31 August, 2020

Selamat Hari Kebangsaan Ke 63 : MALAYSIA PRIHATIN

 

31 OGOS 2020 : #kitaJAGAkita

Salam Kemerdekaan Ke 63 : Malaysia Prihatin. Cuti Umum Hari Ini. Santai sahaja di rumah. Semoga Negaraku Malaysia terus dilimpahi kemakmuran dan kesejahteraan. Malaysia Prihatin - agar bersatu bersama memerangi pandemik COVID-19 dan menghadapi dan meningkatkan kembali ekonomi negara. #kitaMESTImenang



Petang menjengah ayahanda, sempat menukar kain balutan luka dan khidmat manicure. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat. Aamiin.


Jam 1730pm tanpa dirancang bersua,berkumpul di Kedai Makan Airtangan Aji Manap - enam rakan Darjah Enam 1978 - Kacip,zahar,Denan,Mail,Razak,termasuk aku(M.E.S 1), semoga dipermudahkan segala urusan.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Selamat Hari Merdeka Ke - 63.


Aamiin

30 August, 2020

11 Muharram 1442H : PKPP : 30/8/20 : AHAD

 

30 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Ahad : Rutin pemanduan ke BJB, hantar Riya berLSK. Menyinggah Mydin, santai berdua menikmati roti Canai kosong. Cuaca panas hari ini, duduk sahaja dirumah, perut pun rasa tidak selesa hari ini mungkin minum air + 🍋 lemon dua tiga kali semalam...lemon+ tea, lemon + air kosong + Madu...mendapatlah hari Ini. Kerap ke tandas... bertabahlah.

Menjelang Hari Kemerdekaan Malaysia esok, ada perutusan PM TSMY malam ini.Semoga negara terus Makmur dilimpahi rahmat kesejahteraan Allah SWT. 



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

29 August, 2020

10 Muharram 1442H : PKPP : 29/8/20 : SABTU

 

29 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita


Sabtu : Rutin pemanduan - Hari Ini ke BJB, Riya laksanakan LSK nya hujung minggu. Menyinggah Lesong Mart, beli Mee tarik perasa Kari rm10. Kemudian ke Mydin Jasin beli keperluan dapur, ramai pengunjung. S.O.P tetap dilaksanakan dan perlu dipatuhi. Bertabahlah...PKPP dilanjutkan sehingga penghujung tahun 2020. #kitaMESTImenang





Petang sempat menyinggah membungkus Nasi Ganja rm7 dan Nasi Goreng Daging rm6 di Restoran Lagenda Avenue BJB.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

28 August, 2020

9 Muharram 1442H : PKPP : 28/8/20 : JUMAAT





 

28 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita


Jumaat : Rutin pemanduan - SRAMP, SDARY, SKSD dan SMKSM. Tiada ke BJB Kedai stokis tutup hari ini.

Solat Jumaat : Tajuk khutbah 

 "MALAYSIA PRIHATIN"  berkisar tentang soal kemerdekaan negara juga tentang matlamat,visi untuk persediaan ke Alam kekal abadi. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.

Petang jam 0535pm ke tempat makan di Melaka. Tidak pernah kesini tetapi viral cekodok Cadbury, Bubur sup turbo. Laluan AMJ cukup sesak menghala ke Semabok akibat kerja pelebaran laluan AMJ disekitar kawasan depan Petronas Semabok. Tukar laluan mengikut Padang Temu..pun sesak menjelang cuti panjang Hari Kemerdekaan ke 63.. bertabahlah hadap sesak dua tiga hari ini.





Dapat juga JJCM di DRetro Cafe...menikmati hidangan sambil bersantai di muara Sungai Melaka.




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


27 August, 2020

8 Muharram 1442H : PKPP : 27/8/20: KHAMIS

 

27 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita


Khamis : Rutin pemanduan SRAMP, SDARY, SKSD, SMKSM dan BJB. Jam 0850am ke BJB hantar Riya untuk LSK. Menyinggah Petronas BJB isi minyak rm50,   isi nama dan no HP diresit yang diberikan untuk cabutan bertuah.

 Semoga dipermudahkan urusan dan dimurahkan rezeki... Aamiin.

Petang ke Pasar Malam Bkt Serkam - sambal jawa, air Soya panas, Nasi Lemak jadi pilihan minggu ini.


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


26 August, 2020

7 Muharram 1442H : PKPP : 26/8/20 : Rabu

 

26 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Rabu : Rutin pemanduan : SRAMP,SDARY, SMKSM dan BJB. Qwan bercuti - sakit perut. UPSR dibatalkan, peperiksaan online sekolah khusus dan SBP pun tidak mahu didudukinya ..hajat hendak bersekolah menengah di SDA sahaja. Legasi sekolah lama Emak Dan Bapanya. Tunggu dan lihat sahajalah.

26 Ogos : Selamat Hari Lahir buat Nur Khairina - semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Perancangan malam ini menikmati hidangan di YTBC Merlimau. #😍😁






Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

25 August, 2020

6 Muharram 1442H : PKPP : 25/8/2020 : SELASA

 

25 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita


Selasa : Bermula kembali sesi persekolahan. Rutin ke SRAMP, SDARY, SKSD, SMKSM dan BJB. Menyinggah Stesen Petronas Bemban - Hari Gaji Kakitangan Awam. Tiada jualan t-shirt Petronas untuk tambahan koleksi peribadi. 

BertakoYaki semasa mengambil Cikgu Ina di SRAMP. RM10 - 12mix tako. #BMF



0435pm ke Seri Teja membungkus Bihun Bakso, permintaan Ikhwan ..

Hujan lebat jam 5.45pm. Dingin suasana dalam rumah. 0630pm ke BJB jemput Riya..praktikal disana. Bertabahlah sehingga penghujung November 2020.



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat 

Aamiin


24 August, 2020

5 Muharram 1442H : PKPP : 24/8/20 : ISNIN

 

24 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Selamat bertugas untuk semua. Rutin pemanduan pagi ini ke SMKSM, BJB. Balik daripada BJB ke Seri Teja, membungkus Bihun sup, Mee Goreng Mamak, sup Bakso tiada jualan pada Jumaat dan Isnin. Kemudian ke KKMerlimau untuk ambil ubat Abah. Menyinggah rumah Bonda, start proton saga 89 ..panas enjin. 

Petang santai di SMKSM. Cuaca mendung sahaja petang ini. 0630pm ke BJB Rutin jemput Riya balik LSK. Bertabahlah...esok dah mula sesi persekolahan, Bawa Qwan gunting rambut...


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


23 August, 2020

4 Muharram 1442H : PKPP : 23/8/20 : AHAD

 

23 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Ahad : Selamat berlibur. Rutin pemanduan ke BJB, lokasi praktikal Riya. Bertabahlah di hujung minggu. Cuaca cerah pagi ini. 

Malam semalam berlangsung pelancaran logo baru pasukan bolasepak Melaka United. Bakal diswastakan, dijangka mendapat suntikan dana yang lebih besar untuk membentuk team yang lebih baik - melahirkan pemain yang berkaliber dan memperolehi kejayaan dalam MFL akan datang.

Hujan lebat sebelah petang mendinginkan suhu dalam rumah. Santai sahaja hingga jam 0630pm sebelum menjemput Riya di BJB. Bertabahlah...malam pekena ayam black pepper frozen dan Popia carbonara ..hasil belian di Lesong Mart. #BMF

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

22 August, 2020

3 Muharram 1442H : PKPP : 22/8/20 : SABTU

 

22 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Rutin pemanduan ke BJB. Jam 11am hantar abah ke majlis kenduri Pak Kasim, tidak dapat turut serta kerana menghadiri majlis Perkahwinan anak lelaki jiran depan rumah. Bergerak kita ke Jalan Raja Pasai 2, Kg Air Hitam Darat Masjid Tanah, Melaka. Jalan agak sesak antara Sungai Udang ke Masjid Tanah,begitu juga kawasan perkelahan Pengkalan Balak, sesak dengan pengunjung domestik, pelancong ramai ke Melaka Bandaraya Bersejarah sempena cuti panjang sesi persekolahan.

S.O.P penting dipatuhi. #JJCM

Hujan renyai sebentar sahaja jam 03.30pm. Selamat bertunang untuk Salehudin Mak Ngah Saburah bersama pasangannya yang tinggal di Kg Kanchung Darat, Banting, Selangor. Semoga dipermudahkan urusan.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat

Aamiin

21 August, 2020

2 Muharram 1442H : PKPP : 21/8/20 : JUMAAT

 

21 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Salam Penghulu Segala Hari. Rutin pemanduan hanya ke SMKSM, yang lain bercuti. Cuaca panas hari ini.

Solat Jumaat : Tajuk khutbah "Ummah Rabbani, Negara Harmoni" semoga kita semua dilimpahi rahmat Allah SWT dan dikurniakan sifat-sifat mahmudah.

Petang mengeSUP Bakso : gerai sebelah MBB, tapau sekali Bihun Bakso.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


20 August, 2020

1 Muharram 1442H : PKPP : 20/8/20 : KHAMIS

 

20 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita


Khamis : Cuti Umum Hari Ini sempena Tahun Baharu 1442Hijrah. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT. Meronda ke Pasar Malam Bukit Serkam petang ini - air Soya panas, ayam Percik, sambal jawa,jadi pilihan petang ini.

#kitaMESTImenang




Cuti persekolahan sehingga Isnin hadapan (24 Ogos 2020). Qwan berpesta nampaknya di hadapan skrin komputer dengan permainan Roblux nya ... bertabahlah..


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

19 August, 2020

29 Zulhijjah 1441H : PKPP : 19/8/20 : Rabu

 

19 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Rabu : Rutin pemanduan seperti biasa. Hujan turun jam 2pm mendinginkan suhu dalam rumah. Esok bermula cuti panjang sesi persekolahan sehingga Isnin depan.

Pagi ini ke Pej Pos Bemban memperbaharui cukai jalan, insuran SYM B110. Syukur dipermudahkan urusan sebab sudah hampir setahun tidak diperbaharui insuran dan cukai jalan. Menanti Oktober nanti Y100s.

Menjelang Maghrib nanti sudah masuk kita ke Tahun baharu 1442H. Semoga kita semua sentiasa dalam rahmat Allah SWT.







Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

18 August, 2020

28 Zulhijjah 1441H : PKPP : 18/8/20 : SELASA

 

18 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Selasa : Rutin pemanduan seperti biasa. Petang ini Riya habis tugas jam 0730pm, bertabahlah. Kemudian ke kiosk Tealive kedai Mesra Petronas BJB. Menikmati Teh perisa green tea. Selepas itu ke Mydin Jasin untuk membeli keperluan dapur. Menikmati makan malam di Restoran Lagenda Avenue BJB : Nasi Ganja rm7, Nasi Ayam Penyet rm7.50,Oden rm7, Otak2 rm10, Nasi Goreng daging,Bihun Goreng ...pelbagai stall dengan pelbagai menu dibawah satu bumbung. #jjcmBJB




Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

17 August, 2020

27 Zulhijjah 1441H : PKPP : 17/8/20 : ISNIN

 

17 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Isnin : Selamat bertugas buat semua. Rutin pemanduan berubah hari ini. 0635am ke SRAMP, SDARY, SKSD,SDARY kemudian jam 0840am bergerak ke Bandar Jasin Bestari untuk menghantar Riya : LSK yang baharu setelah majikannya JRS menukarkan pula untuk bertugas di 7PB Mart. Bertabahlah..hampir 20 minit pemanduan,berulang kisah lama hantar Ina LSK di Hotel kawasan sama. Menyinggah Stesen Petronas BJB mengisi minyak menggunakan kad kredit ...mengaktifkan kad. Kedai Mesra sudah ada kiosk Tealive, tambah pilihan untuk menikmati minuman. Pagi ini sandwich tuna + Telur jadi pilihan.

Cuaca panas hingga jam 1pm, hujan lebat turun mendinginkan suasana suhu dalam rumah. Ke BJB jam 6.30pm untuk menjemput Riya habis tugas di Cawangan JRS yang baharu. Rutin baharu pemanduan hingga lewat petang. Bertabahlah..



Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

16 August, 2020

26 Zulhijjah 1441H : PKPP : 16/8/20 : AHAD


16 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Ahad : Selamat berlibur. Pagi ini menikmati sarapan pagi di Kedai Masri TPI. Jam 11am ke Gerai Makan Tun Teja Pengkalan Samak Merlimau ..Berhujung minggu menikmati Bihun Bakso, Kueteow Goreng, Mee Goreng Mamak, kopi Al Jannah mahkota dewa, Teh0Suam, ramai juga pengunjung pagi ini. Ada juga menu lain antaranya supgearbox Kambing/lembu rm10 sup gearbox Kambing/lembu mix Bakso rm15, Asam pedas ikan/Tetel, laksa Dan lain-lain. Selamat berkunjung ke Gerai Makan Tun Teja sambil boleh menziarahi Makam Tun Teja bersebelahan gerai. JJCM @Merlimau.



Selepas berehat santai di GMTJ, menyusuri jalan kecil tepian Sungai Merlimau untuk menziarahi perkuburan di belakang Masjid Ar Rahim..Al Fatihah buat Almarhum Hj Abd Kadir Manja Dan Almarhumah Hjh Jamnah Mojit.

Semoga dicucuri rahmat Allah SWT. AAMIIN...

Petang makan-makan di SUMO Kafe Crystal Bay Alai, Melaka. Lama tidak menjengah ke port ni, hiasan dalaman kafe ini sentiasa menarik, berubah-ubah ikut musim. Menu pelbagai harga berpatutan.


Alhamdulillah selesai makan petang, ditaja sepenuhnya Cikgu Ina. Kemudian jalan-jalan arah Bandar Hilir, menyinggah Kedai Kopi Lew Tong Cheong : membeli Sate Penjara..uniknya kedai Kopi gabungan peniaga bangsa Melayu dan Cina...jualan pelbagai menu masakan Mee,Nasi Goreng,Bihun,sate..minuman oleh peniaga Cina..was-was order jer air tin/kotak..pekena roti bakau pun boleh.. terbaik...JJCM@MELAKA


Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

15 August, 2020

25 Zulhijjah 1441H : PKPP : 15/8/20 : SABTU

 



15 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Sabtu : Selamat Berhujung Minggu. Mengambil rambutan dikebun pagi ini. Hasrat hati untuk merasai Manggis gagal hari ini, dah habis musim Manggis berbuah. Bertabahlah..Pagi ini menyinggah Kedai Nasi Lemak pokok buluh Merlimau. Menu pilihan roti telur, Nasi Lemak ikan selar bawang bersambal. S.O.P tetap dipatuhi.

Santai sahaja dirumah, cuaca panas hari ini.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin

14 August, 2020

24 Zulhijjah 1441H : PKPP : 14/8/20 : JUMAAT

 

14 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Jumaat : Salam Penghulu Segala Hari. Hujan awal pagi,dingin suasana. Rutin pemanduan seperti biasa.

Solat Jumaat di Masjid Ar Rasyid : Tajuk khutbah - 'Menghargai Nikmat Umur', semoga kita semua dilimpahi sifat-sifat mahmudah dan sentiasa dalam rahmat Allah SWT. 

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


13 August, 2020

23 Zulhijjah 1441H : PKPP : 13/8/20 : KHAMIS

 

13 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Khamis : Cuaca panas hari ini. Rutin pemanduan seperti semalam. Petang ke Pasar Malam Bukit Serkam, menu pilihan Nasi Dagang.

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.


Aamiin.



12 August, 2020

22 Zulhijjah 1441H : PKPP : 12/8/20 : RABU

 

12 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Rabu : Hujan renyai sebentar sahaja. Rutin pemanduan 0635am- SRAMP, SDARY, SKSD, SMKSM dan JRS. 0830am terus ke TM Point Plaza Melaka untuk apply extra port bagi wifi fibre optic Astro+Broadband namun gagal kerana port telah penuh :10+10 dan jika ingin juga Xtra port perlu melanggan Unifi produk TM. Bertabahlah...ingat nak jimat kos Astro+Broadband lebih jimat harganya. Tunggu dan lihat, mana tahu Cuba pula Unifi TV. Bersabarlah..

Ikhwan sudah memulakan sesi sekolah agama sebelah petang setelah lama berehat. S.O.P tetap dilaksanakan. Pulang bersama Sijil UPKK Tahun 2019 (8A)..Tahniah atas kejayaan cuma tiada UPSR tahun 2020.. bertabahlah.


Asam Pedas Tenggiri Mokhtar Bus Stand Lama Melaka

Sempat pekena Asam Pedas Tenggiri rm6 bersama tauge Timun bertauhu@kedai Asam pedas Mokhtar Bus Stand Lama Melaka

Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin


11 August, 2020

21 Zulhijjah 1441H : PKPP : 11/8/20 : Selasa

 

11 Ogos 2020 : #kitaJAGAkita

Selasa : Rutin pemanduan : 0635am SRAMP,SDARY,SKSD,SMKSM,JRS Halal Hub Serkam. Mendung cuaca pagi ini.

Hujan lebat mula turun jam 10pagi, beberapa kawasan di Melaka, bangunan pokok tumbang akibat ribut serta hujan melanda serentak, terutama rosak teruk di Kawasan Malim.





Semoga kita semua dikurniakan kesihatan yang baik lagi berkat.

Aamiin