan elektrik atau masalah lain.Pihak TNB masih gagal untuk mengatasi masalah tersebut. Dalam bergelap, hujan rahmat turun mendinginkan suhu dalam rumah. Pukul 1.10am black out lagi 10 saat, team TNB buat bedah siasat stesen bekalan kuasa agaknya.
Jam 8am sekali lagi black out hampir 15minit. Jam 2.30pm keluar membeli  barang keperluan, ada  lori jana kuasa berhampiran bilik stesen TNB TSM yang pastinya menjana elektrik untuk kawasan yang mengalami gangguan. Apa pula masalah dalam bilik kuasa TNB itu? Harap masalah gangguan bekalan elektrik dalam kawasan perumahan ini akan dapat diatasi.

Menu sahur : Nasi Putih, Ayam masak lemak cili Berlado, sambal telor ayam, sambal garing, Teh0Suam.

Menu berbuka : Nasi Lemak Kukus Telur Goreng, Sambal sotong kembang, Roti John Awe Ayam, Bubur Lambuk Denan, Cakoi Donut Pak Din, Tembikai - juadah berbuka semuanya beli di Merlimau ( dapur berehat petang ni), Sunquick Oren Ais, Teh0Suam.
#syukuralhamdulillah



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

29 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Empat : 29/4/2020 : Rabu


29 April 2029 : #KitaMestiMenang
6 Ramadan 1441H

Hari ini bermulanya PKP Fasa Ke Empat sehingga 12 Mei 2020. Bersama kita memutuskan rantaian jangkitan COVID-19. Doa bersama - agar keadaan akan pulih seperti sediakala dan dapat menjalani kehidupan seperti biasa. Hari ini jam 1430pm keluar menghantar Ina ke SR, bertugas seperti biasa hingga jam 7pm. Keluar awal ke M.Point untuk membeli peralatan membuat kuih.

Semoga hari ini dipermudahkan segala urusan. Insyaallah.

Menu sahur : Nasi Putih, Kari Daging Lembu, Kuah tumis Sawi, Sambal Garing, Teh0Suam.

Menu berbuka : Kueteow Goreng, Roti Canai Sejuk Beku Cicah Rendang Segera Adami, Teh0Suam, Farm Fresh Coklat.

Sumbangan Kerajaan Malaysia







Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

28 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 28/4/2020 : Selasa


28 April 2020 : #KitaMestiMenang
5 Ramadan 1441H

Jam 4.15am hujan mula turun di TSM berterusan hingga jam 11am. Sejuk, nyaman suasana didalam rumah. Jam 3pm hantar Ina ke SR, habis tugas jam 7pm. Rutin harian. Cukai jalan daripada Myeg masih belum diterima, musim PKP semua tergendala dan terlewat. Bawa sahajalah surat insuran jika ditanya pihak berwajib.

Rezeki hari ini bingkisan daripada adik from Kg.Kandang..delivery roti pelbagai, sambal garing. Terima kasih. Alhamdulillah.





Sekadar informasi


Menu sahur : Nasi Putih, Telur Ayam Bersambal, Sambal Garing, Kuah Masak Lemak Lodeh, Teh0Suam.

Menu berbuka : Mee Rebus, Roti from Tmn Debunga, Teh0Suam.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


27 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 27/4/2020 : Isnin


27 April 2020 : #KitaMestiMenang
4 Ramadan 1441H

Hari Isnin jam 1pm macam biasa hantar Ina ke SR, habis bertugas jam 7pm. Masih menanti barangan yang ditempah dalam talian (shopee) - khidmat Poslaju, JnT dan item personal care Touch. Sibuk hari ini menerima barangan yang dibeli dalam talian. Musim PKP digalakkan order online.

Menu sahur : Nasi Putih, Bawal Tiga Rasa, Ketam Masak Lemak Nenas (terima kasih Bang Halim atas pemberian ketam hasil tangkapan tempohari), Telur Dadar, Teh0Suam.

Menu berbuka : Ketupat segera, Lemang segera, Rendang Ayam, Kuah Lodeh, Kuah Kacang, Teh0Suam, Air Cokelat Farm Fresh.

#syukuralhamdulillah





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin


26 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 26/4/2020 : Ahad


26 April 2020 : #KitaMestiMenang
3 Ramadan 1441H

Selamat berhujung minggu : #stay@home.

Jam 1.45pm hujan rahmat di TSM, alhamdulillah suhu dalam rumah sejuk, nyaman.

Jam 3pm hantar Ina ke SR, bertugas hingga jam 7pm.Minggu ini, Ina akan bertugas seperti biasa, cuti rehat sehari sahaja dalam seminggu. Sibuk kembali rutin tugas cuma dalam bulan Ramadan waktu berkerja Ina akan tamat jam 7pm.

Menyinggah ke 7E, bayar bil TM, beli Sinar Harian Ahad sambil ke M. Point membeli Premium Coklat Farm Fresh kegemaran Ikhwan.

Menu sahur : Nasi Putih, Telur Puyuh Bersambal, Telur Suhun perut tauhu, Ikan Kembung Goreng, Teh0Suam.

Menu berbuka : Bihun Goreng, Kurma Rotab Madu, Roti Gardenia Celup Telur, Teh0Suam, Air Coklat Farm Fresh.

Berjemaah lagi kita malam ini, bersolat Isyak dan Solat Sunat Terawih...semoga kita semua dilimpahi rahmat dan mendapat keredhaan Allah SWT.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

25 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 25/4/2020 : Sabtu


25 April 2020 : #KitaMestiMenang
2 Ramadan 1441H

Hari Sabtu duk ontok-ontok kek ghumah. Bersama memutuskan rantaian COVID-19.

Ke Kedai Tmn Pulai Indah, lama benar tidak membeli disini. Hari ini membeli ayam 3 ekor, Roti Canai Sejuk Beku, bahan untuk Nasi Ayam-sos tiram, kiub ayam. Nak membeli Kari Kambing ADABI dah habis ler pulak, ingat nak mencuba Nasi Basmathi Kari Kambing...macam-macam menu timbul masa puasa dimusim PKP.

Alhamdulillah...hujan rahmat @TSM jam 1.15pm

Menu sahur : Nasi Putih, Kari Daging Lembu, Telur Ayam Goreng Bersambal, Teh0Suam, Air Suam.

Menu berbuka : Nasi Ayam, Buah Kurma, Teh0Suam, Farm Fresh Susu Kurma. Roti Canai Segera bercicah Rendang Ayam ADABI.
#syukuratasnikmatKurniaanAllah



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin


24 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 24/4/2020 : Jumaat


24 April 2020 : #stay@home

Salam Ramadan 1441H.

Hari Jumaat, umat Islam di Malaysia mula melaksanakan ibadah puasa. Tidak seperti kelaziman biasa, tahun ini ibadah solat terawih berjemaah dimasjid, surau tidak dibenarkan semasa perlaksanaan PKP bagi mencegah, memutuskan rantaian pandemik COVID-19 yang sedang melanda dunia. Alhamdulillah .. dapat bersama keluarga melaksanakan ibadah solat terawih secara berjemaah dirumah malam tadi.

Petang ini tidak dibenarkan bazar Ramadan. Tiada lagi bersesak untuk mencari juadah untuk berbuka puasa. Perubahan baru daripada kelaziman, kebiasaan tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita semua dilimpahi rahmat Allah SWT sepanjang Bulan Ramadan 1441H.. Insyaallah.

Semalam juga PM TSMY telah juga mengumumkan tentang Fasa Ke-4 PKP sehingga 12 Mei 2020. Bertabahlah kita semua menghadapi situasi ini... #KitaMestiMenang.

Duk ontok2 kàt rumah. COD pertama pagi ini daripada Sejagat Mall (kopi goji,dodol,sambal garing). Menanti dari online Shoppe pula.

Salam Ramadan 1441H


Menu sahur : Nasi Putih, Sup Ayam, Sambal Telur, Teh0Suam.

Menu berbuka : Kueteow Goreng Ikhwan, Popiah Goreng Sayur, Kopi Goji Sejagat, Teh0Suam, Farm Fresh Susu Kurma.
#syukuralhamdulillah.



Semoga dalam Bulan Ramadan ini, segala amalan kita diberkati dan diterima Allah SWT.
Moga jua kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. 

Aamiin

23 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 23/4/2020 : Khamis


23 April 2020 : #stay@home

Petang ini ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadhan.
Hari Khamis penghujung bulan Syaaban, esok akan mula menjalani ibadah puasa didalam musim PKP. Bermula ibadah solat sunat terawih malam ini. Tiada solat berjemaah dibenarkan dimasjid,surau.. suasana berbeza seperti kelazimannya. 

Hari ini ontok2 dirumah. Ina bercuti rehat selama 3 hari. Tiada khidmat pemandu ke tempat kerja. Pukul 1.15pm hujan turun, suasana sejuk suhu dalam rumah....syukur alhamdulillah.

Menu pagi : Mee Goreng, Teh0Suam, Telur Ayam Kampong Rendam.

Menu tengahari : Mee Sanggul Sizzling HomeMade by Chef Riya, Air Premium Chocolate Farm Fresh, Air Suam.

Menu petang : CuqUdang Cicah kuah pekat ikan kembong nenasMD2, Teh0Suam.






Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

22 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 22/4/2020 : Rabu


22 April 2020 : #KitaMestiMenang

Jam 10am hantar Ina ke SR, habis tugas jam 4.30pm. Dari sana menyinggah mengisi minyak RON95- RM30 dapat 24 Liter kemudian ke Jeti Kuala Sempang membeli daging lembu sekilo rm32, ikan bawal hitam sekilo rm30, Pisang Berangan selonggok rm5, Epal Fuji Rangup selonggok rm10, buat mengunyah waktu malam 5 peket rm10 - kuih bangkit, kuih ros, rempeyek kacang tanah kacang hijau....macam-macam selera.





Menu pagi : Kueteow Goreng, Teh0Suam.

Menu tengahari : Nasi putih, Kari Ikan Bawal, Ayam Masak Kicap, Sayur Taugeh Cendawan Tiram, Sunquick Oren.

Menu petang : Kopi Goji Sejagat, Cendawan Tiram Celup Tepung.

#syukuralhamdulillah

Cendawan tiram celop tepung

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat..Aamiin

21 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 21/4/2020 : Selasa


21 April 2020 : #KitaMestiMenang

Alhamdulillah semalam hujan turun, kuranglah sedikit bahang panas seketika dalam rumah.

Alhamdulillah - hujan rahmat belah petang

Pagi ini ke Pejabat Pos Merlimau, untuk perbaharui cukai jalan dan insuran kereta namun kemudian ke Baasit Agensi Tmn Debunga untuk mendapatkan harga lebih murah. Namun hari ini mengikut Bos Agensi tersebut telah ada peraturan baru pihak insuran dalam hal caj harga perlindungan insuran kenderaan, terpaksalah bayar lebih sedikit walaupun tahun lepas harga insuran yang dilindungi lebih rendah, dah musim PKP berbagai-bagai pula peraturan cuba dikuatkuasakan pihak insuran. Sabau je ler...ikut harga pasaran..yang lepas boleh runding lagi.

Jam 3pm hantar Ina ke SR ikut laluan AMJ, hari ini habis berkerja jam 7pm.

Menu pagi : Bihun Goreng, Teh0Suam.

Menu tengahari : Nasi Beriani Kawah Hj Salleh Cwg Merlimau - beriani ayam dan kambing. Tapau sahaja. Air Kelapa, cendol.

musim pkp : tapau sahaja

Menu petang : Kopi Mahkota Dewa Al Jannah, Roti Canai Segera cicah kuah beriani kambing.
#syukuralhamdulillah




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

20 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 20/4/2020 : Isnin


20 April 2020 : #KitaMestiMenang

Hari Isnin : Selamat bertugas untuk semua petugas barisan hadapan dalam menghadapi situasi wabak COVID-19. Semoga kita bersama bersatu hati memutuskan rantaian pandemik virus tersebut. InshaAllah.



Menu pagi : Nasi Lemak, Sambal Sotong (@M.point sekilo rm26.90)  Ikan Kembung(sekilo rm10),Kicap berCilimemBawang, Telur Goreng, Timun, Teh0Suam.


#syukurAlhamdulillah


Menu tengahari : Nasi Lemak sotong bersambal terlajak Tengahari, Air Suam.

Jam 3pm hantar Ina bertugas di SR, balik jam 7pm. Musim PKP Fasa Tiga, penugasan jam berkerja pun turut berkurang, harap bantuan BPN untuk Bujang atas 21 tahun akan menampung perbelanjaan akibat jumlah gaji yang berkurangan.

Menu petang : Popiah Sayur Goreng,Karipap Sardin Sejuk Beku, Pau Goreng Sejuk Beku, Oligo Suam.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat dan dilimpahi rahmat Allah SWT

Aamiin

19 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 19/4/2020 : Ahad


19 April 2020 : #KitaMestiMenang

Selamat berhujung minggu,stay@home-putuskan rantaian COVID-19.

Jam 10am menghantar Ina ke SR setelah bercuti rehat selama 3 hari, balik nanti jam 3.30pm. Menyinggah 7E bayar bil telefon, beli prepaid untuk isteri dan anak-anak. Beli Sinar Harian Ahad-santai hujung minggu membaca.

Menu pagi : Kueteow Goreng, Teh0Suam.

Menu tengahari : Nasi Putih, Asam Pedas Ikan Pari Daun Kesum, Air Suam.

Menu petang : Kueteow Goreng Recycle, Oligo Suam.
#syukuralhamdulillah.



34 kes impot 3 warga Melaka-37 kes@Melaka


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

18 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 18/4/2020 : Sabtu


18 April 2020 : #KitaMestiMenang

Hari Sabtu, duk ontok@ghumah, mudah-mudahan cepat terputus rantaian COVID-19.

Harga Minyak 18-24Apr20
Maintain RON 95





Menu pagi : Mee Goreng, Teh0Suam,
Telor Ayam Kampung Rendam.

Menu tengahari : Nasi Putih, Ayam Masak Lomak Cili Padi.

Menu petang : Kopi Mahkota Dewa Al Jannah, Roti Canai Segera Cicah Kuah Masak Lomak Cili Padi.
#syukuralhamdulillah



Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah SWT

Aamiin

17 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 17/4/2020 : Jumaat


17 April 2020 : #KitaJagaKita

Tiada Solat Jumaat hari ini selaras arahan Jabatan Mufti Negeri Melaka berikutan PKP Fasa Tiga dikuatkuasakan sehingga 28 April 2020.



Mudah-mudahan kita semua sentiasa dilimpahi rahmat Allah SWT.

Menu pagi : Bihun Goreng, Air Siraman PMC, Oligo Suam.

Menu tengahari : Nasi Putih Jasmine Super 5, Gelama Bersambal, Sup Ayam, Telur Dadar, Air Suam.

Menu petang : Kopi Goji Sejagat, Pau Goreng Sejuk Beku.
#syukuralhamdulillah





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

#KitaMestiMenang


16 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 16/4/2020 : Khamis


16 April 2020 : #stay@Home

Keluar jam 0730am ke kedai akhbar dalam Taman SM, membeli Harian Metro dan Sinar Harian untuk melihat info lanjut tentang pembatalan peperiksaan UPSR, PT3 dan penundaan peperiksaan SPM, SMV, STPM, STAM.

Menu pagi : Kueteow Goreng, Teh0suam.

Menu tengahari : Nasi Putih, Daging Salai Masak Lomak Santan Berlado, Telur Dadar, Air Suam.

Daging Salai Batu Masak Lomak
Santan Pokat


Menu petang : Kopi Goji Sejagat, Roti Canai Segera cicah kuah daging salai pokat.
#syukuralhamdulillah

Bersabarlah Anakanda Khairul Ikhwan kerana berdepan dugaan Tahun 2020 tanpa ada peperiksaan UPSR dan Tahun 2021 bakal melangkah pula ke alam sekolah menengah.

Semoga dipermudahkan urusan menghadapi hari-hari mendatang. 
InshaAllah. 

Akhbar HM/SH : 16 Apr 2020



Semoga kita semua mendapat rahmat Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

15 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Fasa Tiga : 15/4/2020 : Rabu


15 April 2020 : #stay@home

 Melaka : Cuti umum hari ini sempena Perisytiharan Melaka Bandaraya Bersejarah.


Hari ini juga bermula PKP Fasa Ketiga sehingga 28 April 2020, usaha pihak Kerajaan untuk mencegah penularan Wabak COVID-19 dan memutuskan rantaian wabak tersebut. 

Menjelang Ramadan 1441H pasti sambutan berbeza berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Ya Allah Ya Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang... limpahkan lah RahmatMu dan kurniakan kami semua nikmat kehidupan yang baik lagi berkat.... Aamiin.

Menu pagi : Nasi Goreng Tapau, Teh0suam.

Menu tengahari : Nasi putih, ayam masak lemak cili api, sambal pecah telur, air suam.

Menu petang : Popiah Goreng Bersayur, Kopi Goji Sejagat.

Gas habis, masak air dalam rice cooker..portable cooker pula dah rosak, Sabau je ler.

Jam 0830am dah ke Kedai Hadi untuk membeli tong gas baru - RM26.60, musim PKP lagi cepat pertukaran tong gas, 28 Mac 2020 baru tukar yang baru - 14 April 2020 gas dah habis, selalunya hampir sebulan. Banyak menu baru, kerap masak air, itu yang cepat habis gas memasak...Kita Kena Redha...

Jam 0930am keluar awal hantar Ina ke SR, menyinggah rumah mak - hidup enjin Proton 1.5 (lama benau sejak PKP tak start enjin), nyapu ruang beranda, ambil bungkusan Niza di rumah Mak Ngah. (keropok lekor, Karipap Kentang frozen,Daging salai frozen)
#syukur alhamdulillah.

Hari ini sidang media Menteri  Kanan Pendidikan jam 4 ptg.




Sabarlah Anakanda Khairul Ikhwan


Semoga kehidupan kita semua dilimpahi rahmat Allah SWT

Aamiin


14 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Tahap Dua : 14/4/2020 : Selasa


14 April 2020 : #KitaJagaKita

Malam semalam jam 0930pm,tetiba berlaku pula gangguan elektrik (black out),waktu itu tengah melayan Majalah 3 kisah ulam-ulaman, restoran ulam di Senawang, Negeri Sembilan - tempat nostalgia dulu, menyewa kat TTJ. Dengan cuaca yang panas, melepak kat depan rumah, meleleh peluh dibadan. Nasib baik hanya satu jam black out..

Jam 10am menghantar Ina ke SR,balik jam 7pm hari ini. Menyinggah 7E bayar bil Astro, esok due date.. ingat percuma cuma musim PKP dapat tambahan saluran percuma.

Menu pagi : Nasi Goreng Cina, Teh0suam, Air Siraman PMC.

Menu tengahari : Nasi Lemak Jasmine Super 5, Sambal ayam, Ikan Selar Bakar cicah Kicap Lemak Manis Cap Kipas Udang memBawang.

Menu petang : Kopi Goji Sejagat, Biskut Lemak.
#syukuralhamdulillah.

Esok sudah bermula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Ketiga : 15 April sehingga 28 April 2020. Bersama kita bertindak memutuskan rantaian COVID19 dan semoga keadaan akan pulih normal secepat mungkin..Insha Allah.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

13 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Tahap Dua : 13/4/2020 : Isnin


13 April 2020 : #KitaJagaKita

Menu pagi : Nasi Goreng, Kopi Goji Sejagat.

Menu tengahari : Nasi Goreng Terlajak Lunch, Nasi Putih, Ayam Masak Kurma, Telur Asin, Air Suam.

Menu petang : Roti Sardin Gardenia, Oligo Suam.

Jam 2.30pm keluar menghantar Ina ke SR, habis bertugas nanti jam 7pm. Keluar awal menyinggah Kedai Runcit Mamak untuk beli stok Jus Nusantara buat Abah sambil mencari bahan untuk air siraman PMC resepi Prof Muhaya, menyinggah juga Kedai Hardware untuk beli tanah baja, tanah hitam - sesi tanaman ros jepun, daun kesum bagi mengisi masa  ketika PKP Tahap Tiga nanti.


Kredit : Ebook - Cinta Dalam Ujian


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin


12 April, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKP Tahap Dua : 12/4/2020 : Ahad


12 April 2020 : #KitaJagaKita

Hujung minggu,patuh arahan untuk duduk dirumah tapi jam 1pm keluar untuk hantar Ina bertugas diSR, balik jam 7pm. Pengumuman PKP Tahap Tiga mulai 15 April hingga 28 April 2020 menyebabkan Ina pun turut terlibat dengan jadual berkerja, minggu ini diberi lagi cuti rehat selama 3 hari, mungkin pengurusan hendak jimat kos bayar gaji pekerja. Rehatkan diri dan minda.

Singgah 7E beli Sinar Harian Ahad, Roti Jagung Gardenia.

Menu pagi : Kueteow goreng, Oligo Suam.

Menu Tengahari : COD dpd McD : Bbq Beef, SpicyDeluxe, Ayam Goreng Spicy, McFlurry Oreo ( Ina belanja hari ini ). Nasi Putih, Asam Pedas Ikan Pari Daun Kesum, Pepsi Cola, Mirinda Stroberi, Mountain Dew, Air Suam.
#syukuralhamdulillah.

Menu petang : Kopi Goji Sejagat, Roti Jagung Gardenia.

Hari ini COD juga daripada Sejagat Mall, Ikhwan nak popcorn caramel, dodol, sambal garing...sekali tumpang kopi goji arabic gum..

#dukrumahdepahantar


tq Ina


Semoga kita semua sentiasa dirahmati Allah SWT dan dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat...Aamiin