Masa begitu pantas berlalu..diam tak diam dah 4 hari melayari tahun baru 2011, terasa masih baru peristiwa2 yg berlaku..dari menjelang detik berlabuhnya 2010 hinggalah ke hari ini 4 Januari 2011 bersamaan 29 Muharam 1432H. Tahun ini pastinya banyak peristiwa yang bakal aku tempuh..antaranya menghadapi situasi alam 'awam'..anak-anak yang bakal menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR dan ntah apa lagi...moga segala perancangan akan diberkati dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t insyaallah..
Apa pun tika menjelang tahun baru..hanya bersama Bonda, anak-anak, mengikuti kelas 'khas' pembikinan kuih 'abuk-abuk'..aduii anak2 pun tak kenal kuih ape, tau mkn je..haha
Bakal Chef sibuk memerhati..hahaha
Lepas dah siap semuanya bergerak kerumah mak sedara, hantar kuih yang telah siap..lepak2 pekene asam pedas ikan pari, pizza, roti canai terbang (nak cari ada kat restoran di Taman Teluk Emas Melaka..berterbangan roti dibuatya)..biasalah sambil2 meninjau sedara mara dan mak pun nak berkunjung sambil menghantar sambal goreng istimewa utk bakal Cikgu Fuad yg akan bertolak ke UPSI esk hari..slmt tamat belajar tahun ini...
Mengingati hari-hari lepas di tahun 2011..hantar kak long ke asrama..ermm dah 3 tahun berdikari, dulu abah mak umur 20an baru berjauhan dgn mak&abah. hehe masa berubah..tahap pemikiran anak-anak juga turut berubah mengikut peredaran zaman, bak kata guru besar semasa taklimat pendaftaran anak tahun 1, 2011 Kementerian Pelajaran Malaysia memperkenalkan kurikulum baru iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)..antara mata pelajaran baru ialah Pendidikan Seni dan Visual,Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS)..
muzik..macam2 ada..dari 3M jadi 4M..membaca,menulis,mengira,menaakul..hmmm..
'Banner' mengalu-alukan tetamu ke APIDA
Apapun tahun ini bakal menyaksikan kak long dan kak ngah menghadapi peperiksaan UPSR dan PMR :
Takwim Peperiksaan Tahun 2011
UPSR - Ujian Bertulis 13 - 15 September 2011 (3 Hari)
PMR - Ujian Bertulis 4 - 6 Oktober 2011
11 - 12 Oktober 2011 (5 Hari)
Semoga berjaya dalam peperiksaan yang bakal dihadapi. Doa restu ayahbonda sentiasa mengiringi segala usaha anda berdua.
2011 - Selamat Tahun Baru, Selamat Panjang umur, selamat menambah ilmu, selamat menambah amal, selamat mengeratkan silaturahim, selamat menambahkan sedekah, selamat menambahkan rasa takut kepada Allah...petikan dari majalah Solusi.
Moga 2011 - sihat mental dan fizikal..insyaallah..Selamat Tahun Baru buat semua.
No comments:
Post a Comment