23 February, 2020

23022020 : Melaka United Fun Run 2020

Hari ini bersama isteri menyertai aktiviti anjuran Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) iaitu Fun Run 5km. Aktiviti hujung minggu yang menyihatkan.

Selain fun run 5km, acara lain hari ini adalah berbasikal 35km dan mini maraton 12km. Menurut pengacara majlis, aktiviti hari ini merupakan yang julung kali dianjurkan oleh mana-mana persatuan bolasepak di negara ini. Dan dijangka MUSA akan menjadikannya sebagai acara tahunan dalam menjana pendapatan untuk pasukan Melaka United.







pameran auto pun ada


Semoga Melaka United akan berjaya pada tahun ini untuk mencapai hasrat meraih sekurang-kurangnya satu piala dalam saingan liga bolasepak Malaysia.
#gegauMelakaUnitedgegau

Semoga kehidupan kita semua akan sentiasa dirahmati dan dikurniakan kesihatan yang baik serta berkat.

Aamiin


09 February, 2020

09022020 : TERJAH lagi Bukit Beruang (Sesi Petang)

Hari ini hendak merasai suasana mendaki Bukit Beruang pada sesi petang. Jam 0245pm bergerak ke lokasi, jam 0325pm mula pendakian melalui Wonderful Trail kemudian ke CP 0 untuk menuju CP 1 yang mengambil masa hampir 30 minit.

Berehat sebentar di kawasan CP 1 dan mengambil jalan keluar melalui trek tepi kawasan Menara Pemancar, menuruni jalan bertar dan belok ke kanan untuk turun semula. Mengambil masa hampir 1 jam aktiviti pada petang ini.

Alhamdulillah peluh membasahi badan, semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.. Aamiin.


















Selamat berkunjung ke Bukit Beruang

Melaka Bandaraya Bersejarah


08 February, 2020

08022020 : TERJAH lagi Bukit Beruang

Jam 0700 pagi sudah bergerak ke Bukit Beruang untuk aktiviti fizikal hujung minggu. Hari ini jumlah pengunjung cukup ramai, datang secara berkumpulan.

Hari ini bermula dengan mendaki melalui jalan bertar hingga ke laluan CP 0 - CP 1. 








Jam 0745 mula melalui CP 0



Jam 0745 mula memasuki kawasan dakian CP 0 dan mengambil masa hampir 30 minit untuk sampai ke kawasan CP 1 dan turun semula melalui kawasan tepi Menara, menuruni jalan bertar dan belok ke kanan untuk merentas Wonderful Trail CP 3 terus turun ke kawasan parkir dan mengambil masa lebih kurang 1jam 15minit.

Alhamdulillah semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Selamat berkunjung ke Bukit Beruang



01 February, 2020

Kelicap @Persimpangan Lampu Isyarat AMJ Bkt Durian

Hari ini bercerita tentang flora dan fauna, pagi tadi berkesempatan menerjah mendaki Bukit Beruang. Alhamdulillah sejuk suasana, berkabus pagi ini selepas hujan turun awal pagi tadi.

Balik dari Bkt Beruang, lajak ke Kedai Makan di Taman Bukit Tembakau. Pekena roti canai bawang, nasi lemak, kemudian ke kedai bakeri di deretan yang sama untuk membeli keropok ikan tamban rm10 sebungkus. 

Saja nak bercerita tentang burung kelicap yang dah 2 kali aku terserempak terpandang, kelicap ini sering bertenggek, mematuk-matuk seolah-olah ingin masuk ke dalam kereta, bertenggek di wiper belakang apabila kereta berhenti dipersimpangan lampu isyarat AMJ Bukit Durian. Kali ini sempat merakam aksi kelicap tersebut.

Bila lampu isyarat merah, kereta berhenti maka kelicap itu pun akan menghinggapi wiper belakang. Mungkin secara kebetulan atau memang dah jadi tabiat kelicap tersebut untuk beraksi seketika ketika lampu isyarat bertukar merah. 

Pernah dulu terlihat atas wiper kereta arah Paya Dalam - Bukit Durian.

 Kali ini bertenggek atas wiper belakang kereta aku arah dari Bukit Durian nak menyusur ke Serkam. Agaknya kawasan persimpangan lampu isyarat AMJ Bkt Durian adalah kawasan takluknya...




#kelicapAMJBktDurian.

Awal Feb : TERJAH Bukit Beruang

1 Feb 2020 : Pagi ini kami sekeluarga mendaki ke Bukit Beruang. Jam 0730 bergerak ke lokasi tersebut. 

Dari persimpangan Hospital Pantai Ayer Keroh, kelihatan puncak berhampiran Menara Telekomunikasi diselimuti kabus. Tentu malam semalam kawasan Bkt Beruang dilanda hujan, bila terbit mentari pasti kabus tebal akan menyelimuti..




Sesi rakaman pihak RTM






Bergambar disisi kereta rasmi RTM




Alhamdulillah selesai aktiviti pagi ini,semoga kita semua sentiasa dikurniai kesihatan yang baik,usia yang berkat.

Selamat berkunjung ke Bukit Beruang, Melaka Bandaraya Bersejarah.