31 May, 2020

Salam 8 Syawal 1441H : PKPB Fasa Lima : 31/5/2020 : Ahad


31 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
8 Syawal 1441H

Ahad : Selamat berhujung minggu
#stay@home

Hantar Ina ke SR jam 3pm, menjemput semula jam 0930pm. Rutin malam PKPB.

Cuaca panas hari ini. Singgah Isma Tomyam untuk bungkus Nasi Daging, Sup Ekor, Daging Masak Merah juadah malam nanti.

 Jam 0600pm beli satay @kedai motor, dah naik harga rm1 secucuk, sebelum ni rm0.80sen sahaja. Harga sempena lepas Raya PKPB. Bertabahlah...






Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin.

30 May, 2020

Salam 7 Syawal 1441H : PKPB Fasa Lima : 30/5/2020 : Sabtu


30 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
7 Syawal 1441H

Sabtu : Selamat berlibur, stay@home

Sudah seminggu kita menyambut Bulan Syawal - amalan norma baharu yang pasti meninggalkan nostalgia bagi Tahun 2020M/1441H.

Pagi ke Kedai Makan diTPI, masih belum boleh untuk menikmati makan di kedai, tokey tidak berani untuk membenarkan. Bungkus sahaja gayanya.

Kemudian menyinggah Kedai Ayam Rahimie...beli ayam kacuk kampung, tukar selera, asyik ayam bandar sahaja. Sekilo ayam kacuk kg rm16. Jumlah harga seekor rm27. Mahal harganya daripada harga ayam bandau. Teringin pula nak merasa ayam kg bersambal lado. Macam-macam. Tunggu menu Angsa berkari masakan Bonda pula nanti. Adik ipar menternak pelbagai - ayam kampung, itik, Angsa...mantap,dapat merasa.

Menu Sarapan : Nasi Lemak Daun Pisang, Karipap Kentang, Roti Canai Sardin, Roti Telur, Sambal Kupang Lima Hinggit, Teh0Suam.

Menu tengahari : Nasi Putih, Ayam Kampung Sambal Berlado,Air A&W, Air Kelapa Kotak.

#syukurAlhamdulillah
Syawal 1441H





Air Kelapa direbus bersama ayam kampung
bagi melembutkan dagingnya
Macam2 petua

Ina ke SR dihantar oleh rakannya setelah berhariraya sakan hari ini. Jam 0930pm akan pergi menjemput balik berkerja. Rutin malam PKPB.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

29 May, 2020

Salam 6 Syawal 1441H : PKPB Fasa Lima : 29/5/2020 : Jumaat


29 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
6 Syawal 1441H 

Jumaat : Telah dibenarkan Solat Jumaat di Masjid Kariah masing-masing hari ini dengan berpandukan SOP PKPB dengan jumlah seramai 40 orang. Seramai 10 orang dari taman perumahan ini telah terpilih untuk bersolat Jumaat dan perlu mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh MAIM. Penggiliran setiap minggu akan dilakukan dan untuk minggu pertama : 29 Mei 2020 nama aku tiada dalam senarai kali ini. Dimana ada kad Khas akan diberikan bagi mereka yang telah terpilih untuk bersolat Jumaat. Bertabahlah....

Menu sarapan : Mee Goreng, KokoMinda Susu Kambing.

Menu tengahari : Nasi Lemak Sambal Sotong, Air Oren OK.

Jam 4 pm hantar Ina ke SR, balik bertugas jam 0930pm. Kemudian ke Mydin MITC Ayer Keroh untuk pembaikan kerosakan button on/off/volume redmi note 4. Kedai telefon di Merlimau perlu ambil masa dua hari untuk pembaikan dengan kos rm80, itu yang pergi ke Kiosk HP Mydin MITC kerana pembaikan segera dapat dilakukan. Tidak sampai 15 minit penggantian komponen yang rosak dengan harga rm50 dan beli cover Mi Note4 harga rm10..sudah susah nak cari cover, biasalah model dah lama.
Janji boleh guna dan tetap berkira-kira untuk tukar model baru, tengok bajet akan datang.

Kos komponen : rm50
Janji pantas dan pasti

Balik menyinggah 7E Bemban beli keperluan dapur - rm61.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

28 May, 2020

Salam 5 Syawal 1441H : PKPB Fasa Lima : 28/5/2020 : Khamis


28 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
5 Syawal 1441H

Khamis : Hari ini Ina bercuti rehat sehari. Tiada pemanduan ke SR. Stay@home setakat ini namun berkira-kira juga untuk membaiki telefon bimbit yang mengalami kerosakan button on/volume. Buat sementara tangguh dahulu pembaikan, muat turun dahulu aps yang boleh turn off skrin. Malas pula hendak menjengah Mydin MITC,gunalah dahulu HP ni.

Jam 0745am dapat panggilan dari Bonda ada temujanji untuk ambil darah di Klinik Merlimau pagi ini jam 0800am. Sebenarnya dalam perjalanan untuk membeli ayam kampung/ayam bandar, teringin nak makan ayam kg bersambal. Tutup pulak Kedai Ayam Aqil, menyinggah Kedai Makan di TPI beli sarapan pagi Nasi Lemak untuk ayahbonda dan anak-anak. Masih belum boleh makan di kedai tersebut, SOP PKPB.

Menu pagi : Roti Canai Kuah Kari, Nasi Lemak TPI, Karipap Kentang, Super Coffee Mix Instant.

Menu tengahari : Nasi Putih, Kuah Kari Daging, Telur Dadar, Air Oren OK.

Jam 10am selesai temujanji Bonda untuk check darah, temujanji seterusnya dengan Doktor bulan September nanti. Terus ke Jeti Kuala Sempang membeli  stok lauk - sotong, ikan pari, udang Putih, ayam : semuanya rm67.

Petang stay@home...cuaca panas lit-lit, harap hujan akan turun nanti.

Bertabahlah - surat pemberitahuan
Solat Jumaat Masjid Ar Rasyid




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

27 May, 2020

Salam 4 Syawal 1441H : PKPB Fasa Lima : 27/5/2020 : Rabu


27 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
4 Syawal 1441H.

Rabu : Jam 0915am ke RnR Sg Rambai arah utara untuk ke Pejabat Tanah Galian Cawangan bagi pembayaran cukai tanah tahunan. Gagal mencapai misi, Pejabat Kecil PTG sudah lama ditutup sementara sejak PKP dan pembayaran perlu dibuat di PTG Jasin. Akhirnya daftar sahaja dalam E-Gerbang pembayaran Kerajaan Negeri Melaka. Buat daftar untuk 3 nama akaun pembayaran cukai tanah. Berjaya selesai pembayaran melalui FPX - transaksi pembayaran online banking. Lebih mudah, efisyen,selamat di Musim PKPB.

Kisah sebelum itu, sudahlah gagal bayar terpaksa menempuh Sekatan Jalanraya hampir 30minit apabila melalui SJR depan Masjid Baharu Sg Rambai AMJ.

Kecewa punya pasal, Melontong kita pagi ini di Medan Selera Merlimau.

Hari ini peristiwa Istiwa' Azam. Jam 0516pm boleh buat pemeriksaan arah sebenar Kiblat.





Bebayang tiang lampu
depan rumah - Istiwa' azam

Jam 1pm hantar Ina ke SR. Balik bertugas jam 0930pm. Rutin malam PKPB.

Menu pagi : Bihun Goreng, Lontong Bergedil, Teh0Suam.

Menu tengahari : Nasi Putih, Cencaru Asam Pedas, Ikan Keli Cili Hijau, Taugeh Masak Kilas, Sunquick Oren Berais.+Petang - Rendang Daging.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat... Aamiin.

26 May, 2020

Salam 3 Syawal 1441H : PKPB Fasa Lima : 26/5/2020 : Selasa


26 Mei 2020 : #KitaTeguhKitaMenang
3 Syawal 1441H.

Selasa : Selamat Menyambut Ulangtahun Kelahiran Ke 21 buat Anakanda Nur Khairiah. Semoga sentiasa dirahmati Allah SWT. Beroleh keberkatan, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin....

Juga hari ini Jubli Perak - Ulangtahun Perkahwinan Tuan Arshad dan Puan Norlia : semoga anda sekeluarga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Jam 1010am ke Kedai Ayamas Bukit Baru untuk memenuhi permintaan Riya menikmati menu dari Ayamas. Ayam perisa Black Pepper dan Ayam Percik berserta Nasi Ayamas dibungkus untuk dinikmati bersama juadah makan tengahari. 


Balik menyinggah ke Kolam Taman Semabok Perdana menikmati pemandangan indah bunga keladi air yang subur mekar bak indahnya lautan bunga di Korea Selatan. Bergambar sebentar Hari ke 3 Syawal.
Masih perlu akur SOP PKPB. Macam-macam di Melaka, pantang viral.

Sudah ada kawalan dari pihak berkuasa, mungkin buat sementara tiada lagi dibenarkan untuk bergambar kerana sejak viral kawasan tersebut jadi tumpuan ramai sehingga menimbulkan kegusaran pelanggaran SOP PKPB...bertabahlah rakyat Melaka.


Viral SEoulMABUK

Sempat juga berphotoShoot

Jam 1pm hantar Ina ke SR, bertugas hingga jam 0930pm. Menjemput malam nanti, rutin tugas malam PKPB.

Menu sarapan : Mee Goreng, Teh0Suam.

Makan tengahari : Nasi Ayamas Bukit Baru, Air A&W, Ais Krim Vanilla.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

25 May, 2020

Salam 2 Syawal 1441H : PKPB Fasa Lima : 25/5/2020 : Isnin


25 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
2 Syawal 1441H

Isnin : Jam 1pm hantar Ina bertugas diSR, jemput semula jam 0930pm. Rutin malam PKPB.

Kek SR - Indulgence
Tajaan fm Ina




Mood Raya suasana baharu. Sepi suasana sambutan di Kg Permatang Bukit Dua untuk hari ke 2 Syawal...bertabahlah.

Sarapan pagi : Kueteow Goreng, Lemang,Ketupat Mini, Rendang Hitam, Kuah Kacang, Teh0Suam, KokoMinda Stroberi.

Menu tengahari : Nasi Putih, Udang Masak Lemak, Sayur Kobis +Suhun, Telur Asin, Air Suam, Vsoy.

Terperap sahaja di rumah@TSM melayan Iflix. Bulan Syawal yang berbeza - norma baharu.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

24 May, 2020

Salam 1 Syawal 1441H : PKPB Fasa Lima : 24/5/2020 : Ahad


24 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
1 Syawal 1441H

Selamat Menyambut HariRaya Aidilfitri 2020M/1441H. Sejarah tercipta, amalan norma baharu dalam meraikan 1 Syawal 1441H. Alhamdulillah bertemu Aidilfitri - Bulan kemenangan umat Islam setelah menempuh, melaksanakan amalan ibadah sepanjang Bulan Ramadan lepas. Amalan baharu, syukur dapat bersama keluarga melaksanakan ibadah solat berjemaah solat tarawih sepanjang Ramadan diteruskan pula solat sunat Aidilfitri pada pagi ini. Doa semoga segala amalan ibadah diterima, diberkati Allah SWT.

Menu Syawal : Ketupat Mini, Kuah Masaklodeh, Rendang Ayam, Rendang Tok, Kuah Kacang, Kek Indulgence SR, Teh0Suam.

Hujan rahmat pagi Syawal diTSM. Selepas solat bersama keluarga berkunjung ke rumah ayah bonda. Syukur masih dapat meraikan HariRaya Aidilfitri bersama ayah bonda. Semoga dipanjangkan umur, dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin...

Syawal 1441H pasti kekal dalam kenangan...amalan norma baharu dalam meraikan hadirnya Aidilfitri.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

23 May, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKPB Fasa Lima : 23/5/2020 : Sabtu


23 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
30 Ramadan 1441H 


Jam 0730am sudah ke Kedai Ayam Aqil, membeli ayam daging 4 ekor (rm58) - 2 ekor untuk Bonda. Sekali beli sebotol rempeyek kacang tanah - rm15.Harga Itik Salai seekor rm45. Kemudian ke Merlimau beli daging lembu 2kg (rm68).

Jam 12pm hantar Ina ke SR, esok Ina bercuti rehat sehari sempena HariRaya Aidilfitri.

Hujan di TSM pukul 11am sejuk terasa menjelang Aidilfitri.

Kejutan dari Shopee pagi ini - item order daripada China - LTE CPE B310 telah sampai lebih awal dari tarikh jangkaan. Menjelang Aidilfitri berWIFI sampai lebam bersama SimKad Yes4G. Harap dapat jimat belanja dengan langganan baru ini.

Menu sahur : Nasi Putih, Ikan Bawal Masak Kicap, Telur Dadar, Teh0Suam.

Menu berbuka : Ketupat Mini, Rendang Tok, Teh0Suam, Sunquick Mandarin Berais.

Kejutan Shopee-fast delivery

Itik Salai rm45 sekoq



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

22 May, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKPB Fasa Lima : 22/5/2020 : Jumaat


22 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
29 Ramadan 1441H

Jumaat : Tiada lagi kebenaran Solat Jumaat di Melaka. Jam 0745am hantar isteri ke SMKSM untuk penggiliran penugasan kakitangan sokongan.

Jam 3pm hantar Ina bertugas di SR, habis berkerja nanti jam 0730pm. Rutin malam PKPB. Hujan jam 4pm, dingin suasana suhu dalam rumah.

Menu sahur : Nasi Goreng Cili Basah, Telur Masak Acar Timun, Teh0Suam.

Menu berbuka : Kueteow Goreng, Roti Putih Gardenia Cicah Sup Kambing ADABI, Teh0Suam, V-Soy, A&W Bersulam Aiskrim Vanilla.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

21 May, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKPB Fasa Lima : 21/5/2020 : Khamis


21 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
28 Ramadan 1441H

Khamis : Jam 0930am ke JPN Jasin untuk mengambil Kad Pengenalan Ikhwan yang telah melalui proses permohonan minggu lepas. Selepas itu ke Mydin Jasin untuk membeli keperluan serba sedikit bahan masakan menjelang Hari Raya Aidilfitri. Mudah sedikit membeli awal.

Petang membeli karpet murah - promo iklan kat banner di Kg Sempang. 
Hari ini tiada pemanduan ke SR, Ina bercuti rehat sehari.

Menu sahur : Nasi Putih, Asam Pedas Siakap, Sayur Kobis Berkuah, Telur Dadar, Sambal Garing, Teh0Suam.

Menu berbuka : Mee Kari, Mee Bakso, Nasi Lemak Ayam Goreng, Roti Jala, Air Soya, Air Cincau, Sunquick Mandarin Berais, Teh0Suam.+siput sedutBersambal.+airTeaLive+Kombo
TexasChicken(Ina belanja).
#syukuralhamdulillah.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

20 May, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKPB Fasa Lima : 20/5/2020 : Rabu


20 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
27 Ramadan 1441H

Rabu : Jam 7am hujan turun diTSM, alhamdulillah sejuk suhu dalam bilik, semalam suhu bilik mencatatkan 35.1°c. Ikutnya suhu panas sedang melanda negara sehingga bulan September nanti. Memang terasa bahang panas semalam, membuatkan selera membeli pelbagai minuman untuk berbuka puasa. #KitaJagaKita.

Jam 3pm hantar Ina ke SR, balik nanti tugas jam 9.30pm. Rutin malam PKPB.
Menyinggah 7E membeli topup untuk TnG E-wallet. Bayar bil SAMB dan lain-lain secara online sekarang.

Kemudian ke Kg Parit Gantung untuk membeli Mangga Chekonen, ikut kata pembekalnya mangga dpd Terenganu. Rm25 untuk 5 kilo.

Dari Sg.Rambai ke Merlimau untuk mencari juadah berbuka puasa.


Menu sahur : Nasi Putih, Sup Ayam, Sambal Sardin, Teh0Suam.

Menu berbuka : Nasi Lemak Kukus, Sambal Telur Puyuh, Paru Goreng, Air Soda Bandung, Air Kordial Oren OK.+Popia Basah, Roti John Daging. Teh0Suam.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

19 May, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKPB Fasa Lima : 19/5/2020 : Selasa


19 Mei 2020 : #KitaTeguhKitaMenang
26 Ramadan 1441H

Selasa : Jam 0930am melaksanakan
kerja pembersihan kawasan rumah Bonda. Gotong royong kitaJagakita.

Jam 1pm hantar Ina ke SR, habis bertugas jam 0930pm. Rutin malam PKPB.

Cuaca panas hari ini. Jam 3pm keluar membeli pelbagai air minuman untuk juadah berbuka.

Menu sahur : Nasi Putih, Ayam Masak Merah, Telur Dadar, Teh0Suam.

Menu berbuka : Bihun Goreng, Mee Bandung Serkam Pantai, Mee Rebus Serkam Pantai, Air Bandung Cincau, Air Tembikai plus Laici, Air Buah Naga, Teh0Suam. + Karipap Telur.

Karipap Teloq Dak Ina





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.. Aamiin.

18 May, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKPB Fasa Lima : 18/5/2020 : Isnin


18 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
25 Ramadan 1441H

Isnin : Dewan Rakyat bersidang hari ini di Musim PKPB dan hanya bersidang sehari dengan titah ucapan YdPA. Semoga semuanya dipermudahkan urusan dan negara terus bergerak maju dengan bertambah kukuh perpaduan ummah dan dapat berdaya saing dalam menghadapi kemelut ekonomi semasa. Semoga COVID19 akan terus dapat diputuskan rantaian dan kehidupan akan kembali normal.

Jam 0745 hantar isteri ke SMKSM untuk penggiliran penugasan kakitangan sokongan. 

Seterusnya bersama Riya membawa Bonda ke Klinik Kesihatan Merlimau - temujanji Doktor. Alhamdulillah bulan Julai akan kembali semula untuk temujanji Doktor

Jam 1230pm hantar Ina ke SR, balik nanti jam 0930pm. Rutin malam PKPB.

Menu sahur : Nasi Putih, Daging Salai Masak Lemak, Itik salai masak Lemak Tapau, Sayur Suhun Telur Puyuh, Teh0Suam.

Menu berbuka : Mee Soto, Mee Goreng, Maggi Goreng, Roti Gardenia Bergulung Bersalut Telur, Teh Ais Padu, Sunquick Mandarin Berais, Teh0Suam.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

17 May, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKPB Fasa Lima : 17/5/2020 : Ahad


17 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
24 Ramadan 1441H

#Hari Telekomunikasi Sedunia

Selamat berlibur : stay@home

Jam 1130pm gotong royong di rumah Bonda bersambung semula,ngemas pokok hiasan kawasan atas. Pokok renek hijau, pokok kertas dicantas diandam agar nampak kemas, hujan lebat turun sebentar di Permatang Bukit Dua.

Hujan turut turun di TSM, dingin suasana dalam rumah. Alhamdulillah.

Jam 4.30pm hantar Ina ke SR, habis bertugas jam 0930pm. Rutin malam PKPB. Menyinggah tapau lemang (rm15) dan rendang daging (rm10) buat juadah berbuka puasa petang nanti.


Menu sahur : Nasi Putih, Sambal Telur Berkuah, Sayur Sawi Tumis, Teh0Suam.

Menu berbuka : Kueteow Goreng, Lemang @Merlimau Baru, Rendang Daging, Air Soya Serkam Pantai, Teh Ais Padu, Sunquick Mandarin, Teh0Suam, Air Tebu... alhamdulillah hujan petang yang mendinginkan, pelbagai minuman terhidang petang ini.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

16 May, 2020

Cuti Khas Kerajaan : PKPB Fasa Lima : 16/5/2020 : Sabtu


16 Mei 2020 : #KitaMestiMenang
23 Ramadan 1441H

#Selamat Hari Guru.



Sabtu : 
Selamat berlibur@StayAtHome

Amalan norma baharu

Jam 3pm hantar Ina ke SR, bertugas hingga jam 0930pm. Rutin malam PKPB. Singgah Merlimau untuk membeli juadah berbuka puasa. Kemudian menjengah Kg Permatang Bukit 2, gotong royong perdana rumah Bonda Zaleha. Menyapu, mengelap lantai, memasang langsir, menukar sarung kusyen.



Menu sahur : Nasi Putih, Kari Ikan Siakap, Sambal Sotong, Teh0Suam.

Menu berbuka : Nasi Lemak Tapau, Sambal Tumis, Sambal Telur Puyuh, Sambal Sotong Kembang, Cakoi PakDin, Pau Goreng Kacang Merah, Pau Goreng Kaya, Air Soya, Sunquick Mandarin, Teh0Suam.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.. Aamiin.